Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025
Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...
Friday, July 20, 2012
Kulat Sisir 3
Masakan yang sesuai untuk kulat ini ialah digoreang bersama telor dan boleh juga dimasak lemak kuning. Jika dipasar malalm dan lainnya ia dijual dan disukat menggunakan 'kopi' atau tin susu.
Wednesday, July 18, 2012
Thursday, July 12, 2012
Kulat Sisir
Kulat sisir ini biasanya tumbuh diatas batang kelapa yang telah mati. Jika dahulunya selalu juga memakannya dan biasanya digoreng dengan telur. Jarang ia dimasak lemak atau lainnya.
Wednesday, June 13, 2012
Balai Polis Pulai Chondong
Balai polis ini terletak dijalan lama ke Kedai Pulai Chondong sebelah kiri jika datang dari arah Machang. Ianya juga berhadapan dengan Klinik Hadi. Bagi bebudak seperti kami dahulunya tidak pernah memasuki kedalam kawasan balai kerana tiada urusan untuk berbuat demikian cuma jika melaluinya pun akan memandang dari luar sahaja. Apa pun adalah juga seorang kawan sesama kelas di sekolah SMAS yang bapanya anggota polis dibalai ini. Bagi yang sudah dewasa mungkin akan berurusan samada mendaftarkan kelahiran anak atau membuat lapuran polis.
Thursday, May 31, 2012
Ditangkai
Sudah patah jatuh ketanah
Didalam ia tempat nussut
Namanya pula buah getah
Tuesday, May 22, 2012
Rumah
Di tengah sawah rumah dibina-
DiPangkal Gong jalan keKemubu-
Indah pemandangan dan suasana-
Siapa empunya ingin nak tahu-
DiPangkal Gong jalan keKemubu-
Indah pemandangan dan suasana-
Siapa empunya ingin nak tahu-
Saturday, April 28, 2012
Penunjuk
Penunjuk ini digunakan untuk menunjuk kepada ayat-ayat ketika membaca AlQuran. Ianya akan dilipat dari kertas buku atau dari urat khabar. Penunjuk ini menjadi amat penting ketika pergi mengaji dirumah guru AlQuran dimana jika tiada akan menjadi kesalahan besar pula dan boleh dihukum. Tapi penunjuk ini selalu hilang mungkin diambil oleh orang yang datang awal mengaji atau lain-lain sebab. Walau bagaimanapun jika penunjuk ini hilang ia bolehlah diganti segera dan cepat dengan lidi sahaja. Diperhatikan mungkin sekarang alat ini jarang digunakan terutama oleh orang dewasa. Tujuan penunjuk ini amat penting kerana dengan cara ini dapat menunjukkan dengan tepat huruf-huruf yang disebut pada mereka untuk mengenali huruf yang dibaca.
Tuesday, April 17, 2012
Masjid Galang Pulai Chondong
Masjid ini terletak lebih kurang 1 km dari Kedai Pulai Chondong arah ke Kota Bharu. Difahamkan suatu ketika dahulu tahun 70an pada waktu pagi jika tidak silap hari Jumaat ramai yang akan kemasjid ini untuk mendengai kuliah mingguan yang disampaikan oleh tok-tok guru. Pada masa tersebut kita sebagai budak-budak tidak berapa mengambil kisah tentang perkara pengajian seperti ini kerana menganggap ia urusan orang dewasa. Jadi ramailah yang datang dari pelbagai kampung seperti Kampung Pangkal Gong dan yang menariknya kebanyakkan mereka kesini dengan berjalan kaki dan majoritinya golongan wanita yang agak berumur. Begitulah bersemangatnya mereka mencari ilmu akhirat yang tentunya memerlukan pengorbanan tenaga dan masa. Bukan semua masjid dikawasan ini yang mengadakan kelas pengajian seperti dimasjid ini. Sekarang pun masjid ini sentiasa dikunjungi oleh orang luar yang singgah untuk bersolat fardhu selain qariah setempat kerana lokasinya yang sesuai tambahan pula berada ditepi jalan raya. Pada waktu malam juga sentiasa diadakan kuliah maghrib.
