Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Showing posts with label sekitar sungai keladi. Show all posts
Showing posts with label sekitar sungai keladi. Show all posts

Sunday, July 25, 2010

Stewong

Stewong ialah merupakan sebuah lori winching balak. Mengapa digunakan perkataan ini tidak pula diketahui. Tapi lori ini digunakan untuk menarik balah di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan. Balak ini datang dari hulu kelantan dihanyutkan melalui Sungai Kelantan. Apabila sampai dipersimpangan Sungai Keladi ia di elak kesungai ini. Untuk kekilang papan ia perlu dinaikkan keatas darat. Sekarang aktiviti ini sudah lama tiada dan
tempat ini sudah didirikan
jambatan. Jadi tempat ini dahulu menjadi daya tarikan budak-budak. Samada stewong berasal dari perkataan Bahasa Inggeris tidak pula diketahui.

Wednesday, August 26, 2009

Kilang Air Batu Sungai Keladi


Kilang air batu ini telah lama ujud. Pada hujung tahun 1960an semasa tinggal di Kampung Sungai Keladi tempat ini selalu dikunjungi. Apa yang specialnya ialah air batunya. Kita pernah memasukkinya bahagian dalam kilang ini yang mana terdapat bungkah empat segi air batu yang besar sekitar mungkin 1 meter kali 1 meter. Dalam kawasan tempat itu bersuhu sejuk jadi kita berada sekejap sahaja dan suasana pun tidak terang. Selepas itu seperti biasa kita akan ambil lebihan atau buangan mungkin dalam bentuk frost untuk dibuat bermain. Masa dulu-dulu dirumah kita mana ada peti ais jadi dikesempatan ini dapatlah melihat dan merasa frost yang dibuang dengan banyak. masa tersebut kita tidak mengambil tahu apa tujuan ais ini digunakan dan kemana dibawa. Jadi sekarang setelah pergi ketempat ini didapati kilang ini masih beroperasi seperti dulu dan kelihatan pekerja memasukkan kiub ais kedalam lori kecil dan tujuannya adalah seperti digunakan bagi penyejukkan ikan yang digunakan oleh nelayan dikawasan sekitarnya.


Kilang air batu tempat bermain
Kilang terletak ditepi jalan
Masa dahulu indah nian
Zaman yang telah ditinggalkan
Posted by Picasa

Friday, July 31, 2009

Pantai Cahaya Bulan


Pantai Cahaya Bulan tempat berkelah
Dulunya dikenali Pantai Cinta Berahi
Dulu ilmu dicari penat dan lelah
Kini ilmu bakti diberi dan dicurahi

Pantai Semut Api juga dikenali
Bersama kawan tempat mandi
Apa dikenang yang terjadi
Sudah tersurat tetap abadi

Ditepi pantai khemah didiri
Untuk berkelah beberapa hari
Dulunya pantai cantik berseri
Sekarang berubah batu dipagari






Posted by Picasa

Saturday, April 25, 2009

kedai cik su-kampung sungai keladi

kedai ini dulu diperbuat dari kayu. sekarang telah bertukar kepada batu. masa dulu sekitar tahun 1966 kedai ini menjadi tumpuan kerana menjual pelbagai barangan runcit. jarak dari rumah kekedai ini lebih kurang 100m sahaja. jika disuruh oleh mek membeli barang akan segera melakukannya. antara barang permainan masa itu yang murah dan diminati ialah belon.
Kedai Cik Su menjual belon
Belon ditiup dengan mulut
Badan lesu makan pun belum
Balik lambat pesanan tidak ikut
Posted by Picasa

Saturday, February 7, 2009

foto jambatan/titi merentasi sungai keladi

Jambatan diatas Sungai Keladi
Jadi penghubung dua kampung
Dahulunya sungai bersih sekali
Tempat mandi dirakit terapung
Posted by Picasa

Friday, January 30, 2009

rakit di sungai kampung sungai keladi


rakit ini menimbulkan ingatan satu peristiwa tahun 60an dimana tempat ini jadi tempat mandi bebudak masa itu. dalam sibuk mandi aku tenggelam dalam air dan sempat diselamatkan oleh mereka yang ternampak aku lemas dalam air. terima kasih pada yang menyelamatkan. sekarang rakit ini digunakan tempat basuh kain yang siap dicorakkan. industri ini dari dulu sampai sekarang masih kekal disini cuma dulu lagi banyak. sekarang kurang. pada tahun 60an Queen Elizabeth pun bila melawat Malaysia pun datang melawat dikawasan ini melihat industri batik.

Thursday, January 15, 2009

foto pengkalan sungai budor kota bharu

semasa aku tinggal dikampung sungai keladi lokasi ini yang jaraknya lebih kuarang 1 km dinamakan sungai budu. ia dekat dengan kampung cina penambang. tujuan datang kesini kerana ada tempat pembuangan sampah. jadi kita orang masa itu sudah termasuk dalam jadual pergi melawat tempat ini untuk mencari barang-barang buangan yang boleh dijual seperti botol, tembaga, "samania" (alluminium)serta wire tembaga. jadi sejak zaman 60an lagi sudah ada aktiviti mencari barang terbuang hingga sekarang. bila sudah dapat dijuallah pada pembeli barangan tesebut.
Posted by Picasa

Sunday, January 11, 2009

foto sungai keladi


semasa aku tinggal dikampung sungai keladi dan bersekolah di sekolah kebangsaan penambng darjah satu sungai inilah digunakan untuk menyemberang (jalan pintas) jika airnya belum pasang. jika air pasang kena gunakan jambatan kayu. masa itu airnya jernih dan banyak ikan didalamnya seperti ikan jora. disungai ini ada rakit tempat mandi. pernah juga aku lemas semasa mandi disini dan diselamatkan rakan-rakan. ditepi sungai ini ada kedai kopi pok ji dimana mek aku selalu hantar nasi keranu untuk dijual. ditepi sungai ini juga ada "stewong" iaitu lori penari balak. dulu banyak balak-balak disini dan mungkin datang dari ulu kelantan dan dihanyutkan melalui sungai kelantan. dan sungai ini anak sungai kepada sungai kelantan. kampung sungai keladi bersebelahan kampung tanjung chat. apapun sungai ini banyak memberi kenangan. sekarang diatas sungai ini telah ada jambatan dan boleh dilalui motosikal.
Posted by Picasa

Friday, January 9, 2009

foto pantai semut api


jika dulu pantai cahaya bulan dikenali dengan nama pantai cinta berahi. sebelum itu pantai ini nama dia ialah pantai semut api. nama ini sering disebut semasa aku tinggal di kampung sungai keladi kota bharu kelantan. masa itu kita sekeluarga pernah berkelah disana tahun 60an. selepas itu pernah berkelah bersama dengan murid dan cikgu talib buruk semasa menuntut di SMAS. kita orang tinggal beberapa hari ditepi pantai ini dan mandi manda dan pernah di pukul ombak yang agak besar sempat ditelan ombak itu tapi sempat berenang. jika dulu banyaklah terdapat pokok kelapa ditepi pantai dan belum terhakis. tapi sekarang terpaksa ditambak dengan batu besar dan tiada yang mandi manda lagi. sekarang jika datang kesini cuma melihat apa-apa perubahan berbanding dahulu yang jika dibandingkan memang dulu lebih meriah.

Posted by Picasa