Featured Post

Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2

Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...

Wednesday, January 29, 2025

Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2

Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che Gu Wil ( Ismail) , masuk belajar darjah satu . Cik Ajah juga balajar darjah 1 , cuma tidak sekelas. Huru darjah ku pada masa itu , Cik Gu Ibrahim , orang Kampung Kota , Kota Bharu . Dia pakai motor Nortan . Hebat kan . Sekolah ini adalah dibina hasil kerjasama, pakatan orang kampung yg diketuai Tok Penghulu , Pak Teh Soh ( Yusuf) . Dia juga penasihat dan penaung sekolah ini . Bangunan sekolah ini 100 dari bahan binaan kayu , kahu bulat, buluh dan atap sagu . Bumbungnya amat tinggi , bersamaan bangunan 2 tingkat pd hari ini . Dinding sekolah adalah anyaman buluh dan berlantaikan tanah. Bangku sekolah adalah dari kayu kasar yg digergaji dan bangku ini menyerupai bangku pangkin kedai kopi kampung. Bangunan sekolah ini ada 6 bilik darjah yg terdiri 2 kelas darjah 1, 2 kelas darjah 2 dan 2 kelas bagi darjah 3. . Mulai tahun 1960 satu bangunan baru mula dibena yg boleh menampung 6 kelas , iaitu darjah 4,5 dan darjah 6. Suasana persekolahan pada tahun 50 an , amatlah seronok , penuh nostalagia yg amat sukar untuk digambarkan. Guru ug paling garang ialah Che Gu Yaakob . Kalau salah atau tak ingat sifir , hadiah pembarislah hadiahnya. Pada tahun 1957 terdapat 4 orang guru muda melapurkan diri untuk mengajar di sekolah ini . Mereka ialah Cik gu Yahya , Chik Gu Ibrahim , Chik Gu Wan Aminah dan Chik Gu Idris . Kemudian Chik Gu Abdullah B Yasok , Chik Gu Abdullah bekas ADUN , Chik Gu Husin, Chik Gu Awang dan lain lagi yg ku tidak berapa ingat . Aktiviti sekolah ini sama seperti sekolah lain seperti acara sukan tahunan sekolah . Pernah ada pertunjukan bangsawan pada belah malam dibawsh arahan Chik Gu Awang dg tajuk  “ Si Bongkok Di Tanjung Pura” . Sekolah ini pernah mewakili acara sukan antara sekolah didalam Jakahan Machang dan beberapa athelit berjaya menjadi johan. Pelari yg terkenal ialah Nazri Deraman dari Kg Pasir Bandar. Pihak sekolah akan mengadakan perhimpunan pagi bagi meraikan kejayaan sekolah dan murid yg berkenaan. Sesungguhnya peranan sekolah pada nasa itu amatlah besar dan tampak auranya dlm masyarakat kg. Lebih lagilah guru besarnya saorang popular, mesra rakyat dan sejiwa dg orang ramai . Kini ku baru faham kata kata tuan penasihat sekolah iaitu Pak Teh Soh yg berucap diperhimpunan pagi yg menasihatkan supaya mencarilmu ilmu untuk bekalan hidup. Dari tingkap pondokku di Putrajaya , terbayang segala peristiwa di Sekolah Umum Kg Bandar yg kini dikenali dg nama Sekolah Kebangsaan Kg Bandar.

Nota:

Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad 

Komentar:

1.   Nukilan persejarahan yg penoh nostalgia. 
Terima Kasih atas peekongsian..
Pok Teh Soh ( Jusuh) adalah bapa kpd Pak Muda Dollah, ( pernah jadi pengusaha kantin di SK Bandar akhir 60an/ awal 70an. (Sabri)

2.   Oook....
Baik. Abang hj. Lah...
Arwah ayah ambo pak su jusoh ...ada beberapa kali jumpa dgn abang hj. Lah....hok ambo ingat gi jln rumah ang  hj. Lah....masa tu duduk selayang..
Lepas ayah ambo meninggal  tahun 1999.....terputus hubungan....tk (Kamariah)

3.   Penuh kenangan..macam baca buku sejarah. Pernah jumpa Tuan Haji masa nk buat medical checkup untuk masuk kijo JPN  (Faizani)


No comments:

Post a Comment