Featured Post

#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh

Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....

Monday, June 28, 2021

Kain pelikat budak



Kain pelikat budak disuatu ketika dahulu dianggap satu pakaian mewah juga. Ini kerana bukan semua budak kampung mampu memakainya walau ia satu keperluan. Jika ingin memakainya biasanya akan dipakai sarong orang dewasa samada kain sarong wanita atau lelaki tapi bila dipakai tidak sesuai sebab besar tapi jika untuk tidur dimalam hari buat selimut ianya sesuai. Apa yang saya ingat selalu juga memakai kain sarung mek ku. Pada satu ketika semasa beberapa hari berkunjung kerumah nenek ku suatu hari nenek ku membawa saya ke pasar pagi di "gok tembakau" atau tempat pengering daun tembakau di Kampung Pangkal Gong yang kini jadi tapak Maahad Tahfiz Pulai Chondong dekat dengan Sekolah Menengah Abdul Samad. Disitu nenek ku membeli sehelai kain pelikat budak. Bukan kepalang gembiranya saya ketika itu hingga kehari ini masih mengingati suasana dipasar pagi dan kain itu. Pasar pagi itu meriah kerana ramai orang disana dan pada hari itu nenek ku menjual daun tembakau dan hasil jualan boleh membeli kain pelikat itu dan lain lain barang keperluan. Harga pada masa itu mungkin RM4 tapi tidak diingati sangat harga sebenar mungkin kurang dari itu. Selepas diguna beberapa lama tidak diingati lagi bila pula ianya koyak atau rosak. Mungkin sudah menjadi lumrah masa mula membeli sangat diingati tapi bila sudah rosak atau lusuh tidak bernilai dilupakan begitu sahaja seolah olah lupa jasanya yang besar.   

No comments:

Post a Comment