Restoran Alias di Kedai Pulau Chondong ini ada menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular ialah roti canai. Kedudukan restoran ini pun strategik iaitu terletak bahagian tepi. Dibelakang kedai ini terletak SRJK (C) Poey Sit. Dihadapannya pula Restoran Pulai Chondong. Dan sebuah lagi restoran cina yang berdekatan dengannya. Jadi masa dulu terdapat 3 buah restoran yang popular yang mempunyai keistimewaan dan mempunyai pelanggan masing-masing. Dihadapan restoran ini dan kedai sebelahnya ada penjual nasi belauk. Disini juga senang untuk tempat menunggu bas untuk ke Kota Bharu.
Masa dulu ada dua jenis perkhidmatan bas dan terdapat 2 warna iaitu biru dan kuning. Yang berwarna biru perkhidmatan biasa dan yang kuning pula ialah bas cepat iaitu ia hanya berhenti distesyen terpilih sahaja. Disamping itu juga tempat menunggu kereta pelik. Kenapa dikatakan tempat ini strategik juga kerana dari segi pemandangan ia dapat melihat kesemua arah/sudut berbanding tempat lain. Disebelah kiri restoran ini dahulunya terdapat kedai buku. Kedai ini menjual pelbagai jenis majalah serta buku komik. Kedai ini memang menarik minat
budak-budak. Disini juga kita selalu berjumpa dengan Mail yang mana beliau ini dapat membaca dan menulis tapi tidak dapat bercakap. Jadi ada diantarakita yang menyuruhnya membaca dan kadang-kadang menyuruhnya menyanyi. Dimana agaknya beliau sekarang. Disebelah kedai majalah pula terdapat beberapa kedai runcit cina dan yang paling menonjol pula Kedai Emas Cheong.



.jpg)
.jpg)