Featured Post

#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh

Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....

Monday, July 6, 2009

Buluh

Apa yang ingin diceritakan ialah berkenaan dengan buluh. Ini bersesuian dengan nama Kampung Dusun Buluh yang mana tentunya dari buluh. Apa pun yang akan diceritakan adalah dari perspektif masa budak-budak dulu. Apa yang diingat masa itu ada 4 jenis buluh iaitu buluh betung, buluh minyak, buluh duri dan buluh peleting. Buluh betung yang paling lurus, besar dan tinggi. Kegunaan untuk buat wau jenis besar tetapi susah untuk tebang oleh budak-budak. Buluh duri pula ianya keras dan berwarna hijau dan sesuai juga dibuat wau tapi susah juga ditebang kerana disamping keras dan berduri juga batangnya duduk rapat-rapat. Juga sesuai dibuat bedil buluh. Buluh minyak pula berwarna kuning dan nipis kulitnya dan ringan. Jadi buluh ini sesuai dibuat rakit tempat mandi tepi sungai dan jika budak-budak satu batang puluh yang sederhana panjang dan besarnya sudah memadai untuk dibuat berenang. Buluh peleting pula yang paling kecil dan sesuai dibuat permainan bedil ngocoh iaitu sejenis macam pistol yang pelurunya dari buah tudung puyuk dan jika tiada boleh gunakan kertas yang dibasahkan sebagai pelurunya. Bunyinya pun agak kuat juga bila saiz buah bersesuain dengan lubang buluh dan pergi jauh. Lain-lain kegunaan buluh seperti buat kandaran untuk angkat kelapa dan barang-barang. Boleh juga dibuat caggok rumput. Dibuat chasis kereta yang bertayar dua dari kelontong nyior yang bila berjalan atas jalan raya akan berbunyi kuat. Selain itu boleh juga dibuat belira kertuk dari buluh duri yang keras. Selain itu macam biasalah buat tauk, buat batang kail. Kadang-kadang boleh juga dibuat garisan gelanggang badminton dan tiangnya lampu kalimantan. Kalau kreatif sikit boleh dibuat tabung/celing simpan duit. Lainnya seperti buat sakok ayam.



Buluh duri ditepi sungai
Warna hijau tegak berdiri
Jika hidup baik perangai
Rezeki berkat sentiasa diberi

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment