1. Jika melihat buah ini dimana-mana tempat akan teringat semasa di Sekolah Kebangsaan Bandar kedapatan pokok buah tar ini. Biasanya buah ini jatuh dengan sendiri macam buah kelapa dibawah pokok. Masa itu ada lebih kurang tiga empat pokok tar yang terletak berhampiran pinggir Bukit Tok Bidan. Disitu juga terletak gelanggang sepak raga/takraw juga ada kantin sekolah dan berhampiran pagar ada beberapa buah tandas.
2. Kawasan sekitar pokok tar nampak bersih dan kemas. Pokok tar ini nampak subur dan sudah tinggi walau agak rendah sedikit dari pokok kelapa yg sudah tinggi dan batangnya lebih besar dari kelapa sawit. Pelepahnya tidak panjang macam kelapa dan kelapa sawit. Jika hampir pertandingan sepak takraw peringkan zon maka tempat ini akan jadi sibuk kerana pemain berlatih pada waktu petang. Selepas berlatih akan dapat pula makan bubur kacang merah dicampur dengan susu cair yang dimasak dalam periuk seperti kawah menggunakan kayu api.
3. Jika ada akativiti lain seperti petang dan malam hari tempat ini akan didirikan pondok/khemah tempat untuk bermalam atau berkumpul waktu malam.
4. Buah tar ini bila gugur tiada siapa yang peduli sebab tiada apa yang boleh dibuat dengannya untuk dijadikan bahan makanan atau minuman. Lagi pun tidak pernah melihat ada orang memanjat pokok ini untuk mengambil setandan dua buahnya. Ini bermakna buah ini tiada nilai komersil pada masa tersebut.
5. Ada juga kadang-kadang jika terdengar iklan diradio berkenaan kegunaan minyak kelapa laut afrika maka akan teringat buah ini yang terdapat disekolah tersebut. Jika kemana-mana kalau terjumpa minuman buah ini akan cuba untuk membelinya kerana keenakan rasanya.
No comments:
Post a Comment