Inilah riwayat ku . Aku dilahirkan hari rabu 11 April 1950 . Yg ku ingat sikit sikit seawal 3 atau 4 tahun. Masa Mek kahwin dg Abang Mat , aku ingat orang pasang kain puteh buat lelangit dlm rumah ruang balai tempat persandingan . Aku bersekolah pd tahun 1957 , tahun kemerdekaan Tanah Melayu .Pagi 31 Ogos 1957 ada perhimpunan kemerdekaan didepan Sekolah Umum Kg Bandar. Semua murid membawa makanan dan dikumpulkan satu hidangan besar dan dinikmati semua guru dan murid. Guru besar pada masa itu Cik Gu Wil atau Ismail . Guru yg aku ingat ialah Cik Gu Ibrahim , Cik Gu Din , Cik Gu Yaacob, cik Gu Husin , Cik Gu. Wan Aminah dan lain lagi . Tukang kebun Abang Omar Pak Od dan tukang sapu abang Arshad Pak mud . Pak Teh Soh , saorang pengasas sekolah ini sering berucap di perhimpunan pagi sekolah memberi amanat . Carilah ilmu , carilah ilmu . Kami tidak faham apa maksudnya pd masa iitu. Cik Ajah belajar ditahun yg sama sehingga darjah 6 iaitu tahun 1962. Cik Ajah , Abon dan Pak Chik Din menyambung pelajaran di sekolah agama , aku dan Ayah Mat ikut saluran menengah . Tok Ayah bawa aku ke Sekolah Menengah Ketereh daftar dan belajar di tingkatan 1 pd tahun 1963. Oleh kerana sekolah baru ini jauh dari kg , maka aku tinggal bersama Mek dan Abang Mat di Pulai Chondong. Tiap hari naik bas SKMK ke Ketereh dg bayaran pas bas sekolah Rm 4.50 sebulan . Yuran ini ditanggung oleh Mok Dah Bukit Ajil . Makan minum Mek tanggung , bas Udah yg tanggung. Mula mula belajar di SMK , amatlah tidak seronok kerana pd zaman itu banyak kawan ku berhenti sekolah dan hidup bebas di kg. Lama lama seronok mula datang , SRP dapat gred 1 dan naik tkt 4 . Dipertengahan tahun 1966 aku pindah ke Sekolah Menegah Hamzah Machang , kononnya nak lebihkan kelas sains. Aku berulang alik dg bas ke sekolah baru sehingga SPM pd tahun 1967. Olek kerana result spm amat teruk , aku dapat mengulang tingkatan 5 di Sek Hamzah untuk menduduki SPM sekali lagi pd tahun 1968. Keputusan SPM masih tidak baik sehingga aku membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan hidup secara org kampung serta ikut jadilah. Pada tahun 1970 aku berhijrah dan tinggal bersama sepupu di Felda Bukit Goh , Kuantan, Pahang menjadi boroh kelapa sawit bergaji hari. Hampir 1 tahun disana aku dipanggil balik oleh Cik Ajah yg mencadangkan aku sambung balik belajar di tingkatan 6 sekolah swasta bagi mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan , STP. Alasannya jika digabungkan dua sijil SPM aku akan menjadi dapat 8 kredit dan layak mengambil STP. Cik Ajah pd masa itu belajar di Maahad Muhammadi Kota Bharu belah pagi dan petang jadi kerani sekolah swasta Che Gu Wan Ibrahim di sebelah petang dg menyewa kelas dg Maahad Muhammadi . Jadi aku mula belajar di tingkatan 6 rendah mulai 1972 hampir setahun dan sekolah swasta itu pindah 5 bulan di Sekolah Kebangsaan Jalan Merbau . Masa belajar di tkt 6 ini aku tinggal dirumah sewa di Lorong Che Mat Baba bersekali dg budak belajar Maahad pagi. Mulai tahun 1973 sekolah kami berpindah ke Sekolah Agama Yaakubiah , Lundang , Kubang Kerian selama setahun . Aku tinggal dirumah sewa Kg Lundang bersama 5 org kawan. Yuran sekolah ini di tanggung Abang Mi selama 2 