Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Showing posts with label jejak lokasi. Show all posts
Showing posts with label jejak lokasi. Show all posts

Monday, May 16, 2016

Pasar Minggu Raub

1. Sebagai pengetahuan kulit kerbau juga dikenali sebagai Belulang.. Ianya enak dimasak gulai lemak bersama rebung.. Maka itu jika kita berkunjung ke Pasar Minggu (Pekan Sari) dimana-mana didalam daerah Raub samada di Pekan sari Raub, Dong, Ulu Gali, Sega atau di mana jua, rebung dah memang sinonim berpasangan dengan belulang.
Satu lagi masakan yang popular dan unik di Raub juga ialah Aserom.. ianya diperbuat dari buah Perah yang banyak tumbuh di kawasan hutan terutama di Ulu Sungai.
Jika anda yang ingin mengetahui lebih lanjut dan merasai keenakan masakan ini, silalah berkunjung ke Raub dan kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. 

‎2. Pekan sari Raub ni banyak mengimbau kenangan silam saya sewaktu arwah bapak saya masih hidup. Setiap kali kami balik kampung di Dong. dia akan singgah ke pekan sari ni beli sayur-sayuran dan buah-buahan hutan. Antara yang pernah saya makan dulu ialah buah perah(?) sejenis buah hutan yang kulitnya coklat kehitaman tapi isinya putih. Satu lagi buah yang saya tak ingat nama dia..perlu diperam dulu untuk dibuang racunnya. warna kekuningan dan biasanya diricih halus. I miss all that..Selalunya bila arwah bapak ke pekan Raub, dia akan berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara-mara..ada yang masih panggil dia cikgu walaupun dia dah berdekad meninggalkan profesion itu. Betullah kata orang putih, \'Once a teacher, always a teacher.\'
Sumber 1: ‎ Penulis Zairie Aries‎
Sumber 2: ‎ Penulis Kamarulzaman‎

Monday, November 14, 2011

Masjid An Nur Pulai Chondong 3

Masjid/surau ini dikala dulunya disamping mengajar mengaji juga diadakan juga majlis ilmu disamping solat berjemaah setiap waktu berimamkan Tok Lebai Nur (TLN). TLN seorang yang dikenali dan dihormati oleh orang ramai disekitar Kedai Pulai Chondong kerana seorang yang berilmu agama. TLN mempunyai anak seperti Mat, Zin, Yusof dan Roni. Sekarang anaknya Haji Zin meneruskan usaha bapanya TLN disurau ini. Walaupun TLN telah kembali kerahmatullah dipertengahan tahun 70an namun kesinambungan dan adanya surau ini menjadi satu tanda ingatan untuk generasi akan datang terutama anak cucu serta keluarga TLN. Apa yang diingati TLN seorang yang disenangi serta dihormati oleh kanak-kanak yang mengaji AlQuran dengannya.

Wednesday, November 2, 2011

Masjid An-Nur Pulai Chondong 2

Dihadapan masjid/surau ini dijarak tidak sampai 100 meter terdapat Market Pulai Chondong. Dahulu jika ingin kesini mengaji AlQuran jika waktu malam biasanya kita akan lalu ditepi kedai atau rumah Pak Jak yang membuat roti untuk dijual. Api bakaran dapur roti yang menggunakan kayu jelas kelihatan dari luar dengan api yang besar dan bau aroma roti yang sedang dibakar dapat membuka selera. Sekarang Pak Jak pun sudah tiada yang jika dulu kelibatnya mengendalikan kedai kopi dimarket tersebut sentiasa kelihatan.

Friday, October 28, 2011

Masjid An-Nur Pulai Chondong 1

Masjid ini dulunya adalah sebuah surau dan sekarang pun mungkin berfungsi sebagai surau juga. Cuma ditempat kita Malaysia ada perbezaan antara masjid dan surau tapi mungkin dinegara Timur Tengah semua dikenali sebagai masjid sahaja. Dulu surau ini diperbuat dari kayu disamping ianya juga berkembar dengan rumah kediaman tuan punya surau. Tuan punya surau ini dulunya kepunyaan Tok Lebai Nor (TLN). TLN juga mengajar budak-budak disekitarnya mengaji AlQuran.