Wednesday, April 4, 2012
Disuatu Jalan Pengkalan Kiat Ke Mata Ayer
Pemandangan jalan ini adalah dari Pengkalan Kiat ke Mata Ayer jalan bawah. Semasa melaluinya terdapat sekumpulan budak kampung berada disitu sambil berbasikal. Apabila diajak mengambil foto mereka secara spontan mereka menolaknya. Mungkin mereka menolak kerana tidak mengenal identiti orang yang hendak mengambil gambar. Mereka ini keturunan cina dan salah seorang dari mereka cucu kepada Cik Husin. Dulu ramai juga orang yang seperti Cik Husin yang mempunyai nama melayu seperti Awang, Cik Hasan dan lainnya. Jika yang perempuan cina dewasa biasanya diberi gelaran Mek seperti Mek Bunga, Mek Yok juga Mek Tin. Jika yang agak tua ada yang dipanggil Tok seperti Tok Tehor, Tok Awang Aki, Tok Ayong dan Tok Kiat. Ada juga dipanggil Pak dan Mat seperti Pak Wat, Pak Yong dan Mat Rih. Ada juga yang tiada apa gelaran dengan dipanggil nama sahaja seperti Bei dan Pia. Mungkin dahulu hubungan orang melayu dan cina agak rapat sehingga diberi nama gelaran hormat tersebut. Mungkin sekarang kesinambungan tersebut sudah tiada lagi mungkin kerana generasi kini kurang berpeluang bersama seperti dimajlis kebudayaan hiburan atau juga masing-masing sibuk dengan urusan berbanding masyarakat dulu yang kurang sibuk. Lagi pun zaman sudah berubah bukan bermakna mereka tidak berusaha mengeratkan berhubungan antara satu sama lain tapi kurang berpeluang berbuat demikian. Malah ia berlaku sesama bangsa sendiri juga. Dahulu walaupun jaraknya agak jauh dari kampung ke suatu kampung tapi mereka masih mengenali antara satu sama lain. Tapi sekarang walaupun tinggal berdekatan ada juga yang mungkin tidak mengenali antara satu sama lain.
Wednesday, March 21, 2012
Pin Rambut
Pin rambut ini digunakan untuk disepit pada rambut untuk kelihatan rapi dan kemas serta cantik bagi golongan wanita. Jika dahulu sepit rambut ini hanya berwarna hitam. Ianya mudah ditemui diatas rumah dan dikira selalu diguna seperti alat lain iaitu kacing baju semat, jarum serta jarum peniti, pengorek telinga juga ketip kuku. Apa yang istimewanya pin rambut ini ialah ia digunakan sebagai pengganti alat pengorek telinga kerana dianggap kurang bahaya dari alat pengorek telinga yang sebenar yang diperbuat dari logam yang agak tajam dihujungnya. Walaubagaimanapun fungsinya sebagai alat pengorek telinga suatu ketika dulu telah berakhir kini disebabkan ia agak merbahaya dan diganti dengan yang lebih selamat dan lembut seperti sekarang yang diperbuat dari kapas.
Friday, March 9, 2012
Kapal Haji
Dahulu sebelum tahun 80an jika ke Mekah mengerjakan ibadah haji bakal-bakal haji akan menaiki kapal laut. Apa yang diingati nama kapal tersebut ialah Kapal Malaysia Raya. Diceritakan kononnya kapal ini hadiah dari kerajaan Jepun sebagai hadiah pampasan atas penjajahannya keatas Tanah Melayu masa Peperangan Dunia Ke 2. Bakal-bakal haji khasnya dari Kelantan akan menaiki kapal ini di Pelabuhan Pulau Pinang. Jadi mereka akan pergi ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi samada melalui Thailand atau melalui Gemas biasanya dengan diiringi pengiring seperti anak yang agak dewasa. Mereka akan ke Mekah selama tiga bulan dimana diatas kapal sahaja pergi dan balik selama satu bulan. Apa yang dibawa bersama ialah beras serta lauk seperti ikan kering serta peralatan memasak seperti dapur minyak semawar. Diberita kapal tersebut didalamnya ada tujuh tingkat. Semasa diatas kapal bakal haji masa diperuntukkan untuk mempertingkatkan pengajian mengerjakan ibadah haji. Dahulu didalam satu kampung mungkin ada seorang atau tiada yang akan menunaikan haji. Masa awal 70an kos menunaikan haji ialan lebih kurang RM1300. Semasa menghantar bakal haji samada dikapal atau stesen keretapi suasana agak kesedihan kerana akan berpisah untuk tempoh yang lama dan mungkin tidak akan dapat berjumpa lagi. Apabila pulang ke tanah air buah tangan seperti buah kurma, buah tin(ara) air zam zam, celak, kamera dan lainnya dibawa bersama. Bahan-bahan tadi pula dimasukkan kedalam periok besar dan periok itu pula dibungkus dengan jaring atau jala supaya tudungnya tertutup ketat tidak tertanggal. Mungkin disebabkan banyaknya halangan dan pengorbanan dan jarang orang yang dapat mengerjakan haji maka mereka ini diberikan gelaran Haji atau AlHaj.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Restoran Alias di Kedai Pulau Chondong ini ada menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular ialah roti canai. Kedudukan restoran ini pun st...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
1. Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...
-
1. Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...
-
Stesen minyak ini ditahun 1975 adalah satu-satunya stesen minyak yang terdapat di Pulai Chondong. Ia kepunyaan Haji Hamzah yang rumahnya i...


