Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh
Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Wednesday, April 26, 2023
Wednesday, August 31, 2022
Monday, September 11, 2017
Sunday, July 30, 2017
Daun Besar
1. Daun besar ini jika dizaman bebudak ada juga kegunaannya. Jika diketika musim ada permainan wayang kulit berbayar yang pernah diadakan berhadapan dekat rumah Pakcu Soh dikawasan yang ada kawasan lapang seluas kurang dari setengah padang bola maka ramai lah bebudah yang pergi menontonnya. Apa yang menariknya masa tersebut awal tahun tujuh puluhan wayang kulit amat diminati dan Tok Dalang masa itu ialah Dollah baju merah. Walau ada panggung wayang moden di Mata Ayer tapi wayang kulit hanya sekali sekala dimainkan. Sedangkan cerita filem wayang moden kerap diadakan dan berjadual.
2. Apa yang hendak diceritakan ialah selepas tamat permainan wayang kulit itu maka pengaruh kepada budak-budak amat dirasai. Antaranya ialah akan cuba melakonkan balik adengan yang diingati. Caranya ketika waktu malam akan dicari batang pisang dan kain kelir iaitu kain putih. Biasanya kain kelir dari kain selimut. Lampunya pula hanyalah pelita.
3. Untuk persiapan perlu dibuat wayang kulit biasanya dari plastik sahaja kenudian diwarnakan. Watak utama ialah Wok Yoh Samad Eteng dan Pok Dogol.
4. Watak atau objek lain seperti hanuman tapi jarang dibuat kerana agak rumit. Objek gunung juga penting kerana ia ada peranan seperti jika ingin pergi bertapa biasanya objek gunung digunakan. Atau juga sebelum permainan dimulakan objek gunung ini akan ditayangkan.
5. Jadi cara paling senang untuk objek gunung ialah daun besar seperti digambar atas akan digunakan. Daun itu untuk kelihatan kuat akan dikepit dengan perangan buluh untuk senang dicucuk dibatang pisang. Dan ada juga disedia sebuah alat yang apabila ditekan dengan paha semasa Tok Dalang menjalankan aksi akan berbunyi kuat. Ia dibuat dari kayu. Ia perlukan kemahiran untuk berbunyi kuat seperti yang diharapkan. Biasanya alat ini dibunyikan jika ada aksi pergaduhan samada dalam bentuk tikaman atau tumbukan atau tamparan atau panahan. Tidak dapat dipasti apakah nama alat tersebut. Begitulah permainan budak dahulu yang sudah jauh berbeza dengan budak sekarang dan jalan pemikiran dan citarasa yang jauh berbeza.
Saturday, July 8, 2017
1. Jika melihat buah ini dimana-mana tempat akan teringat semasa di Sekolah Kebangsaan Bandar kedapatan pokok buah tar ini. Biasanya buah ini jatuh dengan sendiri macam buah kelapa dibawah pokok. Masa itu ada lebih kurang tiga empat pokok tar yang terletak berhampiran pinggir Bukit Tok Bidan. Disitu juga terletak gelanggang sepak raga/takraw juga ada kantin sekolah dan berhampiran pagar ada beberapa buah tandas.
2. Kawasan sekitar pokok tar nampak bersih dan kemas. Pokok tar ini nampak subur dan sudah tinggi walau agak rendah sedikit dari pokok kelapa yg sudah tinggi dan batangnya lebih besar dari kelapa sawit. Pelepahnya tidak panjang macam kelapa dan kelapa sawit. Jika hampir pertandingan sepak takraw peringkan zon maka tempat ini akan jadi sibuk kerana pemain berlatih pada waktu petang. Selepas berlatih akan dapat pula makan bubur kacang merah dicampur dengan susu cair yang dimasak dalam periuk seperti kawah menggunakan kayu api.
3. Jika ada akativiti lain seperti petang dan malam hari tempat ini akan didirikan pondok/khemah tempat untuk bermalam atau berkumpul waktu malam.
4. Buah tar ini bila gugur tiada siapa yang peduli sebab tiada apa yang boleh dibuat dengannya untuk dijadikan bahan makanan atau minuman. Lagi pun tidak pernah melihat ada orang memanjat pokok ini untuk mengambil setandan dua buahnya. Ini bermakna buah ini tiada nilai komersil pada masa tersebut.
5. Ada juga kadang-kadang jika terdengar iklan diradio berkenaan kegunaan minyak kelapa laut afrika maka akan teringat buah ini yang terdapat disekolah tersebut. Jika kemana-mana kalau terjumpa minuman buah ini akan cuba untuk membelinya kerana keenakan rasanya.
