Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Showing posts with label 1st. Show all posts
Showing posts with label 1st. Show all posts

Monday, June 28, 2021

Kain pelikat budak



Kain pelikat budak disuatu ketika dahulu dianggap satu pakaian mewah juga. Ini kerana bukan semua budak kampung mampu memakainya walau ia satu keperluan. Jika ingin memakainya biasanya akan dipakai sarong orang dewasa samada kain sarong wanita atau lelaki tapi bila dipakai tidak sesuai sebab besar tapi jika untuk tidur dimalam hari buat selimut ianya sesuai. Apa yang saya ingat selalu juga memakai kain sarung mek ku. Pada satu ketika semasa beberapa hari berkunjung kerumah nenek ku suatu hari nenek ku membawa saya ke pasar pagi di "gok tembakau" atau tempat pengering daun tembakau di Kampung Pangkal Gong yang kini jadi tapak Maahad Tahfiz Pulai Chondong dekat dengan Sekolah Menengah Abdul Samad. Disitu nenek ku membeli sehelai kain pelikat budak. Bukan kepalang gembiranya saya ketika itu hingga kehari ini masih mengingati suasana dipasar pagi dan kain itu. Pasar pagi itu meriah kerana ramai orang disana dan pada hari itu nenek ku menjual daun tembakau dan hasil jualan boleh membeli kain pelikat itu dan lain lain barang keperluan. Harga pada masa itu mungkin RM4 tapi tidak diingati sangat harga sebenar mungkin kurang dari itu. Selepas diguna beberapa lama tidak diingati lagi bila pula ianya koyak atau rosak. Mungkin sudah menjadi lumrah masa mula membeli sangat diingati tapi bila sudah rosak atau lusuh tidak bernilai dilupakan begitu sahaja seolah olah lupa jasanya yang besar.   

Sunday, June 19, 2016

Suis Lampu Lama

‎Seingatnya inilah suis lampu yang mula-mula diguna masa rumah-rumah mula mendapat kemudahan letrik pada tahun 70an dikampung. Lampunya jenis mentol. Apabila dibuka suisnya berbunyi agak kuat. Dahulunya minima bil letrik walau tidak digunakan ialah RM2.00. Apabila lama digunakan ia akan rosak biasanya apabila hendak ditolak kebawah tidak dapat (tak jettak).  Foto sumber Google. 

Thursday, September 11, 2008

Sekolah Kebangsaan Penambang Kota Bharu

Inilah sekolah daku yang pertama iaitu sekolah kebangsaan penambang Kota Bharu Kelantan. Masa tu daku tinggal di Kampung Sungai Keladi. tapi ini foto sekarang. Jarak dari rumah lebih kurang 1 km sahaja. Jika pergi mula-mula bersekolah ialah abang Amir yang pergi hantar dengan basikal, selepas itu hari hari seterusnya mula berjalan kaki dan menyeberang sungai keladi dulu baru sampai kesekolah. Masa dalam darjah satu daku ingat lagi ada satu pelajar tu dia kena ditunggu oleh kakak atau emak dia didalam kelas jika tidak pelajar itu mungkin akan keluar kelas dan balik rumah. Mula masuk kelas tahun 1968. Apa pun kenangan bila melalui kelas ini masih terbayang. Kalau hendak kesekolah ini ialah dari bandar kota bharu ke pantai cahaya bulan. Walau bagaimana pun daku hanya bersekolah mungkin 6 bulan sahaja selepas itu daku berpindah ke Kampung Dusun Buluh Pulai Chondong Kelantan. Satu hal yang daku tidak ingat tapi ada diceritakan oleh orang lain yang lebih dewasa ialah daku selalu bergaduh dengan murid lain disekolah buktinya kata beliau ialah baju sekolahku selalu kotor kesan bergaduh tapi seperti dikatakan daku tidak ingat kerana mungkin salah dan mungkin benar apa yang dikatakan kerana ketika itu umur masih tujuh tahun.

Monday, August 4, 2008

sekolah menengah abdul samad pulai chondong

ini lah sekolah menengah aku yang pertama. singkatan SMAS. belajar disini tingkatan 1 sampai 3. guru yang masih diingat abdullah, tuan lah, talib, maryam, ustaz man, aminah, idris dan lain-lain. guru yang paling mesra pelajar ialah cik gu talib orang melaka dan masa tu masih bujang dan menyewa di pekan pulai chondong berhadapan stesen minyak shell. kita orang selalu kerumahnya bersama fauzi dan ada juga pergi ke pantai cahaya bulan berkhemah 2 hari. juga pernah belanja makan di sebuah kedai makan dikota bharu. Guru besar masa tu cik gu abdul samad.


Posted by Picasa