Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025
Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...
Showing posts with label binaan. Show all posts
Showing posts with label binaan. Show all posts
Wednesday, June 13, 2012
Balai Polis Pulai Chondong
Balai polis ini terletak dijalan lama ke Kedai Pulai Chondong sebelah kiri jika datang dari arah Machang. Ianya juga berhadapan dengan Klinik Hadi. Bagi bebudak seperti kami dahulunya tidak pernah memasuki kedalam kawasan balai kerana tiada urusan untuk berbuat demikian cuma jika melaluinya pun akan memandang dari luar sahaja. Apa pun adalah juga seorang kawan sesama kelas di sekolah SMAS yang bapanya anggota polis dibalai ini. Bagi yang sudah dewasa mungkin akan berurusan samada mendaftarkan kelahiran anak atau membuat lapuran polis.
Tuesday, May 22, 2012
Rumah
Di tengah sawah rumah dibina-
DiPangkal Gong jalan keKemubu-
Indah pemandangan dan suasana-
Siapa empunya ingin nak tahu-
DiPangkal Gong jalan keKemubu-
Indah pemandangan dan suasana-
Siapa empunya ingin nak tahu-
Monday, November 14, 2011
Masjid An Nur Pulai Chondong 3
Masjid/surau ini dikala dulunya disamping mengajar mengaji juga diadakan juga majlis ilmu disamping solat berjemaah setiap waktu berimamkan Tok Lebai Nur (TLN). TLN seorang yang dikenali dan dihormati oleh orang ramai disekitar Kedai Pulai Chondong kerana seorang yang berilmu agama. TLN mempunyai anak seperti Mat, Zin, Yusof dan Roni. Sekarang anaknya Haji Zin meneruskan usaha bapanya TLN disurau ini. Walaupun TLN telah kembali kerahmatullah dipertengahan tahun 70an namun kesinambungan dan adanya surau ini menjadi satu tanda ingatan untuk generasi akan datang terutama anak cucu serta keluarga TLN. Apa yang diingati TLN seorang yang disenangi serta dihormati oleh kanak-kanak yang mengaji AlQuran dengannya.
Wednesday, November 2, 2011
Masjid An-Nur Pulai Chondong 2
Dihadapan masjid/surau ini dijarak tidak sampai 100 meter terdapat Market Pulai Chondong. Dahulu jika ingin kesini mengaji AlQuran jika waktu malam biasanya kita akan lalu ditepi kedai atau rumah Pak Jak yang membuat roti untuk dijual. Api bakaran dapur roti yang menggunakan kayu jelas kelihatan dari luar dengan api yang besar dan bau aroma roti yang sedang dibakar dapat membuka selera. Sekarang Pak Jak pun sudah tiada yang jika dulu kelibatnya mengendalikan kedai kopi dimarket tersebut sentiasa kelihatan.
Friday, October 28, 2011
Masjid An-Nur Pulai Chondong 1
Masjid ini dulunya adalah sebuah surau dan sekarang pun mungkin berfungsi sebagai surau juga. Cuma ditempat kita Malaysia ada perbezaan antara masjid dan surau tapi mungkin dinegara Timur Tengah semua dikenali sebagai masjid sahaja. Dulu surau ini diperbuat dari kayu disamping ianya juga berkembar dengan rumah kediaman tuan punya surau. Tuan punya surau ini dulunya kepunyaan Tok Lebai Nor (TLN). TLN juga mengajar budak-budak disekitarnya mengaji AlQuran.
Friday, October 7, 2011
Masjid Tok Kerawat
Masjid Tok Kerawat ini terletak 50 meter jalan menuju ke Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering dari jalan raya Pangkal Gong Kemubu. Masjid ini jika dari luar iaitu dari jalan raya tidak akan dapat dilihat tapi terdapat papan tanda penunjuk arah. Masjid ini dibangunkan mungkin agak sama masanya dengan masjid surau kerawang jika diperhati kepada rekabentuknya jika dipandang sekali lalu. Apa pun masjid bagi umat islam
samada di kampung atau kota peranannya tetap sama. Pernahkah kita terfikir sepanjang hidup kita hingga kini sudah berapa buah masjid yang berlainan yang pernah kita mengerjakan solat didalamnya. Mungkin 50, 100, 200 atau lebih dari itu. Semua itu pastinya menjadi saksi dikemudian hari kelak bahawa kita mengambil berat kewujudan masjid yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan dari kehidupan selagi hayat masih ada yang tentunya mendapat ganjaran yang setimpal dariNYA.
