Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Friday, December 27, 2013

NIkkam

Nikkam boleh dikategorikan sebagai alat mencuba nasib memenangi hadiah berupa wang atau alat mainan dengan memilih nombor yang terlekat dipapan kertas dengan mencabut sekeping kertas kecil yang dilipat dan digam dimana didalamnya terdapat nombor. Jika bertuah nombor yang terdapat dikertas kecil tersebut bila dibuka sama dengan yang sedia tertera dipapan kertas maka dapatlah hadiah yang adakalanya berbeza nilai antara satu sama lain. Jika dahulu harga setiap sekeping cabutan ialah 5 sen. Walaubagaimanapun masa dulu kita tidak menyedari ianya satu bentuk perjudian.

Tuesday, November 12, 2013

Batang Pisang

Apa yang boleh dibuat dengan lapisan batang pisang ini? Antaranya boleh dibuat tempai menyemai biji kacang hijau untuk dijadikan taugeh. Juga dijadikan tempat untuk keringkan susu getah menjadi lapisan yang nipis supaya mudah untuk dibalut pada belon untuk dijadikan bola buatan sendiri.

Tuesday, November 5, 2013

Pemandu bas maut, 16 penumpang terselamat kemalangan di Tanjung Gemuk Pada 18 Sep 2013 Yang Lalu

KEADAAN bas ekspres yang terbalik di Jalan Johor Bahru-Kuantan, dekat Tanjung Gemuk di sini, awal pagi tadi. - Foto Ikhwan Muhamad

ENDAU: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala 16 penumpangnya terselamat dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Kuantan, dekat Tanjung Gemuk di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu bas, Ismail Ali, 59, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Sumber (BERITA HARIAN)


ROMPIN – Seorang pemandu bas ekspres maut, manakala 14 penumpang lagi cedera apabila bas dinaiki terbabas dan terbalik di kilometer 158.9 jalan Johor Bahru–Kuantan, di hadapan stesen minyak Petronas Tanjung Gemok. Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, pemandu bas berkenaan Ismail Ali, 59, maut di tempat kejadian akibat tersepit di bahagian hadapan bas serta cedera parah di kepala. Pemandu bas berkenaan dipercayai memandu secara bersendirian. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, bas ekspres tersebut membawa penumpang terdiri daripada 10 lelaki dan enam perempuan. "Semasa kejadian, bas ekspres itu terbabas lalu merempuh pembahagi jalan dan tiang lampu di hadapan stesen minyak Petronas Tanjung Gemok, sebelum terbalik dan melintang di tengah jalan. "Pemandu terbabit maut di tempat kejadian kerana tersepit di bahagian hadapan serta cedera parah di kepala," katanya di lokasi kejadian, semalam. Menurut Johari, 14 daripada 16 penumpang mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan. Seorang penumpang ditemui, Ummi Kalthum Zulkifli, 25, berkata, dia yang duduk di kerusi perseorangan di sebelah kiri bas terjaga beberapa kali dari tidur kerana terasa bas seperti bergoyang. "Saya naik bas di Bachok dan dari sana memang seorang pemandu sahaja yang memandu. Ada juga saya dengar penumpang lain kata bas dipandu laju," katanya. Sementara, Mohd Tajul Fikri Mahmud, 34, berkata, dia menaik bas di Jerteh, Terengganu dan tidur. "Sepanjang perjalanan bas hanya berhenti sekali sahaja untuk minum di Cherating. Saya hanya tersedar setelah dibawa keluar dari bas selepas kemalangan berlaku," kata guru di sebuah sekolah di Pasir Gudang itu. Sumber (PAHANG DAILY ONLINE)

Catatan: Allahyarham berasal dari Kampung Jenereh Bongkok Pulai Chondong Kelantan dan tinggal di Kampung Bukit Buloh Pulai Chondong.

Friday, November 1, 2013

Pulai Chondong

Bangunan lama sudah tiada
Akibat kebakaran secara tetiba
Selepas maghrib api menyala
Menjulang tinggi memusnah segala
Apa yang ada harap dan reda
Sudah ketentuan jangan putus asa
Hilanglah sebuah mercu tanda
Walau hilang kenangan tetap didada

Friday, October 11, 2013

Mata Ayam

Merah buahnya senang dicari
Pokoknya kecil tidaklah tinggi
Daun jadi ulam agak digemari
Buahnya besar dari cili api
Tiada dipasar hendak dibeli

Monday, September 30, 2013

Ghoyer Kulik

Tok dalang dollah baju merah-
Terkenal sudah merata tempat-
Wataknya said juga wokyoh-
Somad enteng rakan berempat

Saturday, August 17, 2013

Paksu Jeri nama dikenali
DiDusun Buluh terkenallah sudah
Jadi tukang gunting ia sesekali
Dimusim raya dan buka sekolah

Thursday, August 15, 2013

Walau Dimana

Tok Daud bermukim dikaki bukit-
Bertahun sudah membawa diri-
Dibawa diri jauh bukan sedikit-
Sanggup menyendiri apa dicari

Monday, August 5, 2013

Disuatu Jalan

Disuatu jalan diKubang Tebit
Jadi laluan lama dahulu
Suasana edulfitri sedang menggamit
Bermaafan moga dimohon selalu

Friday, June 28, 2013

Padang Merdeka

Padang Merdeka di Rota Bharu
Tempat ceramah Tunku Abd Rahman
Tekad dan azam perlu diperbaru
Agar teguh sentiasa kekuatan dalaman

Sunday, June 2, 2013

Berapa usia Menara Masjid Surau Kerawang

Tempat tinggi buat beradu
Diwaktu petang masa dahulu
Berapa usia tidak lah tahu
Telah tegak berdiri lama disitu