Featured Post

Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah pada 17 April 2025

1.   Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...

Monday, 30 March 2009

cekok mata air

lokasi ini dikira prominent juga oleh pengguna jalan raya. ini kerana selekohnya yang tajam. kenangan aku disini pada tahun 1975 semasa menonggang motorsikal honda cup dari arah kemubu ke pulai chondong telah terbabas disini, waktu lepas maghrib. jadi dalam kegelapan malam tersebut motorsikal terbabas dalam parit. apa yang difikirkan masa itu ialah berapa banyak kerosakan motor yang dialami. maklumlah motor dipinjam dari bapa saudara dan tidak dimaklumkan. nampaknya tiada kesan kerosakan yang ketara dan kecederaan pun sedikit cuma calar-calar kulit sahaja.


Dari Dusun Buluh ke Pangkal Gong
Melalui jalan bengkok di Mata Ayer
Hidup susah berat perlu ditanggung
Berkat sabar dan solat akan berakhir
Posted by Picasa

2 comments:

  1. betul tu selekoh ni tajam 90 darjah pahtu banyak pasir, kena hati-hati, takleh kona baring, kalu buat jugak sah masuk longkang

    ReplyDelete
  2. rumah atuk n nenek sy betul2 kt selekoh ni.ad wakaf tu dpn rumah.allahyarham pak muda setapa dan allahyarmarhamah mak su hawa..al fatihah~..

    byk memori manis di sini..terlalu banyak..

    ReplyDelete