Restoran Alias di Kedai Pulau Chondong ini ada menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular ialah roti canai. Kedudukan restoran ini pun strategik iaitu terletak bahagian tepi. Dibelakang kedai ini terletak SRJK (C) Poey Sit. Dihadapannya pula Restoran Pulai Chondong. Dan sebuah lagi restoran cina yang berdekatan dengannya. Jadi masa dulu terdapat 3 buah restoran yang popular yang mempunyai keistimewaan dan mempunyai pelanggan masing-masing. Dihadapan restoran ini dan kedai sebelahnya ada penjual nasi belauk. Disini juga senang untuk tempat menunggu bas untuk ke Kota Bharu.
Masa dulu ada dua jenis perkhidmatan bas dan terdapat 2 warna iaitu biru dan kuning. Yang berwarna biru perkhidmatan biasa dan yang kuning pula ialah bas cepat iaitu ia hanya berhenti distesyen terpilih sahaja. Disamping itu juga tempat menunggu kereta pelik. Kenapa dikatakan tempat ini strategik juga kerana dari segi pemandangan ia dapat melihat kesemua arah/sudut berbanding tempat lain. Disebelah kiri restoran ini dahulunya terdapat kedai buku. Kedai ini menjual pelbagai jenis majalah serta buku komik. Kedai ini memang menarik minat
budak-budak. Disini juga kita selalu berjumpa dengan Mail yang mana beliau ini dapat membaca dan menulis tapi tidak dapat bercakap. Jadi ada diantarakita yang menyuruhnya membaca dan kadang-kadang menyuruhnya menyanyi. Dimana agaknya beliau sekarang. Disebelah kedai majalah pula terdapat beberapa kedai runcit cina dan yang paling menonjol pula Kedai Emas Cheong.
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
-
1. Apa yang boleh ditulis jika melihat gambar seperti disertakan. Gambar ini mengimbau kenangan ketika belajar disekolah rendah. Apapun ga...
-
Penapis ini digunakan untuk menapis susu getah apabila dituang dari dalam baldi kedalam palung getah. Bahan untuk membuat penapis adalah dar...
malam td, 19022010 semasa maghrib deretan rumah kedai dr restoran lias - rumah khj mat zin hangus dalam kejadian kebakaran yang paling dashat di pulai chondong
ReplyDeleteYa benar..pagi ni ( 20/2/2010, sabtu ), saya tengok sdri, yg tinggal hanya sisa2 bngunan hangus terbakar kesemuanya. Tiada lagi identiti Pulai Chondong yg mana byk generasi membesar dgn kenangan deretan kedai2 ini. Tumpang sedih dan Takziah pada yg berkenaan.
ReplyDeleteKebakaran ini adalah satu kejadian yang tidak akan dilupakan bukan saja kepada warga Kedai Pulai Chondong malah oleh kampung-kampung didalam Mukim Pulai Chondong keseluruhannya malah oleh mereka yang pernah tinggal disini. Ini kerana Kedai ini menjadi mercu tanda dan terawal seawal zaman Tok Pulai Chondong lagi?. Kepada yang terlibat berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dan difahamkan tiada kemalangan jiwa yang terlibat. Hendaknya kita semua memohon kesabaran dari Allah SWT dalam menempuh ujian ini samada yang terlibat secara langsung dan sebaliknya. Begitu juga bantuan secara moral dan fizikal perlu dihulurkan dari pelbagai pihak bagi meringankan beban mangsa-mangsa.Dusubuluh.
ReplyDeletei was there on that night...
ReplyDeletesedih jugak tengok bangunan mercu kebanggaan Kedai Pulai chondong lebur terbakar. Ada hikmah di sebalik kejadian...