Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Azan
1. Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...
Monday, April 26, 2010
Kera Awang
Semasa dahulu kita budak-budak jika disebut ada kera atau beruk terlepas maka ia sedikit sebanyak akan menjejaskan beberapa aktiviti seharian. Terutama jika ia hari cuti sekolah. Sebabnya dibimbangi beruk itu akan menganggu aktiviti dibelukar dan hutan seperti mencari burung dan sebagainya. Walaubagaimana pun nama beruk lebih dikenali dari nama kera tapi rasa-rasanya ia specis yang sama. Jika dikampung masa itu yang memelihara beruk ialah Rodi anak Pak Husin dimana rumahnya berjiran dengan Pak Nik Wil Mak Cik Yam. Beruk ini diikat dengan rantai dilehernya dan diletak dibatang buluh yang dicondongkan dan diletak disebatang pokok dimana beruk itu dapat naik kepokok dan dalam masa yang sama dapat turun kebawah dengan mudah melalui satu gelungan besi. Beruk ini jika diberi nasi pun ia akan makan. Juga teringat asal usul nama Kampung Kerawang disebabkan pada satu masa dahulu seseorang yang bernama Awang yang memelihara seekor Kera dan mereka memanggil kera itu dengan panggilan kera Awang dan disingkatkan menjadi kerawang. Begitulah lebih kurang cerita masa budak-budak. Apa pun beruk ini amat berguna untuk menjatuhkan buah kelapa dan untuk pergi kesesuatu distinasi biasanya menaiki basikal dan duduk atas alang basikal bahagian depan.
Wednesday, April 21, 2010
Di Masjid Surau Kerawang
Ustaz Mat iaitu Imam Masjid ini sentiasa mengadakan kuliah selepas solat fardhu terutama maghrib dan subuh. Kuliahnya adalah tafsir Al Quran. Cara beliau menyampaikan kisah dizaman Nabi SAW dan berbanding sekarang begitu menarik dan mudah difahami dan dengan gaya tersendiri dan tidak jemu mendengarnya. Tugas menyampaikan suruhan isi kandungan Al Quran dilakukan tanpa jemu kerana itulah tuntutan Islam walaupun telah berpuluh tahun dilaluinya. Beliau ini seingat daku sudah lama pencen sebagai seorang Ustaz. Dan sehingga sekarang walaupun telah berumur tapi masih mampu bertazkirah dan istiqomah serta sihat dan didoakan semoga beliau sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Bilal yang sentiasa mengumandangkan Azan pula ialah Hashim bin Haji Mohamad iaitu adik Allahyarham Abd Rahim yang dahulunya ayah beliau ini juga adalah Imam Masjid ini.
Friday, April 16, 2010
Lundang
Lokasi ini popular bagi penduduk Kampung Dusun Buluh disuatu ketika dahulu dan mungkin sekarang juga. Jika dahulunya di tahun 70an daku pernah mengikut bapa saudara kesini pada suatu petang musim hujan untuk menahan tauk iaitu sejenis pancing diperbuat dari buluh dan ditahan satu malam dimana akan dilihat pada sebelah pagi esoknya akan hasilnya.. Lundang ini terletak ditepi Sungai Kelantan sebelah alik hilir Pengkalan Kiat yang berhadapan dengan rumah Mak Su Yoh kira-kira 200 meter. Ianya satu kawasan lembah dan jika musim bah tempat ini akan mula-mula dinaiki air dan yang terakhir sekali kering. Jadi kita budak-budak jika masih tidak puas lagi bermain air maka lokasi ini akan menjadi tumpuan pula. Disini juga terdapat satu kawasan yang bertakung dengan air suatu masa dulu dimana jika musim kemarau juga akan menjadi satu lokasi mencari ikan Mungkin kawasan ini rendah maka ianya dinamakan Lundang. Sekarang pula tempat ini banyak ditanami pokok pisang dan lain-lain tanaman sayuran. Ianya juga menjadi tempat padang ragut lembu. Tempat ini sebahagiannya kaya dengan pokok pucuk paku. Tanah disini berpasir dan subur. Sekarang sebahagian tempat ini ditanam dengan pokok getah. Apa pun Lundang ini dari dulu sampai sekarang masih menjadi pengeluar pucuk paku samada untuk dimakan law atau pun dijual diluar Kampung Dusun Buluh.
Saturday, April 10, 2010
Kubur Cina
Kubur Cina atau Jirat ini banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh yang ada penduduk berbangsa cina. Yang didalam foto ialah beberapa kubur yang terdapat di kanan jalan menuju ke Pengkalan Kiat. Sewaktu dulu kubur ini akan dibersihkan setahun sekali dan akan ditabur kertas berbentuk empat segi (seperti wang) memenuhi seluruh kubur tersebut. Begitu juga ada satu-satu ketika terdapat buah limau dan dipasang colok. Kalau ada yang berani ada yang mengambilnya. Tapi seingat daku tiada yang berbuat sedemikian. Kubur ini berbeza berbanding diluar dari tempat ini dimana diperbuat dari batu siap ada gambar. Disini bentuk kubur dibentuk seperti sebuah busut yang besar. Penduduk disini tiada kubur khas dimana apabila ada kematian mereka akan ditanam ditanah kepunyaan mereka sendiri samada dikebun getah, kebun buah-buahan dan berhampiran dengan rumah kediaman. Pada keseluruhannya kubur mereka sentiasa dibersihkan.
Monday, April 5, 2010
Pattani Restaurant
Restoran ini telah lama wujud sekitar tahun 1976. Ia terletak bersebelahan dengan stesyen minyak Shell Pulai Chondong. Pengusahanya pula dikenali Abang Him. Restoran ini terdiri dari rumah kedai dua tingkat yang mempunyai dua pintu kedai. Pada permulaan pembukaannya dahulu sebelah restoran ini adalah kedai perabut. Pelbagai peralatan perabut ada dijual dan dijaga sepenuh masa oleh Allahyarham Haji Rashid yang tinggal di Kampung Mata Ayer dimana sebelum itu beliau bekerja di Kantin Estet Sungai Bagan. Di restoran ini dulunya terkenal dengan masakan tomyam kerana masa dulu tomyam baru mula dikenali. Disamping itu dijual roti canai, nasi campur dan masakan panas lainnya. Dibelakang kedai ini pula terdapat sebuah surau. Dihadapan seberang jalan rumah dua tingkat Haji Hamzah(sekarang telah terbakar). Abang Him ini pula seorang peminat bola sepak dimana jika hendak menonton bola di TV restoran ini sentiasa tersedia menayangkannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
1. Masa budak dulu di Kampung Dusun Buluh tidak pernah berjumpa dengan monyet. Kalau ada pun yang kelihatan spesis beruk. Tapi kini diberita...
-
https://vt.tiktok.com/ZSL9eHH4K/