Sunday, October 2, 2016
Saturday, July 9, 2016
Buku Besar
Kini buku besar kalau disebut mungkin akan difahami buku yang besar saiznya. Jika disebut daging buku besar mungkin ada yang masih tahu tapi susah hendak melihatnya. Mungkin era 90an gulai daging ini telah jarang dihidangkan masa kenduri kendara. Begitulah zaman berubah cara hidang pun berubah dan menu pun juga berubah sedikit demi sedikit.
Saturday, February 20, 2016
Mengail dan Menangkap Ikan
Mengail juga disebut memancing
Tempat pula ada di Pengkalan Kiat
Kalau udang di Kemubu
Kalau tauknya pula disawah padi
Atau juga dilundang
Juga dibendang dekat rumah Pakcu Hassan
Sambil menggala pun ada ikan
Puyu haruan keli sepat jika ikan darat
Kalau tual pula didalam sungai
Ikan sepila pula di Becah Kua juga Lundang
Hati-hati diketik lintah
Disungai banyak ikan belungkur
Kadang-kadang ikan tilam
Sotar pula yang paling pintar
Menangkap Ikan juga udang galah
Depan rumah Pakcik Leh pun ada sawah
Kekadang datang untuk mengail
Ikan anak butir nangka tidaklah besar
Kalau sudah habis musim mengetam
Datang pula musim menimba
Meriah suasana ikan pun banyak
Dari pagi hingga ketengah hari
Dapat satu baldi dikira menjadi
Badan pun sihat cergas sentiasa
Apa dibuat semua gembira
Asalkan dapat berkawan tua dan muda
Sudah dikira semangat sudah diberi
Ada juga kadang kala mengguna serkap
Di kawasan kolam kampung cina
Pak Yong Beki Pak Wat juga ecai
Masa itu musim kemarau
Apa diheran budak tidak duduk diam
Sepanjang tahun penuh acara
Semuanya ikut cuaca juga musim
Mencari ikan juga bermusim
Tual juga alat menangkap ikan
Diletak dibatas sawah tempat air mengalir
Yang banyak datang ikan sepila
Dibuat pais sedap rasanya
Dimana datang ikan-ikan ini tidak pernah tanya
Apa yang tahu ada air ada ikan
Itu ajaibnya ikan ini
Sampai masanya ada air ia pun ada
Jika musim bah pula lain ikannya
Ada ikan belida besar terkena bubu
Ada menjaring ikan bercampur sungai dan sawah
Friday, March 9, 2012
Kapal Haji
Dahulu sebelum tahun 80an jika ke Mekah mengerjakan ibadah haji bakal-bakal haji akan menaiki kapal laut. Apa yang diingati nama kapal tersebut ialah Kapal Malaysia Raya. Diceritakan kononnya kapal ini hadiah dari kerajaan Jepun sebagai hadiah pampasan atas penjajahannya keatas Tanah Melayu masa Peperangan Dunia Ke 2. Bakal-bakal haji khasnya dari Kelantan akan menaiki kapal ini di Pelabuhan Pulau Pinang. Jadi mereka akan pergi ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi samada melalui Thailand atau melalui Gemas biasanya dengan diiringi pengiring seperti anak yang agak dewasa. Mereka akan ke Mekah selama tiga bulan dimana diatas kapal sahaja pergi dan balik selama satu bulan. Apa yang dibawa bersama ialah beras serta lauk seperti ikan kering serta peralatan memasak seperti dapur minyak semawar. Diberita kapal tersebut didalamnya ada tujuh tingkat. Semasa diatas kapal bakal haji masa diperuntukkan untuk mempertingkatkan pengajian mengerjakan ibadah haji. Dahulu didalam satu kampung mungkin ada seorang atau tiada yang akan menunaikan haji. Masa awal 70an kos menunaikan haji ialan lebih kurang RM1300. Semasa menghantar bakal haji samada dikapal atau stesen keretapi suasana agak kesedihan kerana akan berpisah untuk tempoh yang lama dan mungkin tidak akan dapat berjumpa lagi. Apabila pulang ke tanah air buah tangan seperti buah kurma, buah tin(ara) air zam zam, celak, kamera dan lainnya dibawa bersama. Bahan-bahan tadi pula dimasukkan kedalam periok besar dan periok itu pula dibungkus dengan jaring atau jala supaya tudungnya tertutup ketat tidak tertanggal. Mungkin disebabkan banyaknya halangan dan pengorbanan dan jarang orang yang dapat mengerjakan haji maka mereka ini diberikan gelaran Haji atau AlHaj.
