Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh
Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....
Saturday, April 4, 2009
foto depan rumah pak nik wil kampung kubang tebit.
jika ditahun 60an dan awal 70an dikawasan ini meriah kerana pelbagai aktiviti dijalankan. tempat ini adalah sawah padi dan jika musim tanam padi ada aktiviti mengail ikan puyu, haruan, keli dan sepat. bila ada kesempatan bila pergi memancing dalam bendang dan bila asyik sangat maka kadangkadang kita masuk dalam bendang dan ini sedikit sebanyak akan merosakkan tanaman padi. ini yang membuatkan tuan bendang kurang senang. tempat ini juga digunakan setahun sekali sebagai tempat mengadakan perhimpunan ramai-ramai dengan masing-masing membawa pulut telur dalam pinggan dan dikumpulkan, lepas itu diadakan pula solat hajat dipadang ini. selepas solat kita budak-budak pun menjamu selera makan mana yang ada tapi dengan syarat tidak boleh dibawa balik makanan tersebut. apa yang kontra dengan memohon kepada Allah swt ada juga amalan tidak baik seperti 'jammu' kepada makhluk halus. persiapan jammu diadakan satu 'acak' disangkut pada pokok. dalam acak ada patung binatang dibuat dari tepung diuli dan ada darah ayam. tapi acak tujuannya untuk diletak dikawasan tertentu bagi menjamu makhluk halus. jadi kita budak-budak tahu perkara ini berlaku dan menganggap ia perkara biasa amalan orang dulu-dulu. sekarang kawasan ini seperti tidak lagi ditanam padi tapi jadi kawasan lapang. jadi mungkin untuk menghilangkan acara jammu ini maka tok-tok lebai kita dikampung cuba mengubah amalan syirik ini dengan mengadakan solat hajat di kawasan ini. dan ini satu pendekatan yang berhemah bagi membetulkan akidah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
No comments:
Post a Comment