Friday, September 30, 2011

Stesen Keretapi Gua Musang

 Stesen keretapi Gua Musang merupakan stesen keretapi utama selepas Kuala Krai. Dahulunya perkhidmatan keretapi menjadi pengangkutan utama untuk ke Singapura, Kuala Lumpur juga Pulai Pinang. Biasanya penumpang keretapi akan bertambah bila tiba musim cuti dan masa penggal sekolah dibuka. Pada masa tersebut baru kita tahu ramai juga
anak-anak Kelantan yang belajar diluar. Utuk menggambarkan betapa ramainya penumpang ketika itu sehimgga ada diantara mereka yang terpaksa berdiri didalam tandas keretapi. Walaupun terpaksa menghadapi suasana sedemilian kita tiada pilihan kerana inilah satu-satunya pengangkutan utama yang ada. Perkhidmatan ini ada juga baiknya  kerana kita walau seramai mana penumpang yang ada tiket untuk kesetiap distinasi tetap ada.




Sunday, July 25, 2010

Stewong

Stewong ialah merupakan sebuah lori winching balak. Mengapa digunakan perkataan ini tidak pula diketahui. Tapi lori ini digunakan untuk menarik balah di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan. Balak ini datang dari hulu kelantan dihanyutkan melalui Sungai Kelantan. Apabila sampai dipersimpangan Sungai Keladi ia di elak kesungai ini. Untuk kekilang papan ia perlu dinaikkan keatas darat. Sekarang aktiviti ini sudah lama tiada dan
tempat ini sudah didirikan
jambatan. Jadi tempat ini dahulu menjadi daya tarikan budak-budak. Samada stewong berasal dari perkataan Bahasa Inggeris tidak pula diketahui.

Wednesday, August 12, 2009

Stesen Bas Lama SKMK Machang


Stesen bas ini dahulunya sibuk dengan penumpang yang sedang menunggu bas kedistinasi seperti Kota Bharu, Kemubu, Tanah Merah, Batu Melintang, Pasir Putih, Kuala Krai dan lainnya. Sekarang ia telah lama berpindak ketempat baru yang lagi besar. Jika dulu semasa bersekolah sekejap di SM Hamzah Machang maka stesen ini penuh dengan budak sekolah yang sedang menunggu samada bas Kuning dan biru. Apa yang menarik perhatian semasa menunggu bas kita truja dengan tempat bangunan workshop yang membaiki bas yang rosak.



Stesen Bas Machang tempat bertamu
Penumpangnya pula sabar menunggu
Di Sekolah Hamzah menuntut ilmu
Kemudian ke Sekolah Teknik Terengganu

Suasana meriah distesen bas
Pelbagai ragam boleh diperhati
Masa sekolah tidaklah bebas
Disiplin dan peraturan perlu diikuti

menunggu bas setiap hari
Pagi pergi petang balik
Jika dahulu orang memberi
Jasa dibalas yang berbuat baikPosted by Picasa

Tuesday, January 13, 2009

stesen keretapi kuala krai kelantan


stesyen keretapi ini lah stesen pertama dalam hidup mula-mula kenal. pertama pada tahun 1970 ketika nenek aku pergi ke mekah. kita orang pergi hantar dia kestesen ini naik kereta datsun pick up duduk belakang. kalau sekarang macam toyota hilux. kereta itu kepunyaan pak noh kampung beta. memang seronok habis. lepas itu kali kedua tahun 1977 ketika temuduga memasuki sebuah sekolah di port dickson. dan lepas itu dapat pula memasukinya dan naik kereta api juga. kerana pada masa itu hanya kereta menjadi pengangkutan popular tidak kira kemana samada kesingapura atau keutara.
Posted by Picasa

Sunday, September 21, 2008

chin seng supermarket kota baru kelantan.


pada tahun 1975 aku telah pergi kepasar raya ini kerana membeli sehelai baju t shirt tanpa kolar berjenama texan dengan harga kurang RM10. itulah baju berjenama popular masa itu. ikut hati memang nak beli seluar sekali tapi tidak mampu. jadi tengok sajalah. jenama lain seperti amco, lee, jj, levis dan lainnya.naju tu warna lebih kurang biru kehijauan muda. jadi sekarang jika aku ke kota baru bila lalu depan kedai ini teringatlah aku kedai ini dan kadang-kadang singgah beli pakaian.
Posted by Picasa