Kelihatan sebuah surau berhampiran Simpang menuju ke Kemubu. Di Kelantan terdapat dua tempat bernama Kemubu satunya di Hulu Kelantan dan satu lagi ditepi Sungai Kelantan tempat dimana terdapat Rumah Pam untuk mengairi sawah padi sekitar Jajahan Kota Bharu. Yang di Hulu Kelantan pula jika membuat perjalanan menggunakan keretapi akan melaluinya di stesennya. Di simpang ini keadaan lalu lintasnya agak sibuk dan merbahaya pada semua pengguna jalan raya dan perlu lebih berhati-hati semasa mengambil laluan masing-masing. |
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah pada 17 April 2025
1. Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...

Sunday, October 31, 2010
Foto Pekan Pangkal Gong
Sunday, October 24, 2010
Foto Tanah Perkuburan Surau Kerawang
![]() |
Pemandangan tanah perkuburan ini berlatar belakangkan Bukit Panau. Tempat ini terletak bersebelahan Masjid Al Amin. Jarak keluar kejalan raya lebih kurang 300 meter. Masjid ini telah dibina sekitar tahun 1974 diatas tapak lama surau. |
Sunday, October 17, 2010
Pengkalan Kunyit
Sunday, October 10, 2010
Kampung Kubang Terbit
Nama asal Kampung Kubang Tebit/Tubik atau Kubang Tebik ialah mengikut ceritanya berasal dari sebuah kubang. Kubang tersebut terletak berhampiran dengan rumah Pak Kob Minah dan juga rumah Pakda Soh dekat rumah Pak Melah. Juga berhampiran dengan simpang untuk kerumah Tok Ayong berbangsa cina dimana jika melalui rumahnya untuk ke Becah Kua.Ianya terletak disebuah kawasan yang agak rendah. Dipercayai disitu ada sebuah kubang yang agak besar yang bertakung air. Dikubang itu juga tempat banyak burung-burung terbit atau keluar samada untuk minum atau mandi terutama jika pada musim kemarau. Mungkin disebabkan jumlahnya agak banyak dan sentiasa berlaku maka ada penduduk mengambil kejadian/fenomena ini untuk menamakan kampung ini sebagai Kubang Burung Terbit/Tubik. Lama selepas itu terbit bertukar jadi tebit sahaja. Jadi tempat ini seperti difoto adalah tempat asal Kampung Kubang Tebit. Kampung ini sekarang boleh dilalui melalui jalan kecil (jalan kampung) sehingga ke simpang jalan besar hingga keklinik keluarga dekat Kampung Wakaf Zin dan juga akan keluar ke Kampung Dusun Buluh dekat Balai Sah berhadapan rumah Abang Derih. Apapun ini cerita mulut sahaja dari orang lama yang menetap disini. Kampung Kubang Tebit ini mengikut geografinya boleh dibahagi dua iaitu Kubang Tebit Hulu dan Kubang Tebit Hilir kerana kawasan perumahan sepanjang jalannya agak panjang dan jauh. Mungkin yang hulunya dimulai dari selekoh dekat rumah Pakda Soh dan hilirnya dari rumah Pakda Soh kerumah Makcik Yam. Sebelah alik hilir Rumah Makcik Yam pula mungkin termasuk dalam Kampung Dusun Buluh.
Tuesday, October 5, 2010
Mesin Penampi Padi
Mata Ayer. Mesin ini satu ketika dahulu banyak digunakan untuk menampin padi. Biasanya jika tiada mesin ini boleh juga dugunakan menggunakan badang untuk memisahkan dengan padi hampa. Sekarang beliau (Awang) menetap disini dengan berkebun, membuat ragi dan berniaga durian jika tiba musimnya. Dimasa daku budak-budak dahulu Awang ini selalu datang menoreh kekebun getah dimana terletak rumahnya sekarang tapi telah ditebang dan diganti dengan pokok dokong.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Stesen minyak ini ditahun 1975 adalah satu-satunya stesen minyak yang terdapat di Pulai Chondong. Ia kepunyaan Haji Hamzah yang rumahnya i...
-
Masjid Tok Kerawat ini terletak 50 meter jalan menuju ke Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering dari jalan raya Pangkal Gong Kemubu. Masjid ini j...