Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Sunday, 28 November 2010
Friday, 26 November 2010
Freewheel
Alat ini dipanggil dalam bahasa asal iaitu freewheel. Alat ini jarang rosak tapi jika rosak kos untuk menukar agak tinggi dan jika boleh diperbaiki boleh menjimatkan kos. Apa yang perlu diganti mungkin bebola sahaja. Walaubagaimanapun jika rosak ia cuma tidak dapat berfungsi iaitu tidak free. Basikal masih dapat berfungsi cuma tidak selesa sahaja dan mungkin merbahaya jika membrek mengejut. Jadi jika kurang bajet tidak perlu ditukar.
Monday, 22 November 2010
Origami


Tuesday, 16 November 2010
Projektor Wayang Gambar
Tuesday, 9 November 2010
Kad Gambar

Inilah agaknya model kamera yang digunakan untuk tangkap gambar disuatu masa dahulu. Masih diingati bila meningkat kepada umur 12 tahun kena buat kad pengenalan . Sebelum pergi ke Pejabat Pendaftaran di Machang kenalah ambil gambar saiz paspot. Juru gambarnya datang kerumah disuatu petang. Jadi tidak perlu kekedai gambar. Jika dikedai gambar siap dipasang lampu yang bersesuaian untuk mendapat foto yang bermutu. Jika dirumah maka diambil diluar rumah dan latar belakangnya pula ialah kain berwarna putih (cerah). Bila dicari yang terjumpa dan agak sesuai ialah kain selimut. Maka dipegang pula oleh seseorang dibelakang dan gambar pun ditangkap (pukul). Juru foto hanya perlu melihat bahagian atas kamera dan ditutup dengan tangan sedikit untuk melihat imej supaya jelas dan baru di klik. Apabila siap gambar tersebut apabila diperhatikan sambil lalu tiada apa yang tidak beres tapi yang agak ketara yang kurang kemasnya ialah kain latar belakangnya nampak berkedut tapi tidak ketara sebab gambar hitam putih.
Friday, 5 November 2010
Ular Lidi
Wednesday, 3 November 2010
Sisir

Sisir atau sikat jenis ini popular masa dahulu. Setiap rumah dipercayai mesti ada sisir jenis ini. Kegunaannya ialah akan disisir kerambut untuk menjatuhkan kutu (gutu) biasanya akan diletakkan kertas berwarna putih dihadapan tempat gutu jatuh dan senang nampak untuk ditangkap. Bila ditangkap akan diletak atas kuku ibu jari dan gunakan satu lagi ibu jari dengan memenyet kutu tersebut. Yang menariknya apabila memenyet akan mengeluarkan bunyi. Pendek kata dengan cara ini senang untuk dapat gutu. Sekarang agak jarang pula kita melihat alat ini mungkin sekarang orang sudah tidak menghadapi masalah gutu.
Subscribe to:
Posts (Atom)