Featured Post

#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh

Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....

Friday, September 27, 2024

#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh

Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser. Dimandi, dikapan dan disolat di surau al kauthar bangi 4 jam 5.15 dan selamat dikebumikan jam 6.00 ptg di kubur bdr baru bangi, sg tangkas.
Sehubungan itu saya mohon supaya di maafkan semua kesalahan2nya, dan sekiranya beliau ada berhutang halalkan atau tuntut dari saya. Tel ini saya minta admin kekalkan sebulan utk ucapan atau tuntutan.
Terima kasih. (Berita dari suami allahyarhamah)

Nota: berita dari grup whatsapp

Tuesday, September 24, 2024

#230924m jam 2300 kembali kerahmatullah Ustazah Laila ( anak arwah ustz Husin Dusun Buluh)

Asalamualaikum.
Makluman Kematian..

Ustazah Laila ( anak arwah ustz Husin Dusun Buluh)
Meninggal dunia jam 11 mlm td, Jenazah di urus di Dusun Buluh akan di solat jam 11 pg ni....

Nota: info dari gp ws - tn. sabri mohd zain. 

Monday, July 15, 2024

#270424m Kembali kerahmatullah Pak muda Hussin kampung dusun buluh

Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas solat zohor di rumah arwah.

#150724m sejenis haiwan




Masa budak haiwan ini selalu juga menarik perhatian untuk jadi tempat tumpuan untuk bermain. Nama mungkin dahulu ada diberi nama tapi kini sudah tidak tahu nama. 

Monday, May 27, 2024

#260524m kembali kerahmatullah, Ani mak yam pak cu Ali

Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)

Wednesday, March 27, 2024

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu juga diradio. 
2.   Disebabkan kerap mendengar suara azan itu secara tidak langsung dapat dihafal azan tersebut. Begitu juga doa lepas azan pun lama kelamaan juga dapat dihafal. 

Wednesday, March 6, 2024

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada sekali dapat juga ikan lapam. Agak sukar juga untuk dapat ikan bila memancing disini. Maklumlah ilmu memancing tiada. 

Sunday, March 3, 2024

Tebbey

Makna tebbey lebih kurang - cari pasal,  kerana dikhuatiri jika melakukan sesuatu disebab tebbey tersebut akan mendatangkan hasil yang tidak baik. Contoh ayat, Sabri menasihatkan Rusman jangan tebbey pergi ke Kedai Pulai Chondong pagi esok kerana ada seseorang ingin menetak atau mencederakannya disitu. 

Monday, February 26, 2024

Air sungai

1.   Ketika saya di Kampung Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan waktu darjah satu ada satu ingatan tentang sebuah sungai di situ. Apa yang diingati kadang kadang air sungai itu cetek dan dilain waktu airnya dalam. Ketika ia cetek dapat dilihat pasir yang keemasan bersih warnanya dan air yang sangat jernih dan sungai itu boleh diharungi dengan berjalan kaki sahaja keseberangnya untuk ke Sekolah Kebangsaan Penambang. 
2.   Ketika airnya dalam terdapat banyak kayu balak didalam sungai dan kelihatan lori yang menarik kayu balak keatas tebing menggunakan tali besi. Dilain waktu ketika airnya dalam banyak kelihatan ikan jora tetapi ketika itu orang tidak suka menangkap atau memancing ikan ini kerana dikatakan kerap memakan najis manusia. 
3.   Ketika airnya dalam kalau hendak kesekolah Kebangsaan Penambang terpaksa ikut jambatan dijalan besar atas Banggol. Dahulu ainya dalam dan cetek rasanya disebabkan terkesan dari air pasang laut atau mungkin juga dimusim air sungai mengering dimusim kemarau. 

Sunday, February 25, 2024

Laih

1.   Laih boleh diertikan juga letih, tidak bermaya, lemah juga rasa tidak bertenaga. Contoh ayat, Ayub merasa sangat laih setelah berjalan hampir 10 km menaiki gunung tahan.

Tuesday, February 6, 2024

Babok

Babok boleh diertikan tidak pandai, tidak cerdas, jahil juga berperangai tidak elok. Contoh ayat, Ayah Zahari memarahinya kerana balik lewat petang sambil berkata "awak ni babok sudah maghrib baru balik"