Featured Post

Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2

Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...

Friday, November 5, 2010

Ular Lidi

Ular lidi ialah sejenis ular yang selalu dijumpai tidak kira dimana samada ditepi jalan kecil, dibelakang rumah, diatas batas dan lainnya. Walaupun ia tidak merbahaya dan saiznya yang kecil tetapi apabila ia melintas dihadapan kita membuat rasa terkejut. Inilah jenis ular yang banyak terdapat dikampung masa budak-budak. Antara ular yang biasa dijumpai seperti tudung selar yang berbelang kuning hitam, ular kapak walaupun kecil tetapi berbisa, ular daun yang biasanya berada diatas pokok dan tidak akan bergerak walaupun tahu kita ada dibawahnya. Jika disungai dan pandai berenang dipanggil ular air. Ada juga mendengar cerita ular yang bunyinya macam ayam berkokok tapi biasanya berkokok dimalam hari. Jika ular sawa biasanya akan memakan ayam didalam gok (reban). Kadang-kadang juga ada berjumpa dengan bekas kulit ular yang bersalin kulit di dalam ghok (belukar). Begitu juga kita tahu dimana ada tempat kediaman ular bila terdapat lubangnya seperti dipangkal pokok dan ditepi batas. Pendek kata ular binatang yang tidak diminati dan dikira mengganggu aktiviti budak-budak dan dianggap menakutkan serta menandakan perkara tidak baik (negatif).

No comments:

Post a Comment