Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Showing posts with label smas. Show all posts
Showing posts with label smas. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Kakitangan SMAS

Mereka ini adalah kakitangan selain dari tenaga pengajar Sekolah Menengah Abdul Samad (SMAS). Mereka juga bertindak sebagai kakitangan keselamatan sekolah. Masa itu kita memanggil mereka ini pakcik sahaja. Dua dari mereka ini memang dikenali dan jika berjumpa di Kedai Pulai Chondong selalu juga bertegur sapa. Tugas utama antara mereka ini ialah bekerja dan berada dikawasan sekolah pada waktu malam untuk mengawal keselamatan. Pernah juga suatu ketika daku mencuba lampu yang mereka bawa untuk berkawal yang berbentuk
empat segi warna kuning dan bila menyuluh kesesuatu arah ianya amat terang dan tajam cahaya suluhannya. Apa pun nama-nama mereka sudah tidak diingati lagi dan tidak tahu bagaimana keadaan mereka sekarang.

Thursday, December 16, 2010

Cikgu Ishak

Beliau ialah Cikgu yang mengajar Sains Paduan di Sekolah Menengah  Abdul Samad (SMAS). Biasanya kita murid akan sentiasa kemakmal samada untuk pelajaran teori atau praktikal. Apa yang masih sangat diingati antaranya ketika ia mengajar bagaimana badan kita mengeluarkan air seperti berpeluh, membuang air besar atau kecil. Dahulu beliau menetap disebuah rumah yang terletak di tepi Jalan Bukit Buloh berdekatan padang bola. Apapun cara dan pendekatan beliau mengajar senang untuk difahami dan diminati.

Wednesday, December 8, 2010

Lencana SMAS


Inilah lencana (beh) sekolah daku dahulu dengan motonya Ilmu Jaminan Hidup. Jika dahulu lencana ini dipakaikan di baju seragam sekolah atas pada poket? Lencana ini pula diperbuat dari logam/besi. Rasanya logo dari dahulu hingga sekarang tidak berubah mungkin yang berubah ialah nama sekolah ditambah Kebangsaan. Adakah kita benar-benar menghayati Ilmu Jaminan Hidup dimasa tersebut. Lencana ini jika sudah berusia maka catnya akan tertanggal sedikit demi sedikit dan perlu diganti. Dahulu apa yang diperhatikan jika memakai topi misalnya maka penuhlah diatas topi tersebut dilekatkan dengan pelbagai lencana dari jabatan, organisasi, sekolah dan lainnya. Sekarang trend ini sudah tiada mungkin lencana sekarang sudah tidak diperbuat dari logam lagi.

Monday, September 20, 2010

Kelas Lukisan



Semasa di tingkatan 1 SMAS pernah daku mengambil mata pelajaran lukisan tapi rasanya masa ambil SRP tidak mendudukinya kerana diganti dengan mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Subjek lukisan ini memang semenjak dari sekolah rendah lagi memang diminati kerana dapat bermain dengan water color (serbuk) percuma. Jika silap bancuh masa mewarna kertas lukisan akan basah dan susah kering. Yang masih diingat cara paling senang membuat lukisan ala abstract iaitu dengan cara ambil berus yang siap ada water color padanya dan diketuk kejari menghala kekertas lukisan. Dengan cara ini ia membentuk satu corak yang menarik. Lagi satu digunakan ubi keledek (setelor) yang dipotong dan dibentuk corak-corak dengan pisau. Corak itu bermacam bentuk seperti tiga segi dan dicelup ubi yang bercorak kedalam pewarna dan ditekan pula kekertas lukisan sehingga penuh satu kertas lukisan dengan pelbagai bentuk. Semasa di SMAS guru yang mengajar ialah Cikgu Lee Tong Keng. Beliau ini amat baik semasa mengajar dan tidak pernah marah kepada anak murid. Mungkin ini juga sebab kita meminati lukisan. Kelas lukisan berada bersebelahnan kantin sekolah dan sebelah kiri pula kawasan perhimpunan seminggu sekali. Cuma apa yang diingati cuma ada seorang murid pada masa itu yang selalu disebut nama yang pandai dan berbakat melukis dan beliau tinggal di Joh atau Labok.

Monday, June 7, 2010

Ustaz Man


Pertengahan tahun 70an beliau dikira popular bagi pelajar kelas petang Sekolah Menengah Abdul Samad Pulai Chondong sebagai guru disiplin. Masih diingat jika ada pelajar yang berambut panjang maka akan dipanggil dan difahamkan akan digunting rambutnya. Beliau tinggal di Kampung Surau Pulai Chondong. Ayah beliau Haji Hamzah juga seorang peniaga di Market Pulai Chondong. Kelebihan beliau ialah beliau kenal anak muridnya walaupun lama tidak berjumpa dan akan cepat mesra dan akan bertanya khabar apa perkembangan.

