Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025
Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...
Showing posts with label kamus. Show all posts
Showing posts with label kamus. Show all posts
Sunday, March 3, 2024
Tebbey
Makna tebbey lebih kurang - cari pasal, kerana dikhuatiri jika melakukan sesuatu disebab tebbey tersebut akan mendatangkan hasil yang tidak baik. Contoh ayat, Sabri menasihatkan Rusman jangan tebbey pergi ke Kedai Pulai Chondong pagi esok kerana ada seseorang ingin menetak atau mencederakannya disitu.
Sunday, February 25, 2024
Laih
1. Laih boleh diertikan juga letih, tidak bermaya, lemah juga rasa tidak bertenaga. Contoh ayat, Ayub merasa sangat laih setelah berjalan hampir 10 km menaiki gunung tahan.
Tuesday, February 6, 2024
Babok
Babok boleh diertikan tidak pandai, tidak cerdas, jahil juga berperangai tidak elok. Contoh ayat, Ayah Zahari memarahinya kerana balik lewat petang sambil berkata "awak ni babok sudah maghrib baru balik"
Saturday, February 3, 2024
Cekkaey
Cekkaey bermaksud bersungguh dengan sepenuh daya dalam melakukan sesuatu. Contoh ayat, Ali menasihatkan Abu supaya jangan cekkaey sangat mencari wang dengan melakukan pelbagai kerja kerana kesihatan badan perlu juga dijaga.
Sunday, January 28, 2024
debek
Debek boleh diertikan sebagai lemah, tiada kualiti, tidak cerdik, tidak baik dan semua sifat kurang. Contoh ayat, "apa yang debek sangat basikal ni selalu rosak"
Thursday, January 25, 2024
Semesek
Semesek boleh juga diertikan sebagai mudah juga senang untuk dibuat. Contoh ayat, kepada Ahmad soalan matematik yang diberi oleh guru diselesaikan dengan semesek oleh beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Restoran Alias di Kedai Pulau Chondong ini ada menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular ialah roti canai. Kedudukan restoran ini pun st...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
1. Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...
-
1. Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...
-
Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....