Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Sunday, August 27, 2023

Sokan

1.   Semasa disekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar banyak acara sokan yang penulis mengambil bahagian. Antara sokan yang mewakili peringkat sekolah ialah bola sepak, hoki, sepak takraw dan bola tampar. Untuk acara olahraga pula ialah larian jarak dekat, lompat jauh dan lompat tinggi. 
2.   Bola sepak, hoki dan takraw dapat mewakili peringkat zon dan seterusnya daerah iaitu Machang. Hoki paling menonjol kerana mempunyai jurulatih yang amat berdedikasi iaitu Cikgu Awang. Berkat asuhan beliau hoki adalah acara yang paling penulis berjaya walau selepas kesekolah menengah dan seterusnya. 
3.   Banyak kenangan jika ingin dituliskan tentang penglibatan dalam acara sokan sepertimana sebahagiannya pernah ditulis dalam laman blog ini. Namun yang pasti sokan adalah acara yang paling diminati oleh murid sekolah dan ianya dilaksanakan secara tersusun. Ia sekaligus sebagai satu wadah untuk menonjolkan diri dengan bakat yang ada untuk menjadi seorang pemenang dan tentunya memerlukan tenaga, kreativiti, usaha, latihan dan komitmen yang tinggi tanpa penat dan berputus asa. 

No comments:

Post a Comment