Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Friday, October 28, 2011

Masjid An-Nur Pulai Chondong 1

Masjid ini dulunya adalah sebuah surau dan sekarang pun mungkin berfungsi sebagai surau juga. Cuma ditempat kita Malaysia ada perbezaan antara masjid dan surau tapi mungkin dinegara Timur Tengah semua dikenali sebagai masjid sahaja. Dulu surau ini diperbuat dari kayu disamping ianya juga berkembar dengan rumah kediaman tuan punya surau. Tuan punya surau ini dulunya kepunyaan Tok Lebai Nor (TLN). TLN juga mengajar budak-budak disekitarnya mengaji AlQuran.

Friday, October 21, 2011

Tukang Kasut 2

Jika dahulunya diruangan kedai dalam market Kedai Pulai Chondong terdapat banyak kedai-kedai kain baju juga kain ela. Yang terkenal ialah kedai kain baju Mak Aji dibantu anaknya Mohamad. Apa yg tidak boleh dilupakan ialah keramahan mereka ini melayan pembeli terutama kepada anak-anak yang dibawa ibu atau bapa. Kedai tukang kasut ini pula dikira berbeza dengan yang terdapat dibandar besar seperti Kuala Lumpur dimana dijalankan ditepi kaki lima kedai kerana sewanya mahal. Jika sesiapa yang ingin membaiki kasut bolehlah kekedai Awi ini.

Friday, October 14, 2011

Tukang Kasut 1

Di Market Kedai Pulai Chondong hanya terdapat satu tukang kasut yang mempunyai kedai. Kedainya terletak dibahagian atas yang mula-mula ditempuh sebelah kiri jika melangkah masuk melalui pintu depan market. Beliau tinggal di Kampung Bukit Pangkal Gong. Beliau berasal dari Batu Rakit Terengganu dan telah mengusahakan kedai ini lebih dari enam tahun yang lalu.

Friday, October 7, 2011

Masjid Tok Kerawat

Masjid Tok Kerawat ini terletak 50 meter jalan menuju ke Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering dari jalan raya Pangkal Gong Kemubu. Masjid ini jika dari luar iaitu dari jalan raya tidak akan dapat dilihat tapi terdapat papan tanda penunjuk arah.  Masjid ini dibangunkan mungkin agak sama masanya dengan masjid surau kerawang jika diperhati kepada rekabentuknya jika dipandang sekali lalu. Apa pun masjid bagi umat islam
samada di kampung atau kota peranannya tetap sama. Pernahkah kita terfikir sepanjang hidup kita hingga kini sudah berapa buah masjid yang berlainan yang pernah kita mengerjakan solat didalamnya. Mungkin 50, 100, 200 atau lebih dari itu. Semua itu pastinya menjadi saksi dikemudian hari kelak bahawa kita mengambil berat kewujudan masjid yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan dari kehidupan selagi hayat masih ada yang tentunya mendapat ganjaran yang setimpal dariNYA.