Rumah ini terletak ditepi jalan berhampiran penambang Pengkalan Kiat dan sekarang telah tidak berpenghuni. Ianya juga telah ditinggalkan kosong tapi keadaannya tidaklah bersemak sangat mungkin sekali sekala dibersihkan. Reka bentuk rumah ini bentuk lama kebanyakannya sama dengan rumah bangsa cina lainnya disini. Jika dahulu semasa Mat Rih masih hidup dan daku masih bebudak selalu berjumpa beliau mandi disungai dan begitu juga yang lain terutama pada waktu petang. Sekarang Mat Rih telah meninggal. Mat Rih ini adalah anak kepada Tok Kiat. Sekali sekala jika lalu dihadapan dan meninjau kerumah ini sentiasa akan bertemu dengan Umar Pak Muda Hamat yang dikira menjadi penghuni sementara diwaktu petang sambil berehat berseorangan. Sambil meninjau kerumah ini tidak pula tergerak hati untuk naik kerumah dan masuk kedalam bilik-bilik yang sentiasa tertutup.
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh
Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
Nostalgia tgk rumah ni, pernah duduk tumpang hujan reda di bahagian depan rumah setelah menyeberang. ada sorang cina tua tak berbaju ...x ingat namanya mungkin Mat Rih la kot
ReplyDeleteMat Rih dikira femes kat kg dusun buluh dari budak sampai yg dewasa berbanding yg lain. ini mungkin lokasi rumahnya ditepi jalan dekat penambang menjadi tepat lalu lalang. Juga masa bebudak kita amat jarang berinteraksi spt bercakap dgnnya walaupun berjumpa mungkin dia ni seorang yg tidak seperamah Pakcu Kotai atau lainnya. dari Dusun buluh
ReplyDelete