tahun Rm 20.00 sebulan . Yuran ini subsidi dari Che Gu Wan Ibrahim , pengetua sekolah kerana Cik Ajah bekerja kerani sekolah swasta ini. Untuk makluman , aku cuma bawa Rm 2.00 setiap minggu dari kg untuk perbelanjaan harian masa belajar . STP 1973 telah membawa tuah pada ku untuk sambung belajar di U dan mendapat ijazah sarjana muda .Syukran berkat doa Mak , ayah , Cik Ajah, Abon dan semua adek beradek aku berjaya menjadi Pegawai Tadbir Am tahun 1980 dan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik tahun 1990 , berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia , Kementerian Perumahan Dan Kerahaan Tempatan , Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan , naik pangkat dan bertukar ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Penggung , di Jabatan Bomba Dan Penyelamat , Jabatan Perumahan Negara , Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa dan terakhir di Hospital Serdang , Selangor. Sepanjang tempuh berkhidmat selama 26 tahun , aku pernah menerima hadiah perkhidmatan cemerlang sebanyak 4 kali , ia itu di Kem Kesihatan , Kemen Perumahan , Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia .Kini aku telah bersara dan amat bersyukur diatas segala anugrah allah pada ku , maseh sihat , lalu makan dan boleh menumpukan pada ibadah sambil belajar semula mengaji Quraan . Mak , Tok Ayah , aku bersyukur menjadi anak mu yg maseh bernafas dan setiap hari mengingati mu. Anak anak ku telah ada keluarga masing masing dan bolehlah bawa diri dg cara tersendiri .
Nota 1:
Sedikit pembetulan , di Jabatan Dan Penyelamat Malaysia sebagai Pengarah Pengurusan . Di Hospital Serdang Selangor sebagai Timbalan Pengarah Hospital Serdang .
Nota 2:
Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad
Nota 3:
1. Asal hj Lah kg Kbg Teras. Ank arwah Pakmuda Hamat.
Komentar:
1. Allahyarham Cikgu Wil adalah idola saya , amat terkesan sentuhan aurra nya semasa belajar si SKKB . Ya Allah , tempatkan lah roh cik gu ku ini dikalangan orang yg beriman . ( Penulis)
2. TKasih Abg Hj Lah atas perkisahan yg menarik..
Ambo amat dkt hubungan dgn keluarga abg Hj Lah & abg Hj Lah sendiri masa ambo budak2 di Bkt Ajil....(Sabri)
3. best kisah ni
cbaran,frust,kciwa,gagal,bangkit smula (Azman)
4. Liku2 kehidupan Abg Hj Lah amat indah & menarik...
Minta Dia sambung lg selps bersara jd warga pusat pertadbiran negara Putrajaya..Dgr kata jd pentadbir Surau di sana.
Alhamdulilah kita rasa berbangga selaku anak kelahiran kg Bandar.............(Sabri)
5. Kita jenerasi separa sene dah Yee banyk kemudahan, gi umah Tok dibkt Ajil tu naik basikal dah. Zame Hj lah kena niti lg rasa .(Rusdi)
6. Ambo ingat Hj Lah masuk UM. Bawa blk motor Honda Cub 70 cc..WB 766 ( plate nombor) gah bila tgok logo UM tepet di Muto. (Sabri)
7. Alhamdulillah.
Allaahuakbar....
rata2 penghidupan org kampung termasuk sy sangat2 susah dulu...harap duit noreh getah yg harganya sangat murah.
Semoga dengan sisa usia yg dianugerah Allaah kita boleh hidup dgn baik sedikit dari mok ayah kita.
Tidak perlu kebendang / sawah padi utk cari sesuap pagi n ptg....tk banyak2 abang hj. Lah.
Sekarang tinggal di mana ye....tk (Kamariah)
8. Sekarang saya tinggal di Putrajaya (penulis)