Jika dulu untuk tandatangan buku kemajuan sekolah rendah biasanya ibubapa menggantikan dengan cop ibu jari sahaja. Ada juga yang tandatangan sendiri saja tanpa pengetahuan penjaga. Jadi jika memilih menggunakan ibu jari maka dakwatnya dibuat dari daun sirih. Caranya dengan membasahkan daun sirih dengan minyak benar dan kemudian layur atas api pelita tanah maka akan melekat jelaga berwarna hitam. Seterusnya ambil ibu jari diletak atas daun sirih macam stamp pad.
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Tuesday, 27 October 2009
Stamp Pad Daun Sirih
Jika dulu untuk tandatangan buku kemajuan sekolah rendah biasanya ibubapa menggantikan dengan cop ibu jari sahaja. Ada juga yang tandatangan sendiri saja tanpa pengetahuan penjaga. Jadi jika memilih menggunakan ibu jari maka dakwatnya dibuat dari daun sirih. Caranya dengan membasahkan daun sirih dengan minyak benar dan kemudian layur atas api pelita tanah maka akan melekat jelaga berwarna hitam. Seterusnya ambil ibu jari diletak atas daun sirih macam stamp pad.
Wednesday, 21 October 2009
Saklar

Saturday, 17 October 2009
Pak Muda Hamat Kembali KeRahmatullah
1. AlFatihah. Beliau dari Kampung Pengkalan Kiat ayah Umar, Fauziah, Jaya juga Enon meninggal di Bukit Panau jam 4.00 pagi tadi.
Thursday, 15 October 2009
Honda Cup

Motosikal Honda 70 cc jika ditahun 70an dikira sudah memiliki kenderaan yang selesa untuk kesana kemari. Pada masa itu model ini amat popular. Jika sebelum itu ialah 50 cc. Jika di Kedai Pulai Chondong ada satu woksyop motor yang sebaris dekat dengan Tok Kong cina. Jika di Kampung Dusun Buluh pula dahulunya Pak Cik Soh ayah Fauzi baru membeli motor ini dan ia sentiasa meletak/park motor yang baru dibeli dekat kedai mee Ismail menantu Pak Mejah sebelah petang. Jadi kita orang sempatlah melihat-lihat nya dan jadi tontonan kerana baru dibeli dan masih berkilat dalam kertas. Begitu juga dengan Pak Lui ayah Ila pun ada motor ini yang digunakan untuk bekerja di sawmill Pulai

Chondong. Jika di Kedai Pulai Chondong ramai pemiliknya.
Di Surau Kerawang motor jenis ini juga ada dimilikki oleh Ustaz Mat yang mengajar diseberang mungkin sebelah Tanah Merah dan beliau selalu berulang alik melalui Penambang Pengkalan Kiat. Sekarang motor ini sudah naik harga kerana permintaannya tinggi.

Pokok getah pagi ditoreh
Diatas bukit pula mendaki
Honda cup serba boleh
Berjasa dulu hingga kini
Monday, 12 October 2009
Madubala
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior. Tapi jika bernasib baik dapatlah guna minyak madubala yang berwarna hijau yang dibotolkan. Minyak ini jika dibeli secara borong akan diikat botolnya satu dozen macam air lamonade atau kicap/budu.Walaubagaimanpun madubala mungkin namanya dari aktress filem hindi.
| |
Thursday, 8 October 2009
Balling Dari Kantung Buah Getah
Sunday, 4 October 2009
Batu Langsat Di Sungai Kelantan Berhadapan Bukit Panau
Batu Langsat ialah sebuah bungkah batu besar yang terletak di Sungai Pasir Bandar. Ia sudah lama terletak disitu dan bebudak suka kesana. Antara sebabnya ialah kedudukannya ditengah sungai dan sambil itu mencari ikan samada menggunakan senapang ikan. Jadi jika tidak sampai ketempat ini adalah satu kekurangan bagi budak-budak dikawasan sekitarnya atau sekurang-kurangnya tahu keujudannya dengan melihatnya. Batu ini dikira mercu tanda disini. Jika dulu jika ke bandar Pasir Mas menaiki kapal tentu akan melalui hampir dengan batu ini.
Thursday, 1 October 2009
Daun Kesum

Daun Kesum ini jika di Kampung Dusun Buluh dahulunya banyak kedapatan ditepi telaga depan Balai Sah Ustaz Husin. Disitu juga ada terdapat pokok limau dan pokok jambu butir banyak. Daun kesum ini ditanam oleh Pak Tengah Leh. Beliau ini sentiasa berinteraksi dan tidak jemu berbual mesra dengan bebudak macam kita, tapi orang dewasa kurang melayannya kerana beliau ini pernah pergi keluar Kelantan menuntut. Beliau ada seorang anak dan tinggal dekat rumah Mek Wo Ismail Liverpool (bola). Apa pun daun kesum ini amat subur dan penjual nasi kerabu akan kesini membelinya dan petiklah sendiri dengan harga 1o sen sahaja.
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
1. Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
rokok daun ini dibuat dari daun tumbuhan. jika dikelantan satu masa dulu ianya banyak datang dari negara thailand. rokok ini datang dalam be...
-
Stesen minyak ini ditahun 1975 adalah satu-satunya stesen minyak yang terdapat di Pulai Chondong. Ia kepunyaan Haji Hamzah yang rumahnya i...
