Seperti dicerita dahulu Kampung Jerimbong terletak di kawasan Kuala Balah Kelantan. Kali ini dicerita secara agak terperinci sedikit setelah mendapat maklumat dari orang lama yang pernah tinggal disana tapi bukan asal dari Kampung Dusun Buluh.
Jerimbo terletak diantara Kuala Balah dan Jeli. Dahulu disini ada penempatan yang dikelilingi kawat dawai berduri. Dibuat penempatan yang sedemikian rupa disebabkan ada ancaman pengganas komunis sejak zaman darurat. Dipenempatan berpusat ini terdapat sekolah dan lain-lain kemudahan dari ajensi kerajaan. Apa yang ingin difokuskan ialah sistem pengangkutan masa tersebut yang hanya melalui jalan sungai dan darat yang terhad.
Jika dari bandar Kuala Krai melalui jalan sungai menggunakan 'motor boat' (MB). Ianya akan melalui sungai akan ke Dabong Kuala Balah dan seterusnya ke Jerimbong. Masa perjalanan ialah dari pagi sampai kepetang. Untuk mudik masa perjalanan agak panjang berbanding perjalanan kehilir. Jika dimusim kemarau pula ada ketika MB tidak dapat melaluinya kerana air yang cetek dan memaksa penumpang bermalam dipertengahan perjalanan.
Jika melalui keretapi dari Kuala Krai pula akan ke Dabong dan seterusnya menggunakan MB pula ke Kuala Balah dan seterusnya ke Jerimbong. Begitulah cara pengangkutan penduduk sekitar kawasan pedalaman di Kelantan.
Segala hasil pertanian dari kawasan ini diangkut melalui MB. Suasana didalam MB agak sesak kerana disamping penumpang tapi dipenuhi juga dengan pelbagai jenis barangan hasil tani. Pakaian penumpang pula ada yang sekadar berkain basahan sahaja kerana jika BM terkandas di kawasan cetek senang mereka menolak MB tersebut. Penumpang perlulah membawa bekal makanan seperti nasi secukupnya kerana masa perjalanan yang panjang. Apa yang membimbangkan juga ialah keselamatan MB yang penuh muatan dan merbahaya terutama apabila melalui kawasan yang berjeram.
Bagi mereka yang bekerja seperti guru di Jerimbong jika ingin pulang kekampung seperti di Kota Bharu dan jika ada urusan memerlukan masa satu minggu untuk pergi dan balik memandangkan suasasa pengangkutan masa tersebut yang terhad.
Di Jerimbong pula kehidupan seharian penduduk adalah kebanyakannya bekerja kampung seperti sektor pertaniaan. Bagi yang bekerja seperti guru selain masa dipenuhkan dengan kerja jika hari cuti inilah masa mereka bersama penduduk lainnya mencari ikan dilubuk-lubuk sungai dan memburu binatang yang banyak kedapatan. Selain itu diadakan pentandingan persahabat sukan seperti badminton dengan lain-lain kampung.
Bagi yang menjadi ustaz disekolah akan mengajar agama dirumah-rumah penduduk yang mana mereka ini amat dahagakan ilmu agama yang dihadiri tanpa mengira usia. Anak dan ibu bapa belajar bersama dengan ustaz tersebut.
Begitulah sukarnya jenerasi ibu dan datuk nenek kita dahulu dalam mengharungi kehidupan seharian. Disebabkan suasana begitu mereka perlu tolong menolong dan bergotong royong dalam menjalani kehidupan. Ini berbeza dengan jenerasi sekarang yang dilihat membawa diri masing-masing dan kurang bergaul dengan masyarakat setempat malah ada yang tidak mengenali antara satu sama lain. Dahulu jika ada hiburan kebudayaan bukan sekadar berhibur tapi untuk mengeratkan persahabatan setelah penat bekerja dan bukan sebilang masa berhibur cuma sesekali. Berbeza dengan kita hari ini seolah-olah setiap hari boleh berhibur jika mahu kerana pusat hiburan berada dimana-mana. Mungkin inilah juga menyebabkan masa dalam sehari dirasakan cepat berlalu dan dirasakan singkat.
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh
Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
No comments:
Post a Comment