foto pokok palas ini diambil di kampung pangkal gong yang tumbuh dalam kebun getah. pokok ini telah terdapat disini seingatnya lebih dari 40 tahun. itu yang sudah diingati dan ia tentunya lebih awal lagi. sebab pokok ini kekal disini kerana belum/tiada dibuat pembangunan seperti rumah. seingat daku apabila tiba hampir waktu hari raya wa(nenek) akan ambil daun palas dihadapan rumahnya untuk dibuat ketupat(tuppat). law ni pun bila pergi kerumahnya pokok ini masih tetap disitu.
Daun palas dibuat ketupat
Ketupat pulut tawar dan manis
Dalam hidup kuat mengumpat
Jika tahu akibat tentu menangis
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh
Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
saya pun suka tuppat ni..suka sangat, cicah sambal tumis, pastu minum air teh..
ReplyDeleteSehari sebelum hari raya dinamakan hari buat tuppat. Begitu hebatnya pengaruh tuppat ni. Juga jika tuppat tawar dicicah dengan nissan tebu? atau air nissan. Biasanya selepas hari raya beberapa hari ketupat akan digoreng pula. Ia selalunya disimpan dalam badang dalam bilik. Sesetengahnya dibubuh kacang putih didalamnya untuk menambah serinya. Begitu juga jika anak cucu jika tidak balik beraya dikampung dan selepas itu selang beberapa lama setelah balik si ibu atau nenek untuk menyatakan kekecewaannya akan mengatakan " bakpo tak balik raya baru ni, tuppat hok wa/mak simpan sapai kullat".
ReplyDeletekat kampung pulai condong tu ada tak nama samihah ahmad...kawan saya masa kat kolej islam kelang tahun 1980 - 81...dah terputus hubungan. dia kata dia orang pulai condong..dia ada sorang abang samalah masa belajar kat kolej islam tu gak...
ReplyDeleteSdri jika boleh tolong post comment di post terkini contoh tajuk pelaga buah getah padayang dipost pada 29 Dis 08. Untuk itu pergi ke Home dulu. Manalah tahu ada yang mengenalinya boleh bagi maklum balas.Dari Dusun Buluh.tq
ReplyDeleteTerima kasih ats blog ini . Ia banyak mengimbau kenangan saya di.kampong. Kebanyakan nama namayang tertulis ramai yang saya kenal dan termasuk ayah saya sendiri , kt kg.Bandar tu. Termasuk juga sekolah saya tu - SMAS. tq.
ReplyDeleteTapi sekarang SMAS telah bertukar jadi SMKAS. nama-nama yang tertulis itu jika jenerasi sekarang mungkin sudah tidak mengenali lagi. Tapi mungkin anaknya atau cucunya kepada nama-nama yang disebut sahaja yang mengenali. Di Kampung Bandar dulu ada pasar pagi jika tidak siap hari rabu? ada dijual pelbagai barangan seperti kain baju, makanan dan sebagainya kerana disitu ada pasar berbumbung dan ada deretan kedai.Kampung Bandar ni dikira maju kerana ada Pondok Polis, klinik, sekolah, pasar dan dekat dengan Kemubu serta ada tempat bomoh patah? dan penduduknya pun dikira ramai dan taraf pendidikan pun tinggi dan ramai anak-anak mereka ini berjaya dipelbagai bidang. Faktor tempat/kampung juga memainkan peranan kejayaan anak-anak terutama dalam bidang pelajaran.
ReplyDelete