.jpg)
sekolah ini jika dahulu tahun 70an tidaklah seperti sekarang yang mana masa ini tersergam indah. dulu ia setingkat sahaja dan ada dua blok serta padang bola. dulu walaupun aku bersekolah di sekolah kebangsaan bandar tapi aku sentiasa datang kesini kerana dekat dengan rumah lebih kurang 600 meter. lagi pun pada waktu pagi aku akan hantar nasi berlauk dan kuih ke kantin
.jpg)
sekolah ini. tuan kantin aku panggil mak su kantin dan ia berbangsa cina. kantin dia terletak diluar kawasan sekolah. di kantin mak su ni ada satu peti ais berwarna putih dan dibuat ais krim, tapi masa itu tiada letrik. peti ais itu beroperasi menggunakan minyak gah (karosin). itu adalah teknoloji dahulu. selepas aku menghantar kuih kadangkadang akan masuk kedalam kawasan sekolah dan melihat cik gu awang sedang mengajar subjek macam sejarah dan juga sastra. cih gu awang ini berbangsa cina juga. aku seronok mendengar cerita yang disampaikan. begitu juga diwaktu petang bila tiada kelas ramai pemuda datang kesini bermain bola. antara yang terkenal ialah ismai mek wa dan che harun. mereka ini memang hebat bermain bola masa itu. kedua mereka dari kampung dusun buluh. selain itu disekolah ini juga ada gelanggang badminton dan biasanya bermain pada waktu malam. pemainnya yang cemerlang adalah berbangsa cina seperti ah wan ( jadi guru) dan lainnya. masa itu integrasi antara kaum samada sokan dan sebagainya amat baik sekali berbanding sekarang. cik gu awang selalu datang kerumah aku bermesyuarat kerana ia salah seorang ahli syarikat bas sekolah. beliau amat dihormati samada oleh kaum cina dan juga melayu di kampung mata ayer. razak anak tok penghulu yusuf juga bersekolah disini. razak ni abang kepada anuar yang tinggal di kampung kerawang. lagi kawan-kawan yang bersekolah disini seperti syed mohd nor, mek ti, lian yang kemudian nya bersekolah di smas.
Sekolah Mata Ayer murid belajar
Menuntut ilmu teras utama
Cikgu Awang guru mengajar
Jasa beliau tetap bergema