Tuesday, January 19, 2010

Cikgu Talib SMAS

Beliau adalah tenaga pengajar SMAS ditahun 70an. Walaupun ia tidak mengajar kami murid tingkatan 3 kebawah tapi ia rapat dengan murid yang tinggal sekitar Kedai Pulai Chondong. Antara yang rapat dengan beliau ialah Fauzi Mamat. Kita kadangkala pergi kerumah sewanya seperti digambar. Salah satu tarikan dirumah beliau ialah terdapat pemain HI FI. Rumah sewanya berhadapan dengan Stesyen Shell Pulai Chondong. Selain itu kita juga pernah berkelah di Pantai Cahaya Bulan bersama beliau. Pendek kata beliau ini mesra pelajar tapi dihormati dan disegani. Beliau berasal dari negeri Melaka jika tidak silap Alor Gajah dan sekarang difahamkan menetap di sana.

Posted by Picasa

Sunday, November 1, 2009

Guru Ilmu Alam SMAS

Nama beliau ialah Cikgu Halim. Beliau antara guru yang bila mengajar kita akan beri sepenuh perhatian kerana kata-katanya menyebut tempat-tempat seperti Lembah Mekong atau Sungai Irawadi juga Menam Chao Praya membuat kita senang mengingatinya. Dan selepas beliau mengajar kita ramai-ramai akan cuba sedaya upaya mengajuk gaya beliau mengajar. Antara yang pakar meniru gaya suara ialah Abd Rahim Surau Kerawang (Allahyarham). Apapun terima kasih atas pengajarannya.
Posted by Picasa

Sunday, September 27, 2009

Cikgu Abdullah Lah Galang



Cikgu Lah adalah guru yang mengajar SMAS Pulai Chondong ditahun 70an. Ia tinggal di Kampung Galang. Ketika berulang alik kesekolah ia menaiki keretanya kalau tidak silap Datsun. Beliau sudah lama kembali kerahmatullah. Dahulu guru dapat mengajar murid dengan berkesan kerana dapat sedikit sebanyak dapat menggunakan body contact iaitu seperti menggunakan kekerasan tangan dengan niat mengajar. Jadi kita murid adalah merasa takut dan ambil berat untuk belajar.
Posted by Picasa

Saturday, January 31, 2009

guru dan staf sekolah menengah abdul samad tahun 1978

ada dalam foto ini yang masih dikenal kerana daku telah keluar tahun 1976. antara mereka cikgu halim-ilmu alam, mariam-english, rahman-agama-akan potong rambut jika panjang, lutfi-off boy-motor vespa, siva-english, talib-tinggal kat rumah sewa pulai chondong depan shell, a samad-guru besar, abdullah, tuan lah-mathematics moden, ali-english, faridah, isteri chikgu ramli, ishak-sains paduan, idris. masa tu fesyen seluar bell bottom kain petak-petak dan kasut tinggi dan mungkin ikat pinggang lebar dan buckel besar.

yang pakai tie besar zaman tu cikgu. rambut memang panjang lah zaman tu. tapi mereka ni nampak hebat-hebat belaka dengan setengahnya misai tebal. yang perempuan pula berskaf. ramai mereka yang telah pencen dan cikgu lah telah lama meninggal. cikgu siva daku jumpa dia mengajar disekolah kawasan linggi negeri sembilan.

Tuesday, January 6, 2009

kantin smas

inilah kantin sekolah menengah abdul samad. pernah satu ketika bila ada perlawanan tinju antara mohamad ali dan joe frazier tahun 1976 maka diletakkan satu tv disini dan ramai yang menontonnya termasuk murid dan kakitangan sekolah pada waktu pagi. dibangunan ini juga ada kelas lukisan.

Monday, August 4, 2008

sekolah menengah abdul samad pulai chondong

ini lah sekolah menengah aku yang pertama. singkatan SMAS. belajar disini tingkatan 1 sampai 3. guru yang masih diingat abdullah, tuan lah, talib, maryam, ustaz man, aminah, idris dan lain-lain. guru yang paling mesra pelajar ialah cik gu talib orang melaka dan masa tu masih bujang dan menyewa di pekan pulai chondong berhadapan stesen minyak shell. kita orang selalu kerumahnya bersama fauzi dan ada juga pergi ke pantai cahaya bulan berkhemah 2 hari. juga pernah belanja makan di sebuah kedai makan dikota bharu. Guru besar masa tu cik gu abdul samad.


Posted by Picasa