Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Tuesday, 29 December 2009
Pelaga Buah Getah
Friday, 25 December 2009
Ubat Gigi


Jika masa budak dulu jarang-jarang kita menggosok gigi. Jika tiba hari raya pula setelah mendapat ubat dan berus gigi percuma disekolah maka keraplah kita menggosok gigi sehingga ubat gigi pun dimakan kerana jarang-jarang berjumpa. Begitulah berbeza dengan budak-budak sekarang. Jadi untuk memutihkan gigi yang berwarna kuning atau berkarat kerana lama tidak digosok timbul kreativiti dengan cara ditumbuk halus arang kayu dengan garam buku dan digosok dengan jari. Jadi nampaklah sedikit putih dari sebelumnya. Tapi tidak dilakukan setiap hari cuma sekali sekala sahaja. Arang biasanya diambil dari atas dapur kayu dirumah.
Monday, 21 December 2009
Pacat dan Tembakau
Jika dikampung pacat ada dimana-mana kawasan bersemak terutama musim hujan. Pacat ini akan mencari darah mangsa samada manusia atau lembu. Jika lembu biasanya dicelah kuku kaki. Dahulu jarang penduduk kampung ada tandas khas. Jadi jika ingin membuang air besar akan ke dalam belukar/ghok dibelakang rumah dan masa ini pacat akan mengganggu. Tembakau darat pula jika dibasahkan dengan air dan disapu ketempat pacat menggigit akan senang ditanggalkan. Tapi jika pacat sudah kenyang ia akan
jatuh sendiri. Juga seeloknya disapu dahulu kebahagian kaki/betis maka pacat tidak akan menggigit. Apa pun kita budak-budak memang sudah biasa dengan pacat dan sudah menjadi sebahagian dari kehidupan di kampung. Kadang-kadang untuk menghapus pacat ini bermacam cara dilakukan seperti membakarnya ke pelita minyak gah dan akan menggelembung terus meletup pacat tersebut. Itulah kreativiti yang ada masa tersebut semuanya jadi permainan dan hiburan. Ada juga yang mengatakan secara teorinya pacat boleh dibuat valve tiub basikal tapi tidak pernah pula daku melihatnya.Thursday, 17 December 2009
Rumah Kayu Lama Guru Sekolah Kebangsaan Bandar
Saturday, 12 December 2009
Sisa
Tuesday, 8 December 2009
Cacing Liar
Wednesday, 2 December 2009
Kedai Jahit Esik Mata Ayer Pulai Chondong
-1.jpg)
Beliau(Esik) ialah seorang tukang jahit berbangsa cina seawal tahun 60an berdekatan dengan Kedai Mata Ayer ditepi jalan sebelum balai Polis sebelah kiri jika datang dari Kemubu. Mula menjahit tahun 1961 dan membuka kedai jahit tahun 1965 . Sekarang berumur 68 tahun dan mempunyai 5 orang anak . Jika dahulu awal tahun 70an daku pernahlah menempah seluar pendek biru sekolah dengan beliau dikedai ini. Hati punya seronok tidak terkira kerana dapat seluar baru.Jika dulu kita panggil seluar potong jika kita menempahnya dikedai jahit. Tapi baju pula kita tidak menempahnya demi menjimat kos jadi cukup dengan membeli yang sudah siap. Jika kita beli yang sudah siap dimasa itu mutunya kurang berbanding yang ditempah dimana senang koyak ditempat jahitan (bekah) tapi harganya murah. Jadi jika kesekolah dengan memakai yang ditempah kira satu kebanggaan dan bersemangat lebih. Sekarang beliau masih menjahit dengan membuat alter.
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
1. Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
rokok daun ini dibuat dari daun tumbuhan. jika dikelantan satu masa dulu ianya banyak datang dari negara thailand. rokok ini datang dalam be...
-
Stesen minyak ini ditahun 1975 adalah satu-satunya stesen minyak yang terdapat di Pulai Chondong. Ia kepunyaan Haji Hamzah yang rumahnya i...

