Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Showing posts with label pokok/buah. Show all posts
Showing posts with label pokok/buah. Show all posts

Monday, November 20, 2023

Durian belanda @ durian selat








1. Suatu ketika dahulu di Kampung Dusun Buluh ada sebuah telaga dihadapan balai sah tepi jalan raya. Inilah satu satunya telaga kegunaan awam dikampung ini. Sebelum air paip bermeter datang pada tahun 70an telaga ini banyak diguna oleh orang kampung. Di tepi telaga apa yamg diingati ialah jika tidak silap ada terdapat pohon durian belanda dan yang pasti ada juga limau 'jebol'. Limau jebol pada masa itu adalah antara limau yang agak manis dan buahnya besar. 
2. Pohon lain ada juga terdapat tapi sudah tidak ingat. Dipinggir telaga ada tempat air bertakung dan ditepinya ada yang menanam daun kesum yang agak banyak dan hidup subur. Dahulu dihadapan balai sah ini kelihatan meriah sepanjang hari kerana ada telaga dan berada ditepi jalan. Seingat telaga tidak pernah kering tapi agak dalam jika musim kemarau. 

Nota: foto dari wikipedia bahasa melayu

Monday, September 25, 2023

Kemucut

1.   Kemucut ialah sejenis rumput yang mempunyai batang halus yang tinggi lebih kurang setengah ke satu kaki setengah ikut ukuran orang dahulu. Ia tumbuh biasanya di padang seperti di padang bola. 
2.   Kemucut ini mempunyai bunga atau buah yang jika terkena pada kaki seluar atau stokin akan melekat kuat dan sukar untuk dibuang kerana banyak jumlahnya. Jika bermain bola dan memakai stokin maka jika padang tidak dimesin rumput ini pastilah bunga atau buahnya akan melekat dengan eratnya. Ia lebih sukar dibuang dari kaki seluar. Jika disekolah rendah jika bermain bola dipadang bola tidak menjadi masalah sangat kerana kami kadang kadang tidak memakai stokin dan berseluar pendek. 
3.   Tidak pula diketahui kegunaan buah atau bunga kemucut ini mungkin menjadi makanan pada serangga. 







Sunday, August 26, 2012

Buah Gerag @ Pulasan

Pohon pulasan ditanah Mek Nap-
Bersempadan pula tanah Awang-
Walau jasad punah ranap-
Budi baik tetap dikenang

Thursday, July 12, 2012

Kulat Sisir

Kulat sisir ini biasanya tumbuh diatas batang kelapa yang telah mati. Jika dahulunya selalu juga memakannya dan biasanya digoreng dengan telur. Jarang ia dimasak lemak atau lainnya.

Thursday, May 31, 2012

Ditangkai

Didahan ia tempat berpaut
Sudah patah jatuh ketanah
Didalam ia tempat nussut
Namanya pula buah getah

Wednesday, January 25, 2012

Sarang Kerengga

Sarang kerengga biasanya terletak diatas pokok yang diperbuat dari daun pokok tersebut. Kerengga tidak seperti semut lain yang membuat sarang tidak diatas pokok dimana biasanya bahagian atas tanah. Apapun kerengga ini cuma akan jadi ancaman bila tiba musim buah kerana kesukaran untuk kita memanjat pokok seperti pokok duku, jambu, rambutan dan lainnya. Jika kita diserang selain digigit kerengga tersebut akan mengeluarkan sejenis cecair yang apabila terkena pada mata akan terasa pedih. Disebabkan jumlah mereka ini banyak maka jumlah cecair yang dipancarkan akan cepat mengena sasaran. Pernah juga diceritakan kerengga akan bertelur yang berwarna cerah keputihan dan telur tersebut ada yang memakannya. Sukar juga untuk membayangkan akan hal tersebut kerana kita sedari zaman bebudak tidak pernah memakannya dan apa khasiatnya tidak pula diketahui.