Wednesday, January 11, 2012
Batang Pisang
Batang pisang seperti ini yang telah siap dipotong-potong atau dicincang dengan menggunakan parang atau sadak adalah untuk dijadikan makanan lembu. Biasanya lembu jika lapar akan suka makan batang pisang ini. Walaupun adakalanya tidak dapat dihabiskan sebatang tapi cukuplah untuk mengenyang sementara lembu tersebut terutama jika dimusim bah yang sukar dicari rumput yang tempatnya banyak ditenggelami air. Untuk menyelerakan lagi lembu tersebut makan bolehlah direnjis-renjis dengan air garam atau sebarang air yang rasanya masin. Inilah antara aktiviti masa budak yang ada pengalaman sedikit memelihara lembu kampung dua tiga ekor. Walaupun kita budak-budak sibuk dengan pelbagai aktiviti seperti bermain, sekolah dan menolong ibu bapa sempat juga melayan memberi makan lembu yang dipelihara walaupun kadang-kadang ada ketikanya terlepas pandang memberi makan atau mengalih lembu tersebut.
Wednesday, January 4, 2012
Bah
Pada 1 Jan 2012 sempena tahun baru Masehi sekitar Pulai Chondong telah dinaiki air bah. Jalan yang tidak boleh dilalui ialah di Pengkalan Kunyit dan Jalan di Pangkal Perahu. Walau bagaimana pun ianya cuma beberapa jam sahaja terputus hubungan laluan sekitar pagi dan menjelang petang sudah boleh dilalui. Untuk ke Kampung Dusun Buluh perlu melalui jalan Kok Lanas Kemubu. Musim ini sudah dua kali dinaiki air dan biasanya air akan naik sebanyak tiga kali barulah berakhir musim bah dikawasan ini. Foto adalah kejadian bah dijalan Pangkal Perahu ke Kerawang sekitar jam 1030 pagi.
Wednesday, December 28, 2011
Padang Wau Kerawang 4
Sekarang padang wau ini sudah tidak kelihatan seperti dulu lagi. Dimana kini sesetengah kawasan telah berpagar dawai duri dan ditanam pelbagai tanaman seperti sayuran. Terdapat juga dibina tempat takungan air yang besar mungkin sebagai tempat menyimpan air siraman tanaman. Apa pun tempat ini telah tersimpan sejarahnya yang tersendiri dimana pernah terkenal terutama bagi kami penduduk berhampiran dengan Kampung Kerawang. Tempat ini juga jika selepas mengetam padi adalah tempat pertama ditempuh atau dilalui untuk mencari belalang kunyit diwaktu malam. Belalang ini banyak terdapat di batang padi dan tidak terbang dan senang ditangkap. Belalang ini pula boleh dijadikan bahan makanan.
Wednesday, December 21, 2011
Padang Wau Kerawang 3
Suasana pertandingan wau diwaktu petang disini diberi tumpuan keatas wau-wau yang akan masuk bertanding mengikut giliran. Jumlah berapa pusingan wau dapat dipertandingkan bergantung kepada jumlah peserta yang akan masuk bertanding. Bagi peserta pula tujuan mereka bertanding adalah untuk menang. Jadi faktor untuk menang ialah bergantung kepada jenis wau dan kelajuan angin. Jenis wau maksudnya peserta kena pandai dan tahu wau ini sesuai dengan kekuatan angin. Ini bermakna setiap wau direka bentuk dengan sayap dimana ada yang lembut dan keras sesuai dengan kelajuan angin. Wau yang sayap lembut dapat naik tinggi dan seimbang walaupun anginnya tidak kuat dan jika angin kuat digunakan wau bersayap keras. Apabila wau dinaikkan maka semua mata tertumpu kepada belasan wau yang dinaikkan. Untuk menggantikan "stop watch" digunakan satu alat dari tempurung kelapa yang ditebuk dan dimasukkan kedalam baldi berisi air dan bila tempurung tenggelam maka ditiupkan wisel menandakan tali setiap wau perlu diukur ketinggiannya dengan menggunakan satu alat yang diperbuat dari kayu pembaris. Mana-mana tali wau yang ukuran paling tinggi dikira pemenang. Dahulu budaya pertandingan permainan tradisional sudah dikira satu kemestian ketika tiba musimnya. Apa saja yang boleh dipertandingkan akan dianjurkan kerana inilah salah satu cara peduduk beraktiviti,berhibur dan bersosial antara satu sama lain dan yang terlibat tidak mengira peringkat umur. Kita bebudak tidak melepas peluang turut serta memeriah suasana.
Tuesday, December 13, 2011
Padang Wau Kerawang 2
Padang ini semasa diadakan pertandingan wau kelihatan ramai pengunjung samada yang ingin bertanding, melihat atau juga berjual makanan. Bagi yang bertanding ianya datang dari seluruh negeri Kelantan dan juga dari Thailand. Jenis wau yang dipertandingkan ialah Wau Daun kerana wau jenis ini dapat naik menegak dan dapat mengekalkan ketinggian dalam kadar masa yang agak lama sesuai dengan masa yang ditetapkan dalam undang-undang pertandingan. Jumlah wau yang masuk bertanding jumlahnya melebihi 10 wau biasanya 12. Kita bebudak apa yang diingati hanya meramaikan pesta tersebut dan bila tamat pertandingan maka kita akan mula membuat wau sendiri setelah mempelajari sedikit sebanyak selok belok teknologi membuat wau ditempat ini.
Tuesday, December 6, 2011
Padang Wau Kerawang 1
Padang wau ini terletak di Kampung Kerawang yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari tepi jalan utamanya. Jika dahulu tapak permainan wau ini merupakan satu kawasan yang luas dan lapang. Ianya juga boleh dimasukki oleh kenderaan seperti kereta. Dipadang ini akan diadakan pertandingan wau selepas musim mengetam padi diwaktu petang dan menjadi acara tahunan. Tempat ini mungkin satu-satunya padang pertandingan wau di sekitar Pulai Chondong.
Sunday, November 6, 2011
Salam Aidiladha
Apa yang dingati tentang Hari Raya Haji ialah masa menunggu. Dimana masa budak tempoh masa dirasakan lama dari Hari Raya Puasa ke Hari Raya Haji iaitu dua bulan lebih. Dihari raya ini tiada lagi baju baru dan dirasakan berbeza berbanding Hari Raya Puasa. Dahulu juga dihari raya ini jarang orang berkorban kerana jarang yang mampu dan jika ada pun mereka lebih suka menumpang membuat akikah dari bahagian lembu sembelihan korban. Ini mungkin berbeza dengan hari ini dimana ramai yang berkemampuan. Jadi bila tiada baju baru dan jika tiada korban maka tidak sangat dirasakan kemeriahannya. Itulah sebabnya kita digalakkan sangat berkorban pada hari raya ini dan ada yang mengatakan jika tidak mampu sembelih lembu atau kambing sembelihlah ayam sebagai meraikan Hari Raya Aidiladha. Salam Aidiladha buat semua.
Monday, April 11, 2011
Kien Nam Sand and Supply
Pembekal pasir Kien Nam ini terletak Kampung Bagan Mata Ayer Pulai Chondong. Aktiviti mengambil pasir ini dilakukan di Sungai Kelantan. Jika dahulu aktiviti yang sama dijalankan di Kampung Pasir Bandar tetapi tidak lagi aktif buat masa sekarang.
Tuesday, March 15, 2011
Kedai Awang Mata Ayer
Inilah suasana didalam kedai runcit yang dikenali Awang yang berbangsa cina di Kampung Mata Ayer. Barangan untuk jualan ada yang kelihatan terletak dilantai dan ada yang bergantungan dan juga di rak. Awang yang sentiasa ditemani isteri yang dipanggil Mek Awang
telah lama berniaga disini. Keadaan kedai beliau dari dulu sampai sekarang kelihatan tidak berubah dan mungkin akan dikekalkan sedemikian. Mungkin juga mereka ini akan mengendalikan kedai ini hingga keakhir hayat dan selagi sihat. Jika bersembang dengan mereka banyak cerita lama yang akan diceritakan. Antaranya jika dahulu jika ingin membeli gas memasak kena membelinya dibandar dengan mengirimkannya kepada pemandu bas yang dikenali Paksu Harun. Apapun kebanyakan ceritanya mereka lebih suka menceritakan perihal anak-anak yang sudah dewasa yang masing-masing telah bekerja.
telah lama berniaga disini. Keadaan kedai beliau dari dulu sampai sekarang kelihatan tidak berubah dan mungkin akan dikekalkan sedemikian. Mungkin juga mereka ini akan mengendalikan kedai ini hingga keakhir hayat dan selagi sihat. Jika bersembang dengan mereka banyak cerita lama yang akan diceritakan. Antaranya jika dahulu jika ingin membeli gas memasak kena membelinya dibandar dengan mengirimkannya kepada pemandu bas yang dikenali Paksu Harun. Apapun kebanyakan ceritanya mereka lebih suka menceritakan perihal anak-anak yang sudah dewasa yang masing-masing telah bekerja.
Sunday, March 6, 2011
Kedai Mee Rebus
Dihujung Gertak Kemubu yang merentangi tali air Rumah Pam Utama terdapat sebuah kedai runcit dan juga kedai mee rebus. Disuatu ketika dahulu kami budak-budak jika pada waktu malam sekali sekala jika teringin makan mee maka Kemubu adalah salah satu tempat pilihan. Kedai ini sampai sekarang masih ada dan tidak pasti pula sekarang masih beroperasi atau tidak. Kedai ini juga berada ditempat strategik juga kerana ia akan dilalui untuk ke Pangkal Kalong dan Kampung Durian Hijau. Dimasa tersebut terdapat dua kedai mee satu lagi dihujung gertak dekat Kampung Bandar tapi kedai tersebut sudah tiada.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)