Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Thursday, November 15, 2012

Kelas Bahasa Inggeris

Semasa mula masuk ke tingkatan satu di SMAS mata pelajaran yang paling tidak diminati dan seperti ditakuti kerana ia memberi stress yang tiada kesudahan ialah Bahasa Inggeris. Gurunya pula ialah Cikgu Mariam. Sebagai permulaan kelas ialah pelajaran membilang. Caranya dengan dimulakan dari murid yang berada dimeja kiri depan sekali kebelakang hingga murid yang terakhir belakang sekali kanan. Bagi yang nombor "one to twelve" kira senang tapi selepas itu ramai yang dikira tidak tahu. Inilah kelemahan yang ketara walaupun sudah enam tahun kita belajar bahasa tersebut disekolah rendah pun masih gagal membilang.

Sunday, November 11, 2012

Bekas Celak

Bekas celak ini juga menjadi ole-ole untuk dibawa pulang bagi orang yang baru balik mengerjakan fardu haji dari Mekah. Biasanya budak perempuanlah yang akan menggunakannya. Sekarang rasanya jarang ianya dibawa balik.

Monday, October 15, 2012

Super Viewer 3-D (Pelihat 3-D)

Alat pelihat ini amat digemari dilihat dizaman bebudak dulu ketika ada orang membawanya balik dari Mekah setelah selesai menunaikan fardu haji. Kelebihannya ialah gambarnya yang terang serta berwarna. Gambar yang biasa kelihatan ialah Kaabah, padang Arafah, tempat melontar, telaga zam zam serta Masjid Nabawi Madinah. Pelihat ini seakan tidak puas dilihat apa lagi ditambah dengan penerangan antara faham dan tidak tapi sebab ada alat ini maka akan membantu untuk faham. Pelihat ini akan sentiasa dilihat dari masa kesemasa hingga gambarnya kadang-kadang akan bertampung. Filemnya yang berbentuk bulat boleh ditukar ganti untuk mendapat gambar yang berlainan. Yang pasti alat ini dapat bertahan keujudannya dari dulu sampai sekarang.
Sent from my BlackBerry® smartphone from Zain

Saturday, September 15, 2012

Honda 70 cc

Motor ini diubah suai menjadi seperti ini dengan perbelanjaan RM 1000. Bagaimanapun motor ini tidak berada di Kampung Dusun Buluh tetapi di Pengkalan Chepa. Untuk mengurangkan masalah injin, kaburator asal perlu ditukar dengan jenis baru.

Sunday, August 26, 2012

Buah Gerag @ Pulasan

Pohon pulasan ditanah Mek Nap-
Bersempadan pula tanah Awang-
Walau jasad punah ranap-
Budi baik tetap dikenang

Saturday, August 18, 2012

Salam Edulfitri

Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya edulfitri kepada pembaca blog Kampung Dusun Buluh dengan memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan semasa mengendalikannya. Kenangan masa budak berkenaan hari raya ini yang sukar dilupakan memang banyak jika ingin diBARIkan yang semuanya indah-indah belaka. Mercun, meriam buluh, tuppat, seluar baju baru, duit raya, tengok wayang, beraya rumah kerumah, naik bas, makanan yang istimewa, bermain tikam-tikam dan lainnya. Kemeriahan hari raya bermula dibulan Ramadan lagi dan kemuncaknya diawal Syawal. Inilah hadiah dari Yang Maha Esa pada hambanya. Ramadan telah pergi meninggalkan kita dan akan kembali yang belum tentu kita akan ada kesempatan menemuinya lagi. Ramadan yang diutus olehNYA tanpa gagal mendidik kita siang dan malam akhirnya melambai tangan berlalu pergi.

Tuesday, August 14, 2012

Budu

Kalau masa budak dulu jika baju terutama baju sekolah jika tidak dibasuh beberapa hari mak akan merakamkan rasa tidak puas hati dengan mengatakan baju mu dah jadi macam budu. Pelik juga memikirkannya kerana budu itu makanan.

Wednesday, August 8, 2012

Beras

Beras biasanya dimasak untuk menjadi nasi supaya boleh dimakan. Tapi dizaman budak beras ini ada yang memakannya walaupun agak keras. Lagipun bau beras ini bagi daku amat wangi sekali yang kadang-kadang disebabkan kewangiannya membuatkan beras ini ingin dimakan. Jadi untuk menghalang budak-budak makan beras maka orang-orang tua memberi pesan jangan makan beras nanti terkena penyakit kuning. Alasan ini ada juga logiknya.(25/07/12)

Thursday, July 26, 2012

Kumbang 3

Jenis permainan yang boleh dimainkan dengan kumbang ini antaranya dengan memasukkannya kedalam botol seperti botol minyak rambut brylcreem. Sebab botol jenis ini dipilih kerana ianya senang dimasukkan jika ditangkap berbanding botol oren biasa. Tujuan dimasukkan kedalam botol dipercayai kumbang ini akan mengeluarkan bunyi yang berdengung yang agak kuat. Tapi dari pengalaman sendiri kumbang tidak sempat ditangkap kerana semasa sedang menyediakan botol telah pecah akibat mengetukkannya ketanah dan mencederakan jari. Apa pun kumbang jenis ini difahamkan agak bahaya kerana akan menyengat bila diganggu. Jadi jika ingin menangkap dan memasukkan kedalam botol sebagai ujikaji tentukan penutup ditebuk supaya ada ruang angin untuk kumbang bernafas.

Tuesday, July 24, 2012

Kumbang 2

Dimasa bebudak dulu kumbang ini pun boleh dijadikan mainan seperti binatang terbang yang lain tapi tidaklah mengikat benang dibadan dan dilepaskan terbang.

Sunday, July 22, 2012

Kumbang

Kumbang ini berwarna hitam dan biasa dijumpai hinggap dibunga keludup.