Wednesday, January 18, 2012

Buah Getah Berani

Buah getah pun ada yang berani dan ada yang penakut. Jika yang berani itu maksudnya yang kuat dan menang jika diperlagakan antara satu sama lain. Teringat juga diawal tahun 70an buah getah dikutip dan dikumpul banyak-banyak kononnya dapat dijual dan akan dibeli oleh seseorang tapi tidak diingat pula siapa yang membeli dan berapa kadar harganya kerana tidak dialami oleh diri sendiri sendiri cuma sempat juga mengumpulnya. Ini terjadi kerana kononnya waktu tersebut harga getah mahal dan pokok-pokok getah perlu ditanam dalam kuantiti yang banyak.

Wednesday, January 11, 2012

Batang Pisang

Batang pisang seperti ini yang telah siap dipotong-potong atau dicincang dengan menggunakan parang atau sadak adalah untuk dijadikan makanan lembu. Biasanya lembu jika lapar akan suka makan batang pisang ini. Walaupun adakalanya tidak dapat dihabiskan sebatang tapi cukuplah untuk mengenyang sementara lembu tersebut terutama jika dimusim bah yang sukar dicari rumput yang tempatnya banyak ditenggelami air. Untuk menyelerakan lagi lembu tersebut makan bolehlah direnjis-renjis dengan air garam atau sebarang air yang rasanya masin. Inilah antara aktiviti masa budak yang ada pengalaman sedikit memelihara lembu kampung dua tiga ekor. Walaupun kita budak-budak sibuk dengan pelbagai aktiviti seperti bermain, sekolah dan menolong ibu bapa sempat juga melayan memberi makan lembu yang dipelihara walaupun kadang-kadang ada ketikanya terlepas pandang memberi makan atau mengalih lembu tersebut.

Tuesday, November 29, 2011

Buah Stong

Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna hijan dan masak akan berwarna kekuningan. Jarang orang memakannya tapi jika sudah masak dibelah dan dimakan isi bijinya yang warna putih rasanya manis dan isi buah pula kelat. Pokok buah ini seingatnya banyak terdapat dibelakang rumah Pak Mejah dekat rumah Cek Noh. Apa pun jika dibuat jeruk dimasuk kedalam botol besar dapatlah dijual kerana ada peminatnya. Tidak diketahui pula sekarang masih ada lagi kedapatan dipasaran buah jeruk stong.

Friday, May 20, 2011

Petai Belalang 2

Jika terjumpa buah petai ini bolehlah memakannya kerana mungkin ada yang belum mencubanya sebelum ini.
Posted by Picasa

Thursday, May 19, 2011

Petai Belalang


Petai ini jika dikampung banyak didapati. Bagaimanapun ia tidak dijual dipasaran mungkin belum sampai masanya. Rasanya iras-iras macam buah petai yang besar yang sedia dijual dipasar/tepi jalan. Pokok petai ini pula senang hidup tidak perlu penjagaan rapi.

Wednesday, May 18, 2011

Pohon Kkabu 3

Pohon kkabu ini tumbuh didalam kebun getah dan jika sekali pandang ia tiada beza dan seolah-olah sama seperti pokok getah yang lain terutama dari segi warna. Ini terjadi kerana mungkin ia lama disitu dan lagi pula pohon kkabu ini pandai menyesuaikan diri didalam kelompok lain yang menjadi majoriti.

Tuesday, May 17, 2011

Pohon Kkabu 2


Buah kabbu ini jika telah tua akan pecah dan sedia untuk diambil. Tapi sepanjang dikampung tidak pernah pula tengok ada orang mengusahakan membuat produk dari kkabu ini.

Monday, May 16, 2011

Pohon Kabbu 1

Disekitar perkampungan   Dusun Buluh kawasannya adalah terdiri dari kebun getah, kebun buah-buahan serta belukar. Didalam foto ini adalah sepohon pokok kekabu atau kabbu. Ianya terdapat ditepi jalan kampung berdekatan dengan rumah Mak Cik Yam Pak Nik Wil. Jika dari arah rumah Pak Melah sebelah kiri sebelum selekoh padang bola.Pokoknya dikira agak besar dan ada mengeluarkan buah.

