Featured Post

Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah pada 17 April 2025

1.   Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...

Thursday, December 10, 2020

Kembali kerahmatullah 'KAK' Kampung Dusun Buluh pada 02 Dis 2020



Kembali kerahmatullah 'Kak' Kampung Dusun Buluh Pulai Chondong jam lebih kurang jam 1 pagi di HUSM Kubang Kerian. Biasa dikenali dengan nama KAK sahaja dari dulu lagi samada oleh yang tua atau muda serta kanak kanak. Jika disebut Kak semua orang mengenalinya. Nama sebenar Allahyarhamah difahamkan Khairiah. Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman. 

Catatan: foto Allahyarhamah Kak terletak paling atas diambil pada tahun 2010

Friday, June 19, 2020

Kembali kerahmatullah Makcik Yam

Dukacita dimaklumkan telah kembali kerahmatullah Makcik Yam (90an) pada 18 Jun 2020 hari khamis jam lebih kurang 08:55 pagi, allahyarhamah isteri kepada allahyarham Paknik Wil Kubang Tebit Kampung Dusun Buluh Pulai Chondong Kelantan. Beliau guru mengaji alquran daku masa bebudak. Anaknya bernama Suhaimi Ismail. Moga rohnya ditempatkan bersama roh orang orang yang solehah.

Monday, June 15, 2020

Duit Syiling

Apakah kegunaan dua keping duit syiling ini. Biasanya duit syiling 10 sen atau 20 sen digunakan. Kegunaan duit syiling ini sebagai pengganti penyepit janggut atau misai. Jika dahulu zaman budak selalu lihat orang dewasa sambil duduk duduk rehat mencabut janggut menggunakan duit syiling itu tetapi perlukan cara yang sesuai supaya helaian janggut dapat dikepit kuat oleh dua duit syiling itu dengan menggunakan tiga  jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.

Tuesday, May 19, 2020

Cikgu Maimunah dan suami Cikgu Idris Sekolah Kebangsaan Bandar

Mereka berdua pernah  mengajar di sekolah itu sekitar tahun 70an dan sekarang telah menetap di Ketereh. Difahamkan cikgu Idris telah kembali kerahmatullah.

Monday, May 18, 2020

Kembali kerahmatullah saudara Mat Nor Pak Dor Mat

Kembali kerahmatullah saudara Mat Nor Pak Dor Mat (70an) Makcik Sari kampung dusun buluh pulai chondong adik kepada cikgu harun jam 2 pagi pada 24 Feb 2020 (isnin) meninggalkan seorang balu kak yah dan beberapa anak. Sudah lama daku tidak berjumpa dengan beliau dan kali terakhir berjumpa kira kira lebih enam tahun lepas dimasjid Bagan Mata Ayer. Seorang yang murah senyuman dan bila berjumpa akan ingat nama dan kenal walau lama tidak berjumpa.

Wednesday, January 15, 2020

Rehal

Rehal ini dimasa budak dulu biasa juga melihatnya tapi dalam jumlah yang sedikit dan kalau ada pun di surau masjid. Kalau dirumah mungkin ada dan mungkin tiada. Yang pasti ada terdapat dirumah yang kita pergi belajar mengaji tapi jumlahnya terhad. Jadi untuk menggantikan rehal ini digunakan bantal untuk meletak musyaf surat kecil (muqaddam). Surat kecil ini pula tidak dibawa balik kerumah dan ditinggal sahaja dirumah tempat mengaji kerana selepas mengaji banyak aktiviti lain yang menanti tidak sempat balik kerumah. Sudah jadi kebiasaan pergi mengaji pakai seluar pendek dan bila mengaji guna apa kain yang ada untuk menutup kepala lutut bagi budak lelaki, yang budak perempuan memang tiada masalah kerana sentiasa berpakaian labuh. Yang selalu jadi perbualan budak macam kita ini masa itu tentang rehal ialah bagaimana orang putih (orang inggeris) pelik macam mana dua keping papan rehal itu dapat dimasukkan antara satu sama lain menjadi satu dan bercantum. Ini cerita mungkin dibuat-buat untuk menyatakan bahawa orang melayu hebat dalan membuat rehal tersebut. Begitulah ceritanya tentang rehal ini yang kini ada juga rehal diganti dengan rehal jenis lain pula. #dusunbuluh