Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Thursday, December 10, 2020

Kembali kerahmatullah 'KAK' Kampung Dusun Buluh pada 02 Dis 2020



Kembali kerahmatullah 'Kak' Kampung Dusun Buluh Pulai Chondong jam lebih kurang jam 1 pagi di HUSM Kubang Kerian. Biasa dikenali dengan nama KAK sahaja dari dulu lagi samada oleh yang tua atau muda serta kanak kanak. Jika disebut Kak semua orang mengenalinya. Nama sebenar Allahyarhamah difahamkan Khairiah. Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman. 

Catatan: foto Allahyarhamah Kak terletak paling atas diambil pada tahun 2010

Friday, June 19, 2020

Kembali kerahmatullah Makcik Yam

Dukacita dimaklumkan telah kembali kerahmatullah Makcik Yam (90an) pada 18 Jun 2020 hari khamis jam lebih kurang 08:55 pagi, allahyarhamah isteri kepada allahyarham Paknik Wil Kubang Tebit Kampung Dusun Buluh Pulai Chondong Kelantan. Beliau guru mengaji alquran daku masa bebudak. Anaknya bernama Suhaimi Ismail. Moga rohnya ditempatkan bersama roh orang orang yang solehah.

Monday, June 15, 2020

Duit Syiling

Apakah kegunaan dua keping duit syiling ini. Biasanya duit syiling 10 sen atau 20 sen digunakan. Kegunaan duit syiling ini sebagai pengganti penyepit janggut atau misai. Jika dahulu zaman budak selalu lihat orang dewasa sambil duduk duduk rehat mencabut janggut menggunakan duit syiling itu tetapi perlukan cara yang sesuai supaya helaian janggut dapat dikepit kuat oleh dua duit syiling itu dengan menggunakan tiga  jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.

Tuesday, May 19, 2020

Cikgu Maimunah dan suami Cikgu Idris Sekolah Kebangsaan Bandar

Mereka berdua pernah  mengajar di sekolah itu sekitar tahun 70an dan sekarang telah menetap di Ketereh. Difahamkan cikgu Idris telah kembali kerahmatullah.

Monday, May 18, 2020

Kembali kerahmatullah saudara Mat Nor Pak Dor Mat

Kembali kerahmatullah saudara Mat Nor Pak Dor Mat (70an) Makcik Sari kampung dusun buluh pulai chondong adik kepada cikgu harun jam 2 pagi pada 24 Feb 2020 (isnin) meninggalkan seorang balu kak yah dan beberapa anak. Sudah lama daku tidak berjumpa dengan beliau dan kali terakhir berjumpa kira kira lebih enam tahun lepas dimasjid Bagan Mata Ayer. Seorang yang murah senyuman dan bila berjumpa akan ingat nama dan kenal walau lama tidak berjumpa.

Wednesday, January 15, 2020

Rehal

Rehal ini dimasa budak dulu biasa juga melihatnya tapi dalam jumlah yang sedikit dan kalau ada pun di surau masjid. Kalau dirumah mungkin ada dan mungkin tiada. Yang pasti ada terdapat dirumah yang kita pergi belajar mengaji tapi jumlahnya terhad. Jadi untuk menggantikan rehal ini digunakan bantal untuk meletak musyaf surat kecil (muqaddam). Surat kecil ini pula tidak dibawa balik kerumah dan ditinggal sahaja dirumah tempat mengaji kerana selepas mengaji banyak aktiviti lain yang menanti tidak sempat balik kerumah. Sudah jadi kebiasaan pergi mengaji pakai seluar pendek dan bila mengaji guna apa kain yang ada untuk menutup kepala lutut bagi budak lelaki, yang budak perempuan memang tiada masalah kerana sentiasa berpakaian labuh. Yang selalu jadi perbualan budak macam kita ini masa itu tentang rehal ialah bagaimana orang putih (orang inggeris) pelik macam mana dua keping papan rehal itu dapat dimasukkan antara satu sama lain menjadi satu dan bercantum. Ini cerita mungkin dibuat-buat untuk menyatakan bahawa orang melayu hebat dalan membuat rehal tersebut. Begitulah ceritanya tentang rehal ini yang kini ada juga rehal diganti dengan rehal jenis lain pula. #dusunbuluh

Saturday, September 14, 2019

Kayu Api dan "tuat"

1. Kayu api jika masa dikampung dulu digunakan untuk memasak nasi dan lauk pauk. Kayu yang popular ialah dahan atau batang pokok getah. Jika batang pokok getah perlulah dipotong sekitar dua kaki kemudian dibelah dengan kapak supaya menjadi kecil. Jika dari dahan hanya perlu dikerat-kerat sahaja.
2. Dalam banyak-banyak cerita tentang kayu api ini ada satu cerita yang masih diingati iaitu terselit kisah bagaimana dari kayu api ini ada benda yang boleh menjadi ubat kepada penyakit kulit. Begini caranya iaitu bila kayu api (dahan pokok) itu terbakar tiba-tiba dihujungnya akan keluar buih yang panas. Maka buih itu jika disapu masa panas pada "tuat" iaitu sejenis ketumbuhan kecil yang biasanya besar sedikit dari kepala batang mancis dan kecil sedikit dari biji jagung akan bisa menyembuhkan atau menghilangkan tuat itu. Apa pun tidak dapat dipastikan setakat mana keberkesanan buih air panas yang keluar tadi tapi sebab percaya dan yakin diperaktikkan cara tersebut. Rasanya petua ini hanya dilakukan oleh budak-budak sahaja kerana tuat ini biasanya budak sahaja yang mengidapnya.
3. Tidak dapat dipastikan punca berlaku penyakit kulit ini atau masih ada lagikah penyakit ini sekarang. Apa yang pasti tuat ini jika dihadapi oleh kita yang budak-budak ini boleh mengganggu fikiran juga kerana kesan ketidak selesaan kerana sering digaru dan mencacatkan penglihatan jika dilakukan dikhalayak ramai.

Monday, October 22, 2018

Kubur

selalu daku perhati tiap tahun akan ada orang cina dikampungku dusun buluh akan membersihkan kubur yg agak tinggi mcm busut dan ditabur kertas mcm duit diatasnya tapi tak tahu sempena hari apa

Saturday, September 8, 2018

Umur dan makan

Pakcu Soh rasanya umur dia paling lama sebelum meninggal dunia dalam empat ke lima tahun lepas iaitu mungkin hampir 100 tahun. Dia selalu beri pesan pada saya katanya mu jangan makan terlalu banyak dalam setiap kali makan. Biar makan tak banyak tapi acap kali makan tak mengapa. Beliau selalu perhatikan ramai orang bila makan suka makan banyak dan ini tidak baik untuk kesihatan. Bagi saya pula saranan beliau sentiasa diingati cumanya sukar untuk dilaksanakan tambahan pula jika dihidang dengan makan yang sedap. Tapi kadang-kadang dapat juga dikuti.

#tulis1kini

Thursday, September 6, 2018

Mandikan lembu

Tok Kiat ialah ayah kpd Mat Rih yg tinggal ditepi pengkalan kiat dan pengkalan ini bertentangan dgn bukit panau diseberang sana dan Mat Rih ini bila petang selalu juga dilihat mandi dan juga mandikan lembunya didalam sungai dan dilihat tersebut lembu amat selesa dan segar bila dimandikan juga ini salah satu cara bermesra dengan binatang peliharaan dimana kini jarang dilihat ada orang yang mempunyai masa berbuat begitu lagi maklumlah semua ingin cepat dan banyak perkara lain yang perlu dilakukan.

#tulis1kini

Sunday, July 29, 2018

Musim Durian

1. Musim buah datang lagi. Apa yang ingin diperkatakan ialah musim ini banyak membawa kenangan terutama masa budak dahulu. Bila musim buah datang banyak aktiviti penduduk kampung akan terjadi dari yang dewasa hingga yang masih belum baligh. Bagi yang dewasa mereka menyambutnya dengan gembira kerana dimusim ini adalah peluang untuk menjual buah-buahan dan dapatlah hasilnya buat perbelanjaan walau tidak seberapa.

#tulis1kini