Semua yang berada didalam foto ini masih dapat dikenali cuma ada nama yang sudah tidak diingati. Antara yang diingati nama adalah yang berasal dari Kampung Dusun Buluh iaitu Zaitun Ismail dan rasanya Fauziah Abdullah. Zaitun ialah puteri kepada Ismail dan Hawa. Fauziah pula puteri kepada Abdullah dan
kakak kepada Suriano. Foto ini juga hampir berusia 40 tahun. Zaitun dan Fauziah pula meneruskan persekolahan peringkat menengah di SMAS sekolah yang sama dengan daku. Zaitun pernah juga menjadi ketua darjah dan adakalanya pernah menegur
apa-apa kesalahan yang daku lakukan semasa dalam kelas. Murid yang lain tidak pernah dijumpai lagi dan dimana mereka sekarang. Lagi sekali diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada puteri kepada Cikgu Hamidah atas kesudian beliau berkongsi foto ini.
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025
Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...


dulu ada banyak jugak gambar2 tentang sk bandar tapi byk yg dah rosak sebab kami banyak berpindah randah dulu mengikut ayah saya bertukar sekolah. 1998 baru lah dia org balik kelantan semula selepas ayah saya pencen.
ReplyDeletet kasih atas foto yg dihantar. dsn buluh
ReplyDelete