Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Monday, February 26, 2024

Air sungai

1.   Ketika saya di Kampung Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan waktu darjah satu ada satu ingatan tentang sebuah sungai di situ. Apa yang diingati kadang kadang air sungai itu cetek dan dilain waktu airnya dalam. Ketika ia cetek dapat dilihat pasir yang keemasan bersih warnanya dan air yang sangat jernih dan sungai itu boleh diharungi dengan berjalan kaki sahaja keseberangnya untuk ke Sekolah Kebangsaan Penambang. 
2.   Ketika airnya dalam terdapat banyak kayu balak didalam sungai dan kelihatan lori yang menarik kayu balak keatas tebing menggunakan tali besi. Dilain waktu ketika airnya dalam banyak kelihatan ikan jora tetapi ketika itu orang tidak suka menangkap atau memancing ikan ini kerana dikatakan kerap memakan najis manusia. 
3.   Ketika airnya dalam kalau hendak kesekolah Kebangsaan Penambang terpaksa ikut jambatan dijalan besar atas Banggol. Dahulu ainya dalam dan cetek rasanya disebabkan terkesan dari air pasang laut atau mungkin juga dimusim air sungai mengering dimusim kemarau. 

Sunday, February 25, 2024

Laih

1.   Laih boleh diertikan juga letih, tidak bermaya, lemah juga rasa tidak bertenaga. Contoh ayat, Ayub merasa sangat laih setelah berjalan hampir 10 km menaiki gunung tahan.

Tuesday, February 6, 2024

Babok

Babok boleh diertikan tidak pandai, tidak cerdas, jahil juga berperangai tidak elok. Contoh ayat, Ayah Zahari memarahinya kerana balik lewat petang sambil berkata "awak ni babok sudah maghrib baru balik"

Saturday, February 3, 2024

Cekkaey

Cekkaey bermaksud bersungguh dengan sepenuh daya dalam melakukan sesuatu. Contoh ayat, Ali menasihatkan Abu supaya jangan cekkaey sangat mencari wang dengan melakukan pelbagai kerja kerana kesihatan badan perlu juga dijaga. 

Wednesday, January 31, 2024

Topi Sudu

1.   Topi sudu ketika saya masih bebudak amat teringin untuk memakainya. Namun tiada kemampuan untuk membelinya. Lagi pun mungkin harganya mahal. Disebabkan untuk memakainya saya cuba menjahit sendiri dari lebihan kain menggunakan mesin jahit. 
2.   Proses tidak lah mengambil masa yang
lama untuk siap. Terubat juga untuk memakainya. Rasanya topi adalah satu satu nya hasil menjahit sendiri hingga jadi topi yang boleh dipakai walaupun bentuknya tidak seperti topi sebenar. 

Sunday, January 28, 2024

debek

Debek boleh diertikan sebagai lemah, tiada kualiti, tidak cerdik, tidak baik dan semua sifat kurang. Contoh ayat, "apa yang debek sangat basikal ni selalu rosak"

Saturday, January 27, 2024

Rangkaian biru RTM - Learn a word a day

1.   Suatu masa dahulu tahun 70an rangkaian biru siaran dalam bahasa inggeris ada menyiarkan "learn a word a day" setiap pagi jam 0700.  
2.   Satu perkataan bahasa inggeris akan diajar dengan penerangan dalam bahasa melayu akan diberikan. Rancangan itu amat baik bagi mereka yang masih bersekolah menengah kerana perkataan yang diguna agak mudah. 
3.   Walau pun selalu mendengar rancangan ini tapi pencapaian bahasa inggeris penulis tidak berapa baik juga walau beberapa cara dilakukan. Bahasa inggeris dianggap susah walau selalu melihat cerita di televisyen. Itulah kelemahan pelajar melayu terutama diluar bandar. 
4.  Faktor lemah bahasa inggeris ini dianggap biasa waktu itu. Kalau ada yang agak pandai bahasa inggerisnya tapi jumlahnya seorang dua sahaja. Itu pun jika mereka sebelum ini mungkin belajar disekolah aliran inggeris semasa darjah 6. 

Thursday, January 25, 2024

Semesek

 Semesek boleh juga diertikan sebagai mudah juga senang untuk dibuat. Contoh ayat, kepada Ahmad soalan matematik yang diberi oleh guru diselesaikan dengan semesek oleh beliau. 

Tuesday, January 9, 2024

Monyet

1. Masa budak dulu di Kampung Dusun Buluh tidak pernah berjumpa dengan monyet. Kalau ada pun yang kelihatan spesis beruk. Tapi kini diberitakan disekitar kampung sudah terdapat sejumlah lebih kurang 300 ekor telah bermastautin di kampung ini dan sekitarnya.  Difahamkan mereka ini didatangkan dari tempat lain atau negeri lain.  Ada juga gangguan yang dilakukan oleh monyet monyet ini. 
2.   Jadi terpaksalah penduduk kampung berkongsi hidup dengan mereka dan menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Jika dahulu jika ingin bercucuk tanam jarang ada gangguan dari binatang. Tapi kini gangguan sering terjadi. 
3.   Monyet ini dilindungi oleh undang undang agar mereka tidak dicederakan atau dihapuskan. Sesiapa yang berbuat demikian boleh diambil tindakan.  


Wednesday, December 27, 2023

Getah Urat


1.   Getah urat (GU) ini kepada budak budak dahulu ada nilai tersendiri. GU ini boleh dibuat pertaruhan jika bermain daun terup. Juga GU  dibuat kun dan kun ini dibidas untuk menjatuhkan GU yang diletak atas para. GU juga diguna untuk membidas orang lain dijatak dekat. GU digunakan agak banyak untuk dibuat getah lastik biddah. Juga dibuat tali yang panjang untuk bermain lompat lompat. Juga dibuat tempat mengikat barang di carrier basikal. Boleh juga diguna untuk buat senapang ikan. 
2.   GU ini jika budak budak bila berjumpa akan diambil dan disimpan untuk kegunaan seterusnya. Tapi nilainya akan pupus bila GU ini putus. Jika dibuat pertaruhan jika siapa yang mempunyai banyak jumlahnya maka dikira dia hebat kerana banyak memenangi yang kadang kala getah itu ditayang dilengan seperti gelang. 
3.   Itulah permainanan dahulu walau tidak mempunyai nilai wang yang tinggi tetapi tetap bermotivasi untuk memenangi apa jua pertandingan kerana memeng sifat kanak kanak yang sentiasa ingin menang dan ingin lebih hebat dari rakan lainnya. 

Monday, November 20, 2023

Durian belanda @ durian selat








1. Suatu ketika dahulu di Kampung Dusun Buluh ada sebuah telaga dihadapan balai sah tepi jalan raya. Inilah satu satunya telaga kegunaan awam dikampung ini. Sebelum air paip bermeter datang pada tahun 70an telaga ini banyak diguna oleh orang kampung. Di tepi telaga apa yamg diingati ialah jika tidak silap ada terdapat pohon durian belanda dan yang pasti ada juga limau 'jebol'. Limau jebol pada masa itu adalah antara limau yang agak manis dan buahnya besar. 
2. Pohon lain ada juga terdapat tapi sudah tidak ingat. Dipinggir telaga ada tempat air bertakung dan ditepinya ada yang menanam daun kesum yang agak banyak dan hidup subur. Dahulu dihadapan balai sah ini kelihatan meriah sepanjang hari kerana ada telaga dan berada ditepi jalan. Seingat telaga tidak pernah kering tapi agak dalam jika musim kemarau. 

Nota: foto dari wikipedia bahasa melayu