samada di kampung atau kota peranannya tetap sama. Pernahkah kita terfikir sepanjang hidup kita hingga kini sudah berapa buah masjid yang berlainan yang pernah kita mengerjakan solat didalamnya. Mungkin 50, 100, 200 atau lebih dari itu. Semua itu pastinya menjadi saksi dikemudian hari kelak bahawa kita mengambil berat kewujudan masjid yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan dari kehidupan selagi hayat masih ada yang tentunya mendapat ganjaran yang setimpal dariNYA.
Tuesday, September 20, 2011
Pemandangan Dari Atas Menara Masjid Surau Kerawang
Beberapa foto yang sempat dirakam yang menunjukkan pemandangan sekitar perkuburan juga atap-atap masjid. Dari sini juga dapat dilihat Bukit Panau yang jaraknya yang lebih dari 4 km dari sini merentasi Sungai Kelantan.
Wednesday, July 6, 2011
Monday, July 4, 2011
Rumah Mat Rih Pengkalan Kiat
Friday, June 24, 2011
Padang Bola Kampung Kubang Tebit
Jika diposting yang terdahulu padang yang menghadap rumah Makcik Yam Paknik Wil ini tiada tiang gol. Tapi sekarang nampaknya padang ini terjaga dengan rumputnya yang pendek. Jika dahulu padang ini bukan padang bola tapi rasanya tempat ditanam padi dan ada kalanya setahun sekali tempat sembahyang hajat menolak bala lepas musim mengetam padi. Dalam masa yang sama diusung pula acak untuk dijamu kepada makhluk halus atau jin kesuatu kawasan semak. Kita bebudak jika disediakan makanan seperti pulut kuning telur dan apa lagi ada ayam panggang tidak melepaskan peluang akan hadir. Dahulu juga terdapat juga padang bola berdekatan dengan rumah Mak Johari lebih kurang 350 meter alik ilir padang ini yang agak kecil berbanding padang ini.
Sunday, June 19, 2011
Masjid Bagan Mata Ayer
Tuesday, June 14, 2011
Mesin Getah Kampung Pangkal Gong
Mesin getah ini terletak ditepi jalan kampung menuju ke Kampung Bukit Pangkal Gong berhampiran simpang ke Masjid Pauh Lima. Apa yang ada sekarang cuma bekas tinggalan dan tidak digunakan lagi. Jika dahulu tahun 70an tempat ini sentiasa sibuk sebagai tempat memesin getah keping. Difahamkan dahulu ianya kepunyaan syarikat atau mungkin juga koperasi. Mungkin pada generasi sekarang jika melihat mesin ini ianya tidak dapat menggambarkan apa yang pernah berlaku pada mesin dan tempat ini. Apa pun daku pernah kesini menolong nenek memusingkan mesin ini.
Sunday, May 1, 2011
Tangga Kayu Menara Masjid Surau Kerawang
Foto tangga berpusing ini diambil dari atas tempat duduk menara tersebut. Untuk keatas agak senang dinaiki dan difahamkan belum ada yang terjatuh dari semasa menaikinya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, April 24, 2011
Menara Masjid Surau Kerawang
Menara masjid ini talah dibina terlebih awal lagi dari masjid yang ada sekarang. Mungkin ia dibina bersama dengan masjid kayu yang lama atau bersama masjid batu bersebelahan masjid baru sekarang. Menara ini agak tinggi dan bila mula-mula daku memanjatnya masa budak dahulu amat terasa ketinggian maklumlah masa tersebut inilah kali pertama menaiki bangunan tinggi. Untuk menaikinya perlu menggunakan anak tangga berputar tapi jumlahnya tidak pula teringat untuk dikira untuk sampai keatas. Jika berada diatasnya akan dapat melihat pemandangan sekitar terutama kawasan perkuburan. Jika berada ditempat duduk diatas boleh memuatkan tiga empat orang bebudak dan terdapat pembesar suara dipasang disitu. Agak rugi juga jika tidak pernah berada diatas bangunan tinggi ini terutamnya bagi yang berada disekitarnya. Bangunan ini ada nilaui sejarah jika diberi perhatian dan dipromosikan.