Sunday, April 17, 2011

Seludang Buluh

Mungkin nama seludang tidak tepat untuk menamakan benda ini. Tapi itulah nama yang difikirkan agak sesuai. Ianya terletak dibatang buluh. Apabila telah tua ia akan tanggal dengan sendirinya. Kegunaan pada kita bebudak boleh dibuat alat esoseri basikal dimana akan menggunakan pisau dengan bentuk dan saiz yang sesuai. Bila telah siap akan diikat ke perangan basikal bahagian belakang dengan mengenakan kebahagian lidinya. Apabila basikal berjalan lidinya akan melanggar seludang tersebut dan akan mengeluarkan bunyi yang kuat. Seludang ini terdapat padanya miang buluh dimana lain pula kegunaannya jika ada.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 26, 2010

Pokok Serai Kayu


Pokok ini banyak kedapatan didalam belukar atau kebun buah-buahan. Pokoknya jika sudah besar ada mengeluarkan buah berwarna kehitaman jika sudah masak. Buahnya menjadi makanan burung dan juga boleh dimakan dan jika selepas dimakan gigi kita yang putih bertukar menjadi kehitaman kesan warnanya. Bagi pokok yang kecil dan rendah biasanya senang untuk diambil daunnya. Pucuknya atau yang belum tua boleh dibuat ulam. Jika dahulu ia menjadi bahan utama bersama daun kesum, pucuk daun mata ayam, serai batang juga kacang panjang untuk dihiris sebagai ulam. Dahulu nasi kerabu dikampung jarang digunakan taugeh juga kobis seperti sekarang. Pendek kata jika daun ini dijadikan salah satu ulam nasi kerabu nescaya menambah keaslian rasa nasi kerabu tersebut.

Sunday, December 12, 2010

Daun Pellah

Daun Pellah atau Mempelas ini berlainan dari daun lain kerana permukaannya yang kesat seperti kertas pasir. Jadi jika dahulu jika membuat satu-satu permainan misalnya dari kayu, buluh, objek dari tanah liat yang telah kering atau lainnya maka untuk melicinkan permukaannya digunakan daun ini yang senang didapati. Walaupun ia tidak lah berapa tahan sangat seperti kertas pasir tapi bolehlah digunakan sekadar mengantikan kertas pasir oleh budak-budak.

Tuesday, March 23, 2010

Buah Tudung Periok

Buah Tudung Puyuk ini banyak terdapat dihutan belukar (ghok). Ianya amat berguna bila tiba musim bermain bedil ngocoh yang dibuat dari buluh peleting. Ianya dijadikan sebagai peluru dan bunyinya kuat dan boleh pergi dijarak yang jauh.
Posted by Picasa

Saturday, February 13, 2010

Getah Pok


Getah Pok ialah susu getah yang ditadah samada menggunakan tempurung, mangkok getah dan sekarang dengan bekas plastik atau supik plastik. Jika dahulu getah pok ini dibuat atau terjadi dari lebihan susu getah hari sebelumnya dan membeku. Susu getah yang dikutip akan dijadikah getah keping dan diproses. Tapi sekarang susu getah yang ditoreh dijadikan getah pok. Jika kita dimasa budak getah pok dan getah segerap dijadikan upah kerana menolong ibu bapa mengutip susu getah. Apa pun menoreh getah sudah menjadi punca ekonomi harian kepada mana-mana yang ada kebun sendiri dan jika tiada, ada diantara mereka yang menoreh di Estet Sungai Bagan seperti Makcik Yam Paknik Wil. Apabila tiba musim kertuk biasanya pemalu dijadikan dari kayu yang hujungnya dibalut dengan getah yang telah beku dialur tempat torehan dibatang getah.

Thursday, October 1, 2009

Daun Kesum


Daun Kesum ini jika di Kampung Dusun Buluh dahulunya banyak kedapatan ditepi telaga depan Balai Sah Ustaz Husin. Disitu juga ada terdapat pokok limau dan pokok jambu butir banyak. Daun kesum ini ditanam oleh Pak Tengah Leh. Beliau ini sentiasa berinteraksi dan tidak jemu berbual mesra dengan bebudak macam kita, tapi orang dewasa kurang melayannya kerana beliau ini pernah pergi keluar Kelantan menuntut. Beliau ada seorang anak dan tinggal dekat rumah Mek Wo Ismail Liverpool (bola). Apa pun daun kesum ini amat subur dan penjual nasi kerabu akan kesini membelinya dan petiklah sendiri dengan harga 1o sen sahaja.