Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Sunday, 27 February 2011
Pemandangan Bukit Buloh
Bukit Buloh sudah tidak asing lagi kepada penduduk Pulai Chondong dan sekitarnya. Ini kerana bukit tersebut kelihatan berwarna batu bukit putih keperangan. Bukit ini telah ditarah setelah dijadikan kuari. Mungkin bukit ini mula diteroka seawal tahun 60an lagi. Mungkin suatu masa nanti bukit ini akan hilang dari pandangan. Walaubagaimanapun industri ini banyak memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan. Jika dahulu setiap hari Jumaat dikawasan bukit ini jika hampir waktu Zuhur jam 12 tengah hari akan kedengaran letupan kuat atau sebedo untuk memecahkan batu. Dahulu terdapat juga aktiviti mencari batu permata disini hingga ada yang terkorban nyawa kerana tertimbus pasir/batu. Sedikit sebanyak keindahan pemandangan sawah padi berlatarkan bukit yang kehijauan terjejas. Namun bukit ini sudah lama menjadi mercu tanda Pulai Chondong atau trademark bagi mereka yang berkenderaan melalui jalan raya.
Wednesday, 23 February 2011
Penapis
Penapis ini digunakan untuk menapis susu getah apabila dituang dari dalam baldi kedalam palung getah. Bahan untuk membuat penapis adalah dari paku pakis serta rumput dan lain-lain daun yang sesuai. Susu getah perlu ditapis agar tiada bahan yang tidak perlu bercampur dengannya dan ini akan mengurangkan mutu getah. Walaupun ditapis kadang-kadang berlaku juga ada benda asing yang termasuk kedalam palung dan bila hendak dimesin perlu dibuang benda tersebut dan sedikit sebanyak akan mencacatkan getah keping tersebut tetapi bila dimesin dengan mesin getah bunga akan menghilangkan kesannya. Begitulah telitinya orang dahulu menjaga mutu getah keping. Sekarang semua proses tersebut tidak perlu lagi cukup dengan hanya dibekukan dalam bekas plastik dan terus dijual.
Wednesday, 16 February 2011
Email Dari Pembaca - RAGI
Di hujung kg dsn buluh ada seorang pengusaha ragi kecil2lan...sungguh unik..saya cadangkan dimuatkan gmbr2 proses membuat ragi ke dalam laman dsn buluh..sbb kbyakn daripada kita tdk tahu bagaimanakah proses ragi dilakukan...sungguh menarik tetapi saya belum lagi berpeluang melihat sepenuhnya proses tersebut...
saya tidak tahu nama penuh pembuat ragi tersebut.. seorang lelaki cina bernama Awe...penjual buah durian,rumahnya berhadapan dengan rumah Mat zaid,tokey kedai runcit pulai chondong... selang sebiji rumah selepas rumah.....(rumah cikgu harun)
saya tidak tahu nama penuh pembuat ragi tersebut.. seorang lelaki cina bernama Awe...penjual buah durian,rumahnya berhadapan dengan rumah Mat zaid,tokey kedai runcit pulai chondong... selang sebiji rumah selepas rumah.....(rumah cikgu harun)
Tuesday, 8 February 2011
Klinik Desa Kampung Bandar
Klinik ini baru siap pembinaannya menggantikan klinik lama yang diperbuat dari kayu. Klinik sekarang kelihatan tersergam indah dan mengekalkan ciri klinik lama iaitu tiang lantainya yang tinggi.
Wednesday, 2 February 2011
Sawmill Jaya Bina Jadi Sdn Bhd Pulai Chondong
Subscribe to:
Posts (Atom)