Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Monday, March 4, 2013

Kettor Soddak

Jentolak ini jika sewaktu dulu jarang dapat dilihat di Kampung Dusun Buluh. Jika ada pun rasanya semasa mula pembinaan jalan raya dari Kemubu ke Pangkal Gong. Pada masa pembinaannya masih diingat terdapat bekas laluan tayarnya ditanah yang masih segar dan kita melaluinya beramai-ramai dan bau asapnya pula terasa wangi, maklumlah jarang-jarang dapat melihat jentera ini.