Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Azan
1. Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...
Thursday, July 31, 2008
bubur kacang merah
masa disekolah rendah sekolah kebangsaan bandar,bubur ini dimasak oleh pihak sekolah.disamping itu dapat juga susu percuma.biasanya dimasak pada waktu petang selepas penat bermain sokan.susu ini sedap juga dan dimasak dalam periuk macam kawah.masa tu kita makan sajalah bubur ini dan tak ambil tahu dari mana datang yang kita tahu sekolah yang sediakan.
Wednesday, July 30, 2008
berus dan ubat gigi percuma
Benda ini diberi percuma masa daku disekolah rendah dulu sebelum hari raya tiba. Kadang-kadang ubat gigi tu dimakan juga. Kalau hari biasa nak putihkan gigi gunakan arang yang dihancurkan dan campur dengan garam. Pagi hari raya pagi-pagi lagi pergi ketelaga mandi dan gosok gigi. Itulah budak dulu memang jarang sekali gosok gigi tapi gigi kuat juga sebab macam-macam latihan gigi dibuat seperti makan tebu, tudung botol dibuka dengan gigi dan lain-lain.
Tuesday, July 29, 2008
basikal unta
inilah model basikal masa tahun 70an dulu.dengan basikal model ini aku pergi sekolah kebangsaan bandar.kegunaan antaranya ialah mengambil barang-barang,pergi menjual kueh,pergi berkreasi seperti ke kolam air panas pangkal kerdas labok,tapi lama kelamaan basikal ini makin tua dan kadang-kadang mud guard pun tiada.jasanya memang banyak.waktu malam lampu menyala pakai dinamo ditayar.kalau hari hujan dinamo tak berapa berpusing jadi kena beli kepala getah.dulu carrier dia besar sebab dapat banyak bubuh barang.
Sunday, July 27, 2008
buah katak puru
masa aku budak aku selalu makan ini buah kat tempat aku mengaji alquran.nama dia pak ni weil dan mak cik yam di kampung kubang tebit.jarak dari rumah aku 400 meter saja.buah dia kalau masak manis2 pahit .kalau putik masam lah.nak sedap buat chelek gula campur kicap.buah ini sentiasa berbuah tak kira musim
Saturday, July 26, 2008
rakit batang pisang-pengkalan kiat
rakit ini dibuat dari batang pisang.musim banjir dikampung aku terutama di pengkalan kiat adalah tempat bermain ini rakit bersama kawan.sebab tempat ini senang ditenggelami air.sebab nak buat rakit ini senang tak spt buluh.budak2 hanya cari pokok pisang sajalah.nasiblah siapa punya pokok pisang jadi mangsa.dapat 3 batang kira sudah ok.janji dapat memeriahkan suasana banjir.saat sedih bila bah sudah pergi.
Friday, July 25, 2008
rudy hartono
Rudy Hartono menjadi juara delapan kali All England, dengan tujuh diantaranya terjadi berturut-turut.Liem Swie King yang kemudian diperkirakan akan mengikuti jejak Rudy, hanya mampu menjadi juara tiga kali.Di era 1980-2000-an, Ardy B Wiranata dan Heryanto Arbi mengikuti jejak mereka tapi persaingan yang begitu ketat terutama dari Cina, membuat pemain Indonesia tidak mampu bersaing.1947 Conny Jepsen (Sweden) Prakash Nath (India)1948 Jørn Skaarup (Denmark) Poul Holm (Denmark)1949 Dave G. Freemann (USA) Oo Teck Hock (Malaysia)1950 Wong Peng Soon (Malaysia) Poul Holm (Denmark)1951 Wong Peng Soon (Malaysia) Ong Poh Lim (Malaysia)1952 Wong Peng Soon (Malaysia) Eddy B. Choong (Malaysia)1953 Eddy B. Choong (Malaysia) Ha Heah (Malaysia)1954 Eddy B. Choong (Malaysia) D. K. Smythe (Canada)1955 Wong Peng Soon (Malaysia) Eddy B. Choong (Malaysia)1956 Eddy B. Choong (Malaysia) Finn Kobberø (Denmark)1957 Eddy B. Choong (Malaysia) Erland Kops (Denmark)1958 Erland Kops (Denmark) Finn Kobberø (Denmark)1959 Tan Joe Hok (Indonesia) Ferry Sonneville (Indonesia)1960 Erland Kops (Denmark) C. Wattanasin (Thailand)1961 Erland Kops (Denmark) Finn Kobberø (Denmark)1962 Erland Kops (Denmark) C. Wattanasin (Thailand)1963 Erland Kops (Denmark) C. Ratana-Saeng-Sung (Thailand)1964 Knud Aage Nielsen (Denmark) Henning Borch (Denmark)1965 Erland Kops (Denmark) Tan Aik Huang (Malaysia)1966 Tan Aik Huang (Malaysia) H. Akiyama (Japan)1967 Erland Kops (Denmark) Tan Aik Huang (Malaysia)1968 Rudy Hartono (Indonesia) Tan Aik Huang (Malaysia)1969 Rudy Hartono (Indonesia) Darmadi (Indonesia)1970 Rudy Hartono (Indonesia) Svend Pri (Denmark)1971 Rudy Hartono (Indonesia) Muljadi (Indonesia)1972 Rudy Hartono (Indonesia) Svend Pri (Denmark)1973 Rudy Hartono (Indonesia) Christian Hadinata (Indonesia)1974 Rudy Hartono (Indonesia) Punch Gunalan (Malaysia)1975 Svend Pri (Denmark) Rudy Hartono ( Indonesia)1976 Rudy Hartono (Indonesia) Liem Swie King (Indonesia)1977 Flemming Delfs (Denmark) Liem Swie King (Indonesia)1978 Liem Swie King (Indonesia) Rudy Hartono (Indonesia)1979 Liem Swie King (Indonesia) Flemming Delfs (Denmark)1980 Prakash Padukone (India) Liem Swie King (Indonesia)1981 Liem Swie King (Indonesia) Prakash Padukone (India)1982 Morten Frost Hansen (Denmark) Liem Swie King (Indonesia)1983 Luan Jin (China) Morten Frost Hansen (Denmark)1984 Morten Frost Hansen (Denmark) Liem Swie King (Indonesia)1985 Zhao Jianhua (China) Morten Frost Hansen (Denmark)1986 Morten Frost Hansen (Denmark) Misbun Sidek (Malaysia)1987 Morten Frost Hansen (Denmark) Icuk Sugiarto (Indonesia)1988 Ib Frederiksen (Denmark) Morten Frost Hansen (Denmark)1989 Yang Yang (China) Morten Frost Hansen (Denmark)1990 Zhao Jianhua (China) Joko Suprianto (Indonesia)1991 Ardy B. Wiranata (Indonesia) Foo Kok Keong (Malaysia)1992 Liu Jun (China) Zhao Jianhua (China)1993 Hariyanto Arbi (Indonesia) Joko Suprianto (Indonesia)1994 Hariyanto Arbi (Indonesia) Ardy B. Wiranata (Indonesia)1995 Poul Erik Høyer (Denmark) Hariyanto Arbi (Indonesia)1996 Poul Erik Høyer (Denmark) Rashid Sidek (Malaysia)1997 Dong Jiong (China) Sun Jun (China)1998 Sun Jun (China) Ong Ewe Hock (Malaysia)1999 Peter Gade (Denmark) Taufik Hidayat (Indonesia)2000 Xia Xuanze (China) Taufik Hidayat (Indonesia)2001 Pulella Gopichand (India) Chen Hong (China)2002 Chen Hong (China) Budi Santoso (Indonesia)2003 Muhammad Hafiz Hashim (Malaysia) Chen Hong (China)2004: Lin Dan (China)2005: Chen Hong (China2006: Lin Dan (China)Sumber : (BBC)2007: Lin Dan (China)
nota:masa dulu aku amat meminati badminton.jika dikampung adalah geng aku yang main badminton seperti razak.dulu reket frame kayu saja.tali dia ada warna merah.kalau putus boleh ganti sendiri dengan beli tali tangsi.bulu tangkis pun buat sendiri juga.net pun buat sendiri dengan ambil guni bekas bawang merah dan digantung.kreatiflah kira tu.garisan pakai buluh.kalau canggih sikit malam2 boleh main pasang lampu florosen tiang batang buluh.begitu juga kalau cuti sekolah organise perlawanan antara kampung.masa tu nama rudy hartono kira top.pemain malaysia james salvaraj,phua ah wa,abd rahman,saw swee leong,