Monday, April 4, 2011
Kedai Getah
Kedai Getah ini jika datang dari arah Pangkal Gong ianya terletak disebelah kiri jalan selepas simpang cabang empat depan rumah Tok Imam Sat. Sekarang kedai ini terbiar tidak digunakan lagi. Suatu masa dahulu kedai ini membeli getah keping dari penduduk setempat. Pengendali kedai ini ialah Pak Muda yusof. Pak Muda pun telah meninggal lebih kurang 10 tahun yang lalu. Dahulu urus niaga membeli dan menjual getah keping akan dilakukan samada oleh pembeli yang akan datang kerumah penoreh dan jarang mereka akan pergi kekedai getah. Pembeli getah tadi pula akan kekedai getah. Jadi kedai getah Pak Muda dikira membeli jumlah getah yang banyak dari penjual kecil-kecilan yang membeli menggunakan basikal. Kita waktu tersebut biasanya akan tahu bila pembeli akan datang membeli dan antara perbualan ialah samada harga getah naik atau jatuh.
Sunday, March 6, 2011
Kedai Mee Rebus
Dihujung Gertak Kemubu yang merentangi tali air Rumah Pam Utama terdapat sebuah kedai runcit dan juga kedai mee rebus. Disuatu ketika dahulu kami budak-budak jika pada waktu malam sekali sekala jika teringin makan mee maka Kemubu adalah salah satu tempat pilihan. Kedai ini sampai sekarang masih ada dan tidak pasti pula sekarang masih beroperasi atau tidak. Kedai ini juga berada ditempat strategik juga kerana ia akan dilalui untuk ke Pangkal Kalong dan Kampung Durian Hijau. Dimasa tersebut terdapat dua kedai mee satu lagi dihujung gertak dekat Kampung Bandar tapi kedai tersebut sudah tiada.
Tuesday, February 8, 2011
Klinik Desa Kampung Bandar
Klinik ini baru siap pembinaannya menggantikan klinik lama yang diperbuat dari kayu. Klinik sekarang kelihatan tersergam indah dan mengekalkan ciri klinik lama iaitu tiang lantainya yang tinggi.
Tuesday, December 21, 2010
MBH Jaya Enterprise
Kedai MBH Jaya Enterprise ini terletak menghadap Simpang Pangkal Gong Kemubu. Kedai ini yang terbesar di Pekan Pangkal Gong. Menjual pelbagai barangan runcit. MBH adalah singkatan kepada Mohamad Bukhari bin Hassan iaitu tuan punya kedai yang sentiasa berada di kaunter juruwang dikedainya. Bapanya dahulu adalah tuan punya Mesin Padi yang besar terletak ditepi sawah sebelah kiri jalan menuju ke Kampung Bukit berdekatan dengan rumah arwah Haji Harun yang disebelah kanannya.. Masa tersebut Mesin Padi beliau menjadi maju kerana semua padi pesawah disekitarnya dimesin disini. Sekarang mesin ini sudah lama tiada. Daku dahulu pernahlah kesini masa bebudak untuk melihat atau menghantar serta mengambil padi dan beras yang telah dimesin sambil melihat kehebatan mesin ini beroperasi yang tingginya seolah-olah bertingkat dan bunyinya yang kuat dan disekitarnya dipenuhi sekam padi yang menimbun tinggi yang sentiasa mengeluarkan asap.
Sunday, November 28, 2010
Pejabat Pos Pulai Chondong
Sunday, October 24, 2010
Foto Tanah Perkuburan Surau Kerawang
![]() |
| Pemandangan tanah perkuburan ini berlatar belakangkan Bukit Panau. Tempat ini terletak bersebelahan Masjid Al Amin. Jarak keluar kejalan raya lebih kurang 300 meter. Masjid ini telah dibina sekitar tahun 1974 diatas tapak lama surau. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...
-
Stesen minyak ini ditahun 1975 adalah satu-satunya stesen minyak yang terdapat di Pulai Chondong. Ia kepunyaan Haji Hamzah yang rumahnya i...
-
Restoran Alias di Kedai Pulau Chondong ini ada menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular ialah roti canai. Kedudukan restoran ini pun st...
-
Dihadapan masjid/surau ini dijarak tidak sampai 100 meter terdapat Market Pulai Chondong. Dahulu jika ingin kesini mengaji AlQuran jika wakt...
-
1. Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...













