Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Showing posts with label SKB. Show all posts
Showing posts with label SKB. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Foto Murid Sekolah Kebangsaan Bandar

Semua yang berada didalam foto ini masih dapat dikenali cuma ada nama yang sudah tidak diingati. Antara yang diingati nama adalah yang berasal dari Kampung Dusun Buluh iaitu Zaitun Ismail dan rasanya Fauziah Abdullah. Zaitun ialah puteri kepada Ismail dan Hawa. Fauziah pula puteri kepada Abdullah dan
kakak kepada Suriano. Foto ini juga hampir berusia 40 tahun. Zaitun dan Fauziah pula meneruskan persekolahan peringkat menengah di SMAS sekolah yang sama dengan daku. Zaitun pernah juga menjadi ketua darjah dan adakalanya pernah menegur
apa-apa kesalahan yang daku lakukan semasa dalam kelas. Murid yang lain tidak pernah dijumpai lagi dan dimana mereka sekarang. Lagi sekali diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada puteri kepada Cikgu Hamidah atas kesudian beliau berkongsi foto ini.

Tuesday, September 6, 2011

Foto Kelas Murid Sekolah Kebangsaan Bandar

Foto ini sebenarnya telah berusia sekitar 40 tahun yang lalu. Mungkin murid yang berada didalam foto ini sendiri pun tidak memiliki foto ini. Bolehlah kita ibaratkan mereka ini dikira bertuah apalagi jika ada anak-anak mereka yang akan menunjukkkan foto ini kepada mereka. Sekarang umur mereka jika ada sekitar 49 tahun. Daku sebenarnya tidak berapa mengenali lagi wajah murid didalam foto ini kerana ia bukan sekelas tapi adalah seorang dua sahaja yang mungkin dapat dicam. Tapi guru pula memang kita mengenalinya. Apa pun terima kasih tidak terhingga kepada puteri kepada Cikgu Hamidah yang sudi berkongsi foto ini bersama dengan kita semua.

Monday, July 11, 2011

Murid Perempuan Sekolah Kebangsaan Bandar (SKB) Pulai Chondong.

Foto yang dipaparkan diblog ini kali ini begitu berharga sekali bagi sesiapa yang  pernah belajar di SKB  sekitar tahun 70an apalagi pada mereka yang sedarjah dengan mereka yang berada didalam foto ini. Walaupun rakan lain yang sekelas dengannya tiada dalam foto ini tapi sudah cukup mereka ini mewakili kami buat kenang-kenangan dizaman bebudak yang terindah di SKB. Wajah mereka ini masih diingati cuma ada yang namanya sudah tidak diingati.  Mungkin penjenguk blog ini ada yang masih ingat nama mereka. Berdiri dari kiri kekanan ialah Normah, Kartini, xxxx, Norma, xxxx dan yang duduk kiri kekanan ialah xxxx, xxxx, Zaharah Che Lah, xxxx. Norma berasal dari Kampung Dusun Buluh dan dikira bertuah ketika itu dan kami pun turut berbangga kerana beliau pernah mewakili pasukan bola jaring untuk bertanding dluar dari negeri Kelantan. Terima Kasih juga kepada Haslina Puteri Cikgu Dah yang sudi berkongsi foto ini dengan kita semua.

Monday, March 28, 2011

Bukit Tok Bidan


Bukit Tok Bidan terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Bandar. Semasa bersekolah di sinii dahulu bukit ini kerap juga dinaiki biasanya pada waktu petang selepas waktu sekolah. Apa yang istimewanya bukit ini pada kami waktu itu. Yang istimewanya ialah mungkin inilah satu-satu bukit yang terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh juga ianya berdekatan dengan sekolah. Didalam hutannya pula terdapat pokok berangan dan kadang-kadang terdapat buahnya bila melalui dibawah pohonnya. Bukit ini tidaklah tinggi sangat tapi terdapat pelbagai jenis pokok. Lagi tarikan bukit ini ialah ianya dikira satu tempat yang agak mencabar juga untuk diterokai dimana seingat daku hanya budak lelaki yang berani kesana. Ianya barangkali tidak sesuai untuk budak perempuan bermain-main didalamnya. Lain-lain kisah misteri (maklumlah namanya pun Tok Bidan) jika ada pun tentang bukit ini sudah tidak diingati lagi. Mungkin orang Kampung Bandar mengetahuinya.

Friday, November 6, 2009

Askar Wataniah

Diakhir tahun 60an masih diingat di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Bandar dekat kaki bukit tanah merah ada sepasukan askar wataniah sedang berkawad pada waktu petang. Antara yang berkawad itu ialah Tok Imam Shad.
Posted by Picasa