nota:masa dulu aku amat meminati badminton.jika dikampung adalah geng aku yang main badminton seperti razak.dulu reket frame kayu saja.tali dia ada warna merah.kalau putus boleh ganti sendiri dengan beli tali tangsi.bulu tangkis pun buat sendiri juga.net pun buat sendiri dengan ambil guni bekas bawang merah dan digantung.kreatiflah kira tu.garisan pakai buluh.kalau canggih sikit malam2 boleh main pasang lampu florosen tiang batang buluh.begitu juga kalau cuti sekolah organise perlawanan antara kampung.masa tu nama rudy hartono kira top.pemain malaysia james salvaraj,phua ah wa,abd rahman,saw swee leong,
Thursday, July 24, 2008
ikan sepila
foto ini adalah ikan sepila namanya.masa aku kecil2 dulu di kampung memang ini lah sebahagian dari aktiviti atau musim cari ikan.ikan ini ada di sawah padi atau lubuk tempat air bertakung.ikan ini akan ada dibawah buihnya yang berwarna putih.cara tangkap guna tangan pun boleh,tapi kena hati2 dan mesti ada kemahiran.bila dapat tangkap letak dalam daun keladi yang dimasukkan sedikit air.kalau lagi nak senang tangkap cari tukey(buloh yg dipotong hujungnya dan terapung dalam air).bila dah ditangkap bawa balik dan diletak dalam botol tumbol.dan dibela beberapa hari sebelum di pelagakan.makanan nya ialah jentik2 yang banyak terdapat dalam mangkok susu getah.untuk cuba sebelum pelagaan sebenar gunakan cermin.jika ekor kembang maknanya ikan melawan.bila mahu berlawan dimasukkan dlam botol dan perhari dari luar.bilasalah seekor melarikan diri maka yang satu lagi dikira menanglah.
Wednesday, July 23, 2008
ayam laga
masa aku dikampung dulu berlaga ayam adalah salah satu aktiviti biasa bagi penggemar2 laga ayam.berlaga ayam dan dituruti dengan berjudi memang salah disisi undang2.oleh itu untuk berlaga ayam kena diadakan ditempat tertutup spt didalam hutan belakang kampung.ayam yg kuat dikenali dengan nama 'ayam baik'.ayam ini dipelihara dari kecil lagi dan mendapat bakanya dari selatan thailand.harga pun mahal beratus ringgit masa tu.ayam kena dijaga dgn memandikannya setiap hari dan diberi makanan berkhasiat.jadi bila tengok orang dewasa berlaga ayam maka aku pun pelihara lah juga ayam.bila besar ayam itu dicuba buar berlaga tapi bila berlaga kadang2 dia lari dan lepas itu melawan balik.orang kata itulah ayam jawi namanya.sebab tak sanggup mati bila bertarung.tapi kalau ayam baik dia akan berlawan sampai mati tak akan lari punya.
Tuesday, July 22, 2008
wayang kulit
http://www.youtube.com/watch?v=0EAT3ZNNbkU
wayang kulit masa dulu dimainkan dikampung2 jam 8 malam hingga 12 malam.suasana masa tu meriah dan tiket hanya 20 sen sahaja.aku masa tu pernah masuk panggung untuk tinjau2 kat
dalam.orang memang ramai siap ada kedai kopi.kawasan panggung dan penonton ditutup dgn plastik guni supaya orang luar tak nampak.ini lah bentuk hiburan orang dulu2 tidak kira orang tua,remaja dan kanak2 pun.biasanya nak tengok wayang ni kalau mintak kebenaran memang tak dapatlah.jadi nak pergi tengok kena pandai2 buat perancangan.kalau balik lewat tanggung sendiri tidur kat mana.jadi nak tengok pun ada cabaran tersendiri.
