Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh
Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....
Sunday, March 22, 2009
Kedai Pulai Chondong
Foto ini menunjukkan imej Kedai Pulai Chondong dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai. Kedai Pulai Chondong ini adalah antara pekan terbesar bagi Mukim Pulai Chondong. Disini terdapat deretan kedai sebelah kiri dan kanan. Jika dahulu kedai ini amat sibuk dengan lalu lintas kerana ia menjadi laluan utama sebelum terdapat jalan lencungan. Masa dahulu sentiasa berlaku kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kematian. Disini terdapat pelbagai kemudahan seperti pasar harian, pelbagai kedai, sekolah, pejabat pos, klinik, balai polis, stesen minyak, surau, tok kong kuil (ketik) dan lainnya. Semasa daku tinggal disini sekitar tahun 1973 tempat mengaji alquran ialah di Surau Tok Lebai Nor bersama Rokman dan lainnya. Sentiasa juga ke Restoran Alias, Pak Him, Kadir depan klinik dan Jaafar makan nasi belauk dan roti canai. Kedai runcit pula antaranya ialah Kedai Yaakob, Rashid dan Haji Omar. Selalu juga lihat ada budak nakal hisap panadol dengan straw yang dibakar dalam sudu dibelakang sekolah Poey Sit. Dulu disini ada Local Council- majlis tempatan yang terdapat pejabat tok penggawa. disini juga disediakan permainan ping pong. Jika di market hari besarnya pada hari khamis. Pendak kata Kedai Pulai Chondong dulunya adalah nadi ekonomi kampung sekitarnya malah orang Pekan Kok Lanas dan sebelah Labok pun datang kesini. Tetapi setelah kem tentera dibuka di Kok Lanas maka makin berkembang pekan tersebut dan sekarang nampaknya ia lebih maju. Semasa daku tinggal diKampung Pangkal Gong tahun 1972 selalu hantar Sadiman ke Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong dengan basikal. Jadi selama lebih kurang dua tahun tinggal di pekan ini termasuk satu tahun di Kampung Pangkal Gong sudah tidak asing lagi dan sudah agak biasa dengan sesetengah penduduk disini. Pada setiap pagi hari Jumaat juga diadakan majlis ilmu di Masjid Galang dan ramai yang datang termasuk nenek daku yang tinggal di Kampung Pangkal Gong dengan berjalan kaki. Sekarang pekan ini sudah tidak dilalui lagi bagi orang luar semenjak siap jalan lencungan lebih 10 tahun lalu. apa pun pekan ini juga pernah mengajar daku erti sebuah kehidupan ala bandar yang agak sibuk dan mempunyai pelbagai kemudahan serta sempat bergaul dengan penduduk pelbagai taraf sosio ekonomi seseorang berbanding dikampung yang agak kekurangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
Sepatutnya ada usaha dari kerajaan negeri dan DUN Pulai Chondong memajukan Kedai Pulai Chondong ni. Walaupun sudah ada jalan terus ke KB tanpa melalui kedai PC tetapi jika ada attraction PC masih boleh maju. Kena adakan semula fungsi Local Council supaya ada pihak bertanggung jawab kepada kemajuan Pekan ini.
ReplyDeleteYB Zul tak boleh pandang sebelah mata, kena tengok-tengok hal hal pekan PC ni. Takut jadi macam kedai Kg bandar dan Kedai Mata Air hilang sejarah
ReplyDeletekedai pulai chondong ini masih jadi tumpuan penduduk tempatan buat masa ini, tapi masa akan datang wallahuallam. cuma jika kita bermastautin diluar kelantan dan orang luar tanya kita berasal dari mana dan kita balas pulai chondong atau machang maka susahlah mereka nak membayangkannya kerana kedua-dua pekan dan bandar ini tidak dilalui lagi.
ReplyDeletedan adun pulai chondong patutnye memperbaharui jalan di sekitar pulai chondong tuh..dah buruk benor...jgn hanya muncul di pulai chondong 4@ 5 tahun sekali..kebajikan rakyat diabaikan..
ReplyDeletejalan da teruk sgt dah
assalamualaikum,
ReplyDeleteleh sy amik gambar2 kat atas. nak masuk dlm blog buat kenangan. sekarang dah terbakar dah bangunan bersejarah ni. thanks...
Silakan.Dusun buluh
ReplyDelete