Featured Post

#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh

Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....

Wednesday, April 4, 2012

Disuatu Jalan Pengkalan Kiat Ke Mata Ayer

Pemandangan jalan ini adalah dari Pengkalan Kiat ke Mata Ayer jalan bawah. Semasa melaluinya terdapat  sekumpulan budak kampung berada disitu sambil berbasikal. Apabila diajak mengambil foto mereka secara spontan mereka menolaknya. Mungkin mereka menolak kerana tidak mengenal identiti orang yang hendak mengambil gambar. Mereka ini keturunan cina dan salah seorang dari mereka cucu kepada Cik Husin. Dulu ramai juga orang yang seperti Cik Husin yang mempunyai nama melayu seperti Awang, Cik Hasan dan lainnya. Jika yang perempuan cina dewasa biasanya diberi gelaran Mek seperti Mek Bunga, Mek Yok juga Mek Tin. Jika yang agak tua ada yang dipanggil Tok seperti Tok Tehor, Tok Awang Aki, Tok Ayong dan Tok Kiat. Ada juga dipanggil Pak dan Mat seperti Pak Wat, Pak Yong dan Mat Rih. Ada juga yang tiada apa gelaran dengan dipanggil nama sahaja seperti Bei dan Pia. Mungkin dahulu hubungan orang melayu dan cina agak rapat sehingga diberi nama gelaran hormat tersebut. Mungkin sekarang kesinambungan tersebut sudah tiada lagi mungkin kerana generasi kini kurang berpeluang bersama seperti dimajlis kebudayaan hiburan atau juga masing-masing sibuk dengan urusan berbanding masyarakat dulu yang kurang sibuk. Lagi pun zaman sudah berubah bukan bermakna mereka tidak berusaha mengeratkan berhubungan antara satu sama lain tapi kurang berpeluang berbuat demikian. Malah ia berlaku sesama bangsa sendiri juga. Dahulu walaupun jaraknya agak jauh dari kampung ke suatu kampung tapi mereka masih mengenali antara satu sama lain. Tapi  sekarang walaupun tinggal berdekatan ada juga yang mungkin tidak mengenali antara satu sama lain.

3 comments:

  1. zaman berubah. tapi jalan ke penambang masih tak berubah.Tokeh penambang dulu arwah Pak Mat Pasir Bandar sekarang Cikgu Kamil.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana tuan sudi berkongsi foto, cerita dan kenangan di Dusun Buluh. Ambo tersentuh bila melawati laman ni. Moga menjadi kenangan kepada anak cucu kita.

    ReplyDelete