Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...
Monday, January 4, 2010
Pulai Chondong Restoran
Jika ditahun 70an dahulu restoran ini memang terkenal kerana disamping kedai makan ia juga menjual majalah, surat khabar juga menyediakan alat indoor game/permainan serta peti nyanyi yang jika hendak mendengarnya dikenakan bayaran 20 sen. Masa itu lagu A.Ramle dan Maria Bachok, DJ Dave, Uji Rashid Hail Amir sedang popular. Tuan punya pula En Jaafar. Masih lagi diingat masa isu bayi tabung uji pertama didunia menjadi isu sempatlah membaca akhbar Utusan Malayu ditajuk utama. Anak-anak En Jaafar seperti Aziz dan Din serta adik beradik yang lain sentiasa menolong ibu bapa berniaga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
-
1. Apa yang boleh ditulis jika melihat gambar seperti disertakan. Gambar ini mengimbau kenangan ketika belajar disekolah rendah. Apapun ga...
-
Penapis ini digunakan untuk menapis susu getah apabila dituang dari dalam baldi kedalam palung getah. Bahan untuk membuat penapis adalah dar...
To pulai Chondong blogger,
ReplyDeletetima kasih coz info for pulai chondong, sy pernah bersekolah dari thun 79 di pulai cina pulai chondong...kenangan sya pasal makcik yg jual nasi belauk & nasi dagang depan kedai kopi cina tu, sedapnya tak dapat dilupakan. masa tu baru harga 20sen sebungkus...last visit kg. ni thun 84...now sya disabah bertugas namun pulai chondong tetap dlm kenangan... terubat rindu pd kg. ni bila jumpa web ni...
Siapa agaknya nama yang jual nasi belauk tu. Dulu ramai yang minum kopi dikedai kopi cina ini tidak kira Melayu atau Cina. Ini kerana kopinya sedap dan pakai cawan macam dekat Old Town White Coffee berbunga berwarna hijau.
ReplyDeleteWaktu dulu di kedai kopi cina yg ada jual nasi dagang & belauk tu gak, ada pakcik (melayu) tumpang jual roti canai...harga roti canai time tu 20 sen gak..so if sy nak roti canai telor, sy bawa dari rumah telor sebiji (simpan di poket seluar sekolah)& minta dia masukkan dalam roti canai so jadi lah roti canai telor...one day mcm biasa sy bawa telor dalam poket seluar sekolah but telor tu pecah...hampa sungguh hati ku...but if sy tak ingat pakcik tu buat sy roti canai telor gak if esoknya sy bawa telor gantian utk dia..kira hutang le...baik betul pokcik tu...
ReplyDelete