Masjid Tok Kerawat ini terletak 50 meter jalan menuju ke Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering dari jalan raya Pangkal Gong Kemubu. Masjid ini jika dari luar iaitu dari jalan raya tidak akan dapat dilihat tapi terdapat papan tanda penunjuk arah. Masjid ini dibangunkan mungkin agak sama masanya dengan masjid surau kerawang jika diperhati kepada rekabentuknya jika dipandang sekali lalu. Apa pun masjid bagi umat islam
samada di kampung atau kota peranannya tetap sama. Pernahkah kita terfikir sepanjang hidup kita hingga kini sudah berapa buah masjid yang berlainan yang pernah kita mengerjakan solat didalamnya. Mungkin 50, 100, 200 atau lebih dari itu. Semua itu pastinya menjadi saksi dikemudian hari kelak bahawa kita mengambil berat kewujudan masjid yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan dari kehidupan selagi hayat masih ada yang tentunya mendapat ganjaran yang setimpal dariNYA.
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh
Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
Selalu gak dengar "Tok Kerawat" ni, ada juga kubur Tok Kerawat..tapi sapa dia sebenarnya?
ReplyDeleteboleh sesapa tolong jelaskan..tq
beliau seorang ulama kelantan yg terkenal bernama haji abdullah haji omar berasal dari pangkal nering. dsn buluh
ReplyDeleterumah arwah nenek saya kat area kg belukar tapi org2 kat situ panggil 'dalam kerawat'. mak saya kata zaman2 dulu area tu (satu kawasan yg luas) dipagar dgn pagar besi kerawat sebab tu di kenali dgn nama 'dalam kerawat'. betul ker?
ReplyDeletetok sy dok dekat ni
ReplyDeleteore panggil pokcik hasse
die dok buat blinde kubor
rumoh ma kito pon dok sbeloh rumoh tok kito jah