Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Showing posts with label kenderaan. Show all posts
Showing posts with label kenderaan. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Stesen Keretapi Gua Musang

 Stesen keretapi Gua Musang merupakan stesen keretapi utama selepas Kuala Krai. Dahulunya perkhidmatan keretapi menjadi pengangkutan utama untuk ke Singapura, Kuala Lumpur juga Pulai Pinang. Biasanya penumpang keretapi akan bertambah bila tiba musim cuti dan masa penggal sekolah dibuka. Pada masa tersebut baru kita tahu ramai juga
anak-anak Kelantan yang belajar diluar. Utuk menggambarkan betapa ramainya penumpang ketika itu sehimgga ada diantara mereka yang terpaksa berdiri didalam tandas keretapi. Walaupun terpaksa menghadapi suasana sedemilian kita tiada pilihan kerana inilah satu-satunya pengangkutan utama yang ada. Perkhidmatan ini ada juga baiknya  kerana kita walau seramai mana penumpang yang ada tiket untuk kesetiap distinasi tetap ada.




Saturday, May 14, 2011

Basikal Tua 3

Setelah beberapa ketika berada disekitar kebun getah maka muncullah pemilik basikal tersebut. Ia seorang penoreh yang yang tinggal di Kampung Kubang terbit.Beliau berasal dari Nilam Puri Kota Bharu Kelantan. Telah berkahwin dengan Mariam atau Mek Yem Pakcik Leh yang tinggal di Kampung Kubang Terbit dan bermastautin disini sejak tahun 1971 lagi. Dikurniakan 6 orang anak. Sekarang berusia 78 tahun dan masih sihat dan dapat memotong getah lebih 200 pokok. Pak Mat ini dimasa muda seorang yang berbadan sasa. Sehingga sekarang pun masih kelihatan sasa walaupun telah hampir berumur 80 tahun.

Friday, May 13, 2011

Basikal Tua 2


Model basikal ini sekarang mungkin sudah jarang dijumpai. Jika dahulu basikal ini akan dinaiki oleh semua peringkat umur dari kanak-kanak yang baru belajar basikal hingga dewasa. Banyak asoseri basikal ini telah tiada cuma yang asas sahaja yang tinggal.

Wednesday, May 11, 2011

Basikal Tua 1

Semasa merayau-rayau disuatu kebun getah tanpa diduga telah terserempak dengan sebuah basikal yang disandarkan kepokok getah yang tentunya lama sekali usianya.Tapi tidak diketahui jenamanya. Jika dahulu mungkin jenis Raleigh basikal ini.

Tuesday, April 26, 2011

Foto Pangkalan kiat

Apabila berkunjung ke Pangkalan ini baru-baru ini terdapat perubahan lokasi rakitnya jika dahulu berada disebelah kanan apabila tiba ditepi sungai tapi sekarang berada ditepi kiri pula.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 11, 2011

Kien Nam Sand and Supply

Pembekal pasir Kien Nam ini terletak Kampung Bagan Mata Ayer Pulai Chondong. Aktiviti mengambil pasir ini dilakukan di Sungai Kelantan. Jika dahulu aktiviti yang sama dijalankan di Kampung Pasir Bandar tetapi tidak lagi aktif buat masa sekarang.



Sunday, July 25, 2010

Stewong

Stewong ialah merupakan sebuah lori winching balak. Mengapa digunakan perkataan ini tidak pula diketahui. Tapi lori ini digunakan untuk menarik balah di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan. Balak ini datang dari hulu kelantan dihanyutkan melalui Sungai Kelantan. Apabila sampai dipersimpangan Sungai Keladi ia di elak kesungai ini. Untuk kekilang papan ia perlu dinaikkan keatas darat. Sekarang aktiviti ini sudah lama tiada dan
tempat ini sudah didirikan
jambatan. Jadi tempat ini dahulu menjadi daya tarikan budak-budak. Samada stewong berasal dari perkataan Bahasa Inggeris tidak pula diketahui.

Wednesday, November 25, 2009

Kereta Sport Cikgu Hamidah

Mungkin kereta sport model inilah milik Cikgu Hamidah masa beliau mengajar di sekolah Kebangsaan Bandar diawal tahun 70an. Kereta merah ini yang dipandu beliau akan lalu diatas jalan raya yang baru siap di Kampung Dusun Buluh setiap pagi hari sekolah. Kadang-kadang beliau akan singgah beli nasi belauk/kerabu di kedai kopi Kampung Dusun Buluh. Suami beliau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Him (Ibrahim). Daku pernah sekali kerumahnya ditahun tersebut atas urusan apa tidak diingati lagi. Jika tidak silap rumahnya dua tingkat tepi jalan dekat klinik Pulai Chondong. Beliau ini dikira mesra dengan murid-murid kerana senang tersenyum dan tidaklah garang. Dahulu cuma ada 2 guru perempuan iaitu seorang lagi Ustazah Jah atau Ustak Jah.
Posted by Picasa

Wednesday, November 11, 2009

Honda Cub 70cc Klasik


Motor Honda ini milik seorang penduduk Kampung Dusun Buluh. Jika kena dengan harganya mungkin akan dijual mungkin RM6K keatas. Itu jika sebulan lebih yang lepas. Sekarang masih ada atau sudah dijual dan sebagainya tidak diketahui.

Posted by Picasa