Featured Post

#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh

Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....

Tuesday, November 5, 2013

Pemandu bas maut, 16 penumpang terselamat kemalangan di Tanjung Gemuk Pada 18 Sep 2013 Yang Lalu

KEADAAN bas ekspres yang terbalik di Jalan Johor Bahru-Kuantan, dekat Tanjung Gemuk di sini, awal pagi tadi. - Foto Ikhwan Muhamad

ENDAU: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala 16 penumpangnya terselamat dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Kuantan, dekat Tanjung Gemuk di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu bas, Ismail Ali, 59, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Sumber (BERITA HARIAN)


ROMPIN – Seorang pemandu bas ekspres maut, manakala 14 penumpang lagi cedera apabila bas dinaiki terbabas dan terbalik di kilometer 158.9 jalan Johor Bahru–Kuantan, di hadapan stesen minyak Petronas Tanjung Gemok. Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, pemandu bas berkenaan Ismail Ali, 59, maut di tempat kejadian akibat tersepit di bahagian hadapan bas serta cedera parah di kepala. Pemandu bas berkenaan dipercayai memandu secara bersendirian. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, bas ekspres tersebut membawa penumpang terdiri daripada 10 lelaki dan enam perempuan. "Semasa kejadian, bas ekspres itu terbabas lalu merempuh pembahagi jalan dan tiang lampu di hadapan stesen minyak Petronas Tanjung Gemok, sebelum terbalik dan melintang di tengah jalan. "Pemandu terbabit maut di tempat kejadian kerana tersepit di bahagian hadapan serta cedera parah di kepala," katanya di lokasi kejadian, semalam. Menurut Johari, 14 daripada 16 penumpang mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan. Seorang penumpang ditemui, Ummi Kalthum Zulkifli, 25, berkata, dia yang duduk di kerusi perseorangan di sebelah kiri bas terjaga beberapa kali dari tidur kerana terasa bas seperti bergoyang. "Saya naik bas di Bachok dan dari sana memang seorang pemandu sahaja yang memandu. Ada juga saya dengar penumpang lain kata bas dipandu laju," katanya. Sementara, Mohd Tajul Fikri Mahmud, 34, berkata, dia menaik bas di Jerteh, Terengganu dan tidur. "Sepanjang perjalanan bas hanya berhenti sekali sahaja untuk minum di Cherating. Saya hanya tersedar setelah dibawa keluar dari bas selepas kemalangan berlaku," kata guru di sebuah sekolah di Pasir Gudang itu. Sumber (PAHANG DAILY ONLINE)

Catatan: Allahyarham berasal dari Kampung Jenereh Bongkok Pulai Chondong Kelantan dan tinggal di Kampung Bukit Buloh Pulai Chondong.

No comments:

Post a Comment