wau
wau lebih terkenal dari layang2 dikelantan.masa dulu kalau main wau ada yg amatur dan pro.yg amatur biasanya budak2 yg baru nak belajar buat wau dan dan dapat ditake off dah kira berjaya.istilah nak take off wau ialah ayung.wau biasanya dimainkan selepas musim menuai padi.kalau yg pro pula diadakan pertandingan.siapa pemenang dikira bila wau siapa yg paling tinggi mengikut sukatan tertentu dan masa yg tertentu.masa menyukat ketinggian dgn menggunakan tempurung yg ditebuk lubang dan dimasuk dlm baldi.bila tempurung tenggelam maka wisel ditiup dan pengadil akan membaca berapa inci tali wau dipembaris wau tersebut.ada yg 6 inci dan seterusnya.siapa yang yg paling tinggi spt 11 inci dia pemenang.pemenang adalah dlm bentuk wang.peserta2 masa itu dari semua pelusuk negeri termasu thailand.nak masuk kena bayar yuran penyertaan.berapa pusingan ikut keadaan.biasanya diadakan pada waktu petang.
Monday, July 21, 2008
pulut durian
pulut durian adalah salah satu makanan kegemaran dikampung hingga lah sekarang.mengandungi pulut yang dimasak,ulas durian dan santan kelapa.kalau tidak ada santan boleh ganti susu atau air kosong sahaja.cara makan yang ideal ialah dengan tangan dengan diramas isi buah dan pulut.bila sudah bercampur barulah makan.jangan lupa bubuh gula atau gula melaka(nissan).jika bertepatan musim maulid nabi dengan musim durian boleh jemput jiran makan pulut durian
Colek Keropok
Makanan ringan ini amat popular masa daku bebudak ketika dibulan puasa. Dan dimakan apabila balik dari sembahyang terawih dikedai kopi atau bangsal yang baru dibina ketika bulan puasa saja. Jika dahulu yang diingat penjualnya ialah Kak Zimah isteri Cikgu Nor ditepi jalan menghadap rumah Pak Teh Him dan Pak Teh Wil. Pencicah dibuat sendiri bukan macam sekarang makan dengan cili sos. Itu kurang sedap. Nak sedap mesti dengan pencecah asli. Makan bersama kawan-kawan akan menambah lagi kesedapan makanan.
tepung bungkus dan batu kisaran
ini kueh dikelantan namanya tepung bungkus.bahan yang aku tahu dari tepung beras.masa dulu2 nak buat kueh ini kena pakai beras yg direndam dalam air dan dikisar guna kisaran yg dibuat dari batu yg dipusing dgn tangan.generasi sekarang tak akan dapat tengok benda itu lagi.masa aku budak2 dulu aku pernah jual kueh ini.tempat dijual tengok musim.kalau musim wau kena pergi ke tempat orang bertanding wau.ramai orang disana.orang berniaga mereka tak ikut musim sebab semua musim kena berniaga.
Sunday, July 20, 2008
musim durian
sekarang musim durian.itu hari 13 jul 08 aku ada pergi ke pasir salak/tapah/teluk intan kerana tugas.masa singgah diteluk intan siap beli 2 biji dan makan disitu.lepas tu masa nak balik beli banyak sikit dan harga pun murah.beli bawah pokok di pasir salak.kalau dulu2 masa bebudak dikampung kalau datang musim durian amatlah seronok.kalau malam tak dapat tidur kat pondok tunggu durian kira gagal lah,tak ikut perkembangan semasa.pondok dibuat simpel saja beratap daun2 saja tapi mesti ada lantai.mesti buat unggun api elak nyamuk dll.geng sekurang2 dua orang.saat paling suka bila buah gugur.biasanya sebelum jam 12 malam boleh dengar buah gugur.lepas tu ambil esok pagi.esok pagi cari lah buah2 durian tersebut.mana yg ada makan kat situ dan buat balik rumah.masa ini juga kadang bakar biji durian dan boleh dimakan.balik rumah untuk tindakan selanjutnya samada jual buah tsb dll.itulah kenangan masa kecil2 dulu yang tak mungkin dilupakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
1. Masa budak dulu di Kampung Dusun Buluh tidak pernah berjumpa dengan monyet. Kalau ada pun yang kelihatan spesis beruk. Tapi kini diberita...
-
https://vt.tiktok.com/ZSL9eHH4K/