Walau telah keluar di posting yang terdahulu tentang tajuk basikal ini tapi disebabkan bentuk dan foto basikal ini yang agak unique dan amat seiras dengan basikal yang daku gunakan masa budak dulu maka keluar lagi tajuk posting yang sama. Basikal ini walau tidak sesuai dengan budak atau kanak-kanak tapi ianya tiada pilihan dan terpaksa digunakan juga. Hanya budak lelaki sahaja yang berupaya dan berani mengayuhnya dengan sebelah tangan memegang handle dan sebelah lagi memegang alang besi. Ini bermakna mengayuh dicelah alang basikal bukan atas alang atau berada atas pelana semasa mengayuh disebabkan saiz badan yang kecil dan rendah. Semua bahagian mekanikal basikal ini kukuh dan kuat dan tahan lama cuma yang perlu dijaga jangan biarkan ia berkarat. Yang biasa ditukar ialah tayar dan tiubnya akan ditampal. Begitu juga getah valve seperti pacat diganti jika sudah pendek. Freeway juga boleh dibaiki jika rosak dengan diganti bebola besinya. Getah brek juga ditukar kalau haus. Begitu juga jika rim bengkok boleh dibetulkan dengan tukar lidi yang bengkok, patah atau tercabut. Yang lain tukar bebola besi bahagian yang berpusing. Pendek kata selagi boleh dibaiki akan diperbaiki. Bahagian lain basikal ini jarang rosak. Basikal ini bila sudah berumur maka banyaklah bahagiannya yang akan tiada atau hilang cuma yang tinggal bahagian asas sahaja janji boleh dinaiki. Andai kata brek tiada akan digunakan pula kaki yang beralas selipar atau kasut untuk dijadikan brek dengan meletak dan menekan ketayar belakang atau depan ikut kesuaian. Berapa harga basikal ini tidak pula diketahui kerana jarang diniagakan dan ianya jarang diambil tahu oleh budak-budak. Namun jenama yang bermutu ialah Raleigh. Kegunaan dan jasa basikal ini amat banyak sekali. Sesekali kalau rajin akan dibawa disungai Pengkalan Kiat untuk dibasuh. Basikal ini jarang kedengaran ada orang yang mencurinya walau tidak berkunci. Kalau berkunci ia lagi selamat. Untuk memanjangkan jangka hayat bahagian bergeser perlulah sentiasa meminyakkan bahagian tersebut.
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh
Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
No comments:
Post a Comment