Featured Post

#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh

Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....

Sunday, June 21, 2009

balai sah - madrasah kampung dusun buluh

Balai sah ini seingat nya telah berada disini. Ia terletak disimpang empat, satu simpang jalan menghala ke kampung kerawang dan satu lagi simpang jalan hendak pergi LUNDANG tepi sungai kelantan sebelah Pengkalan Kiat. Dulu sebelah kiri surau ini terdapat sebuah kedai runcit Mak Teh Embong. Selepas itu ada pula kedai kopi nasi belauk Halimah anak Mak Teh sebelahnya. Sekarang kedai itu sudah lama tiada. Sebelah kanannya pula ada kedai Abang Husin. Juga sekarang ini pun sudah tiada kedai itu. Menghadap depan kedai ini dulunya pula ada rumah Abang Derih dan Paksu Mahmud. Depan rumah paksu Mahmud ada juga bangsal kedai kopi. Paksu Mahmud ini amat mahir bermain Rebab. Sebelah bangsal kedai kopi juga dulunya ada bangunan kelas dewasa dan dibelakang kelas dewasa pula ada bangunan mesin padi. Pendek kata tempat balai sah ini berada adalah pusat bagi Kampung Dusun Buluh. Dihadapan kedai Makteh Embong pula terletak rumah Pak Wil. Dia juga seorang tukang azan yang merdu dan lantang suaranya bila azan di balai sah ini. Dia juga kalau tidak silap mahir dalam panjat pokok kelapa. Kita bagi bebudak kecil kampung ini memang sinonim atau tidak dapat dipisahkan dengan balai sah ini. Sebabnya ia seolah-olah rumah kedua kami dimana jika ada satu-satu sebab kita akan tidur pada waktu malam disini. Contohnya jika ada aktiviti malam tersebut dan agak lewat untuk balik. Dihadapan balai sah ini pula ada sebuah telaga yang tidak kering pada waktu kemarau dan ramailah yang akan menggunakannya untuk mandi dan basuh pakaian. Jadi balai sah ini sentiasa ada orang sambil berehat dan menunggu untuk mandi atau untuk bersembang-sembang di bahagian luarnya. Sebab kawasannya sentiasa basah ditanam pula disitu serai dan subur. Masih diingat terdapat sepokok limau "jebo" yang ditanam mungkin oleh Ustaz Husin dan buahnya lebat dan manis sebelah telaga tersebut. Jadi jika musimnya dapatlah kita makan buahnya. Imam balai sah ini ialah Tok Lebai Husin@Abang Husin@Ustaz Husin. Dia seorang yang dihormati sentiasa dan sampai sekarang surau ini dinamakan Madrasah Ustaz Husin. Dia sudah lama meninggal akibat kemalangan jalan raya dengan kenderaan lain semasa memandu motosikal hondanya. Tok Lebai Husin seorang yang berilmu agama pada masa tersebut dan disegani. Lagi pun ia mesra dengan budak-budak dan dewasa. Pada masa tersebut Tok Lebai Husin menjadi tempat rujukan ilmu agama bagi penduduk kampung dan beliau sentiasa mengajar dikuliah maghrib dibalai sah ini. Seingat daku ia tidak pernah marah pada kita budak-budak walaupun kita bising ketika solat seperti pada bulan ramadhan. Inilah antara kelebihan beliau.

Madrasah Ustaz Husin ditepi jalan
Tempat bersolat lima waktu
Semasa berteman seiring sejalan
Nasihat menasihati itu yang tentu
Posted by Picasa

3 comments:

  1. macma mane pulak cerita tentang mok sa n pok sa??

    ReplyDelete
  2. Maksar dan paksar ada juga disentuh secara tidak langsung ditempat lain tapi tidak secara specifik mungkin dilain masa jika ada kelapangan insyaalah akan dceritakan serba sedikit.tkasih dari dbuluh

    ReplyDelete
  3. Ambo orae krei tapi cucu saudara kepada paksu harun kg kerawang. Tok saudara pulok adalah tok ayah Husin kedai mata ayer. Beso masa kechil dulu melalui dusun buluuh

    ReplyDelete