Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Monday, January 7, 2013

Rukun Negara

Jika diawal tahun 70an semasa disekolah rendah mendeklamasi Rukun Negara ini sudah menjadi perkara yang diutamakan dan amat dititik beratkan. Ia juga dipertandingkan dan dibacakan terutamanya pada hari majlis penyampaian hadiah akhir tahun. Kebanyakan murid ada yang dapat menghafalnya dengan fasih dan dapatlah dibahagikan mereka ini kepada empat kategori. Yang dapat menghafal semua, sebahagian sahaja iaitu mulai MAKA KAMI, yang ingat lima rukun sahaja dan yang keempat mungkin tidak ingat semuanya. Apa pun majoritinya kami ingat lima rukun tersebut samalah seperti kami ingat pada rukun iman dan islam atau mungkin lebih lagi.

Wednesday, December 19, 2012

Sumber

Sumber atau pewarna makanan ini telah digunakan sejak dahulu lagi dengan tujuan mencantikkan kueh mueh terutamanya. Apa yang diingat sumber ini dulu dalam bentuk debu atau serbuk dan biasanya dijual dalam tin logam bentuk persegi seperti kotak mancis. Kotak tersebut akan dibalut dengan kertas warna yang sama dengan warna sumber. Sumber yang berwarna kuning digunakan untuk dicampur kedalam adunan untuk buat bahulu. Begitu juga dengan kueh lain seperti lompat tikam dan lainnya.

Thursday, December 6, 2012

Honda Lampu Bulat

Motorsikal Honda berwarna hijau yang telah diubah suai ini bukan terdapat di Kampung Dusun Buluh tapi di salah sebuah masjid di Sungai Buloh Selangor. Ia agak menarik juga dan baru diubah suai.

Monday, November 26, 2012

Kelas Bahasa Inggeris 2

Jika diperingkat sekolah rendah pembelajaran Bahasa Inggeris dahulunya memang diajar didalam kelas tetapi peringkat pemahaman dan pencapaian amat rendah sekali dan jika tidak dibantu oleh gambar mungkin tidak faham langsung. Jadi bila diumum keputusan peperiksaan penilaian darjah 5 maka yang lulus hanya seorang dua sahaja dalam satu kelas. Tetapi disebabkan hampir semua tidak lulus maka ia tidaklah membuat kita merasa tidak pandai dan merasa rendah diri. Mungkin ada banyak juga perkataan nama-nama yang kita ketahui tapi kelemahan yang ketara ialah tidak mampu membuat ayat yang lengkap. Memang apabila sampai kesekolah menengah ingin sekali memperbaiki pencapaian Bahasa Inggeris tetapi apakan daya semangat dan tekad yang kuat tidak bertahan lama atau memang tiada bakat untuk pandai menguasai bahasa ini. Jika pandai bahasa ini mungkin kita semua sudah menjadi seseorang yang lebih cemerlang dikemudian hari.

Thursday, November 15, 2012

Kelas Bahasa Inggeris

Semasa mula masuk ke tingkatan satu di SMAS mata pelajaran yang paling tidak diminati dan seperti ditakuti kerana ia memberi stress yang tiada kesudahan ialah Bahasa Inggeris. Gurunya pula ialah Cikgu Mariam. Sebagai permulaan kelas ialah pelajaran membilang. Caranya dengan dimulakan dari murid yang berada dimeja kiri depan sekali kebelakang hingga murid yang terakhir belakang sekali kanan. Bagi yang nombor "one to twelve" kira senang tapi selepas itu ramai yang dikira tidak tahu. Inilah kelemahan yang ketara walaupun sudah enam tahun kita belajar bahasa tersebut disekolah rendah pun masih gagal membilang.

Sunday, November 11, 2012

Bekas Celak

Bekas celak ini juga menjadi ole-ole untuk dibawa pulang bagi orang yang baru balik mengerjakan fardu haji dari Mekah. Biasanya budak perempuanlah yang akan menggunakannya. Sekarang rasanya jarang ianya dibawa balik.

Monday, October 15, 2012

Super Viewer 3-D (Pelihat 3-D)

Alat pelihat ini amat digemari dilihat dizaman bebudak dulu ketika ada orang membawanya balik dari Mekah setelah selesai menunaikan fardu haji. Kelebihannya ialah gambarnya yang terang serta berwarna. Gambar yang biasa kelihatan ialah Kaabah, padang Arafah, tempat melontar, telaga zam zam serta Masjid Nabawi Madinah. Pelihat ini seakan tidak puas dilihat apa lagi ditambah dengan penerangan antara faham dan tidak tapi sebab ada alat ini maka akan membantu untuk faham. Pelihat ini akan sentiasa dilihat dari masa kesemasa hingga gambarnya kadang-kadang akan bertampung. Filemnya yang berbentuk bulat boleh ditukar ganti untuk mendapat gambar yang berlainan. Yang pasti alat ini dapat bertahan keujudannya dari dulu sampai sekarang.
Sent from my BlackBerry® smartphone from Zain

Saturday, September 15, 2012

Honda 70 cc

Motor ini diubah suai menjadi seperti ini dengan perbelanjaan RM 1000. Bagaimanapun motor ini tidak berada di Kampung Dusun Buluh tetapi di Pengkalan Chepa. Untuk mengurangkan masalah injin, kaburator asal perlu ditukar dengan jenis baru.

Sunday, August 26, 2012

Buah Gerag @ Pulasan

Pohon pulasan ditanah Mek Nap-
Bersempadan pula tanah Awang-
Walau jasad punah ranap-
Budi baik tetap dikenang

Saturday, August 18, 2012

Salam Edulfitri

Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya edulfitri kepada pembaca blog Kampung Dusun Buluh dengan memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan semasa mengendalikannya. Kenangan masa budak berkenaan hari raya ini yang sukar dilupakan memang banyak jika ingin diBARIkan yang semuanya indah-indah belaka. Mercun, meriam buluh, tuppat, seluar baju baru, duit raya, tengok wayang, beraya rumah kerumah, naik bas, makanan yang istimewa, bermain tikam-tikam dan lainnya. Kemeriahan hari raya bermula dibulan Ramadan lagi dan kemuncaknya diawal Syawal. Inilah hadiah dari Yang Maha Esa pada hambanya. Ramadan telah pergi meninggalkan kita dan akan kembali yang belum tentu kita akan ada kesempatan menemuinya lagi. Ramadan yang diutus olehNYA tanpa gagal mendidik kita siang dan malam akhirnya melambai tangan berlalu pergi.

Tuesday, August 14, 2012

Budu

Kalau masa budak dulu jika baju terutama baju sekolah jika tidak dibasuh beberapa hari mak akan merakamkan rasa tidak puas hati dengan mengatakan baju mu dah jadi macam budu. Pelik juga memikirkannya kerana